fbpx
Now Reading
Tular Ada Individu Ambil Tanah Kubur Arwah Nurly Shahirah, Ini Respon Menteri Agama

Tular Ada Individu Ambil Tanah Kubur Arwah Nurly Shahirah, Ini Respon Menteri Agama

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut menyokong tindakan keluarga mangsa nahas pelajar UPSI itu yang tegas namun berhemah serta pihak berkuasa agama dalam menangani amalan khurafat yang diamalkan segelintir pihak ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 9 Jun lalu, negara dikejutkan dengan kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kereta Perodua Alza.

Apa yang menjadi perhatian adalah seramai 15 orang penuntut institusi tersebut terkorban dalam nahas yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak kira-kira jam 1.30 pagi.

Antara salah seorang mangsa terkorban dan masih menjadi bualan sehingga kini adalah Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman yang juga seorang hafizah.

Walaupun telah hampir tiga minggu insiden berlaku, orang ramai masih tidak henti mengunjungi pusaranya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Kerandang, Jertih, Terengganu.

Situasi ini menyebabkan ibu mangsa, Kamariah Abdul Latif terpaksa memasang tali penghadang memandangkan ada segelintir pengunjung yang melakukan amalan syirik dan khurafat seperti mengambil tanah kubur dan mencium batu nisan.

Tali pengadang telah siap dipasang di sekitar kubur Nurly. Tali ini dipasang sendiri oleh ahli keluarga Nurly. Tidak…

Posted by Ahmad Nazrul on Saturday 28 June 2025

Tanah Perkuburan Bukan Tempat Mencari Berkat, Ia Menyedihkan- Menteri Agama

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar tampil mengulas isu yang tengah hangat diperkatakan di media sosial ini.

Jelas Mohd Na’im, perbuatan segelintir pihak yang mengambil tanah di pusara Almarhumah Nurly Shahirah Azman kononnya untuk mengambil ‘berkat’ disifatkan sebagai satu perkara yang menyedihkan.

Malah, perbuatan itu dilihat bertentangan dengan prinsip asas akidah agama Islam.

“Islam mengajar umatnya agar menjaga adab terhadap orang yang telah meninggal dunia serta menghormati kawasan perkuburan. Tanah kubur bukan tempat mencari keberkatan mahupun populariti.

“Sebaliknya, kita digalakkan untuk menziarahi kubur sebagai peringatan terhadap kematian, menambah keinsafan, dan mendoakan kesejahteraan roh si mati – bukan untuk tujuan-tujuan yang boleh membawa kepada syirik atau khurafat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Mohon Orang Islam Berhati-Hati & Tidak Terikut Dengan Amalan Yang Tiada Asas Dalam Syariat

Pada masa yang sama, beliau turut memohon umat Islam agar sentiasa berhati-hati dan tidak terikut dengan perbuatan yang tiada asas dalam syariat.

Jelas Mohd Na’im, perbuatan menyapu tanah kubur ke wajah jika disertai dengan keyakinan bahawa ia boleh membawa keberkatan atau kuasa tertentu boleh menyebabkan ia menjurus kepada perbuatan yang bercanggah dengan batas syariat.

Sokong Tindakan Tegas Keluarga Allahyarhamah Nurly Shahirah Cegah Amalan Khurafat

Malah, beliau turut menyokong tindakan keluarga Allahyarhamah Nurly Shahirah yang tegas namun berhemah serta pihak berkuasa agama dalam menangani amalan khurafat yang diamalkan segelintir pihak ini.

“Ini selari dengan usaha berterusan pihak kerajaan dalam membanteras amalan khurafat dan memperkukuh akidah umat Islam di negara ini.

“Akhirnya, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Nurly Shahirah dan memberikan ketabahan kepada keluarganya.

“Kepada yang terlibat, kembalilah kepada ajaran Islam yang benar – mohonlah ampun kepada Allah dan hentikan perbuatan yang sia-sia serta merosakkan akidah ini.

“Sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang paling benar, bukan yang paling popular,” katanya lagi.

Saya mengikuti laporan berita mengenai tindakan segelintir pihak yang didakwa mengambil tanah dari pusara Almarhumah…

Posted by Dato' Setia Dr. Naim on Sunday 29 June 2025

Bapa Allahyarhamah Nurly Shahirah Mohon Individu Yang Ambil Tanah Kubur Bertaubat

Sebelum ini, bapa Allahyarhamah Nurly Shahirah, Azman Mohamad turut meminta pengunjung untuk menjaga adab dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.

Malah, dia memberi peringatan kepada mereka yang mengambil tanah kubur anaknya agar bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

“Saya tidak pasti (dakwaan ambil tanah kubur) kerana banyak masa berada di rumah namun sekiranya ada individu berkenaan berbuat demikian perlu minta maaf serta mohon ampun dengan Allah.

“Tindakan mengambil tanah kubur untuk dijadikan sebagai azimat bertentangan dengan ajaran Islam kerana boleh mendatangkan khurafat serta syirik dan berdosa besar.

“Cukup sekadar sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah tidak perlu melakukan perkara tidak sepatutnya,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Orang ramai juga turut dimaklumkan bahawa ahli keluarga Allahyarhamah Nurly Shahirah tidak menerima tetamu dan rumahnya ditutup kepada umum bermula 2 hingga 5 Julai ini.

Pihak keluarga Allayarham Nurly Sahirah tidak menerima tetamu bermula 2/7/2025 (Rabu) hingga 5/7/2025 (Sabtu). Rumah keluarganya juga ditutup kepada umum. Harap dapat kerjasama sepenuhnya.Terima kasih.

Posted by Ahmad Nazrul on Saturday 28 June 2025

Baca Artikel Berkaitan: Adik Kerap Tulis Ayat Al-Quran Demi Hafalan – Abang Mangsa Nahas Bas UPSI

Baca Artikel Berkaitan: Nahas Bas UPSI: Mangsa Maut Dikategori Syahid Akhirat – Mufti Pulau Pinang

Baca Artikel Berkaitan: Nahas Bas UPSI: Pemandu Mohon Maaf Kepada Keluarga & Pelajar, Dakwa Brek Tiba-Tiba Tak Berfungsi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.