Pemandu Kereta Degil Selepas Ditegur Parkir Di Tempat Letak Kenderaan Berat Di R&R Raih Kecaman [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan dereta kereta yang memarkir di tempat letak kenderaan berat menyebabkan pemandu lori dan pemandu bas tidak lagi dapat meletakkan kenderaan dipandu mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak dahulu lagi, kalau korang perasan ada sahaja kereta yang diletakkan di kotak parkir kenderaan berat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) terutamanya ketika musim cuti perayaan.
Mungkin kerana tempat letak kereta sudah penuh, namun itu bukanlah alasan untuk mengambil kotak parkir yang dikhususkan untuk kenderaan berat sahaja.
Kalau tempat parking kenderaan berat pun ‘disapu’ kereta, mana bas dan lori ingin berhenti untuk berehat seketika sebelum menyambung semula perjalanan mereka?
Tular pemandu bas tegur individu letak kereta di tempat parkir kenderaan berat
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki dipercayai pemandu bas menegur seorang individu yang didakwa meletakkan keretanya di tempat parkir kenderaan berat di sebuah kawasan R&R.
Menerusi hantaran video yang dimuat di akaun TikTok @thilaxshan03, bukan hanya satu, malah kelihatan berderet kereta yang memarkir di dalam kotak parkir terbabit.
Ia sudah pasti akan menyebabkan pemandu bas dan lori tidak lagi mempunyai ruang untuk meletakkan kenderaan berat yang dipandu mereka.
Pemandu kereta berdegil, tak nak alihkan kereta selepas ditegur
Apa yang lebih mengecewakan, kelihatan tindakan seorang pemandu kereta seolah-olah bersikap ‘keras kepala’ dan tidak mengakui kesalahannya selepas ditegur.
Dia sebaliknya hanya berlalu pergi begitu sahaja bersama ahli keluarganya menuju ke kawasan medan selera RNR tersebut tanpa mengalihkan kereta.
“Haa tengok, tempat parkir bas kereta yang parking, habistu kitorang nak parking dekat mana? Ni parking lot bas (kenderaan berat) bukan parking lot kereta.
“Lepastu ramai cakap pemandu bas salah, pemandu lori salah, sekarang siapa salah? Haa tengok lah, fikir lah sikit,” kata pemandu bas tersebut.
@thilaxshan03 ♬ original sound – 💙🤍THILAX ❤️ THIYA💙🤍
Sekadar info, tempat letak kenderaan berat di R&R merupakan kawasan yang disediakan khas untuk kenderaan berat seperti lori dan bas, termasuk kenderaan rekreasi (RV) untuk berhenti.
Sekitar 2019, PLUS Malaysia Berhad telah bercadang menambah lebih banyak petak parkir untuk kenderaan berat di R&R.
Hal ini berikutan kawasan parkir yang terhad sehingga memaksa pemandu kenderaan berat meletakan kenderaan di lorong kecemasan tepi lebuh raya untuk berehat.
Ramai kecam sikap pemandu kereta, sombong tak terima teguran
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu kereta terbabit yang tidak mengendahkan teguran pemandu bas itu.
Malah, kebanyakan netizen juga meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berhubung masalah ini yang telah berlaku sejak dahulu lagi.




Baca Artikel Berkaitan: Padah Parkir Tepi Jalan, Ativa Calar & Remuk Bergeser Dengan Treler Raih Perhatian Ramai [Video]



