“Nonchalantnya Accident” – Dua Rider Berlanggar Di Simpang Jalan Kerana ‘Fokus Kelaut’ Raih Perhatian [Video]
Difahamkan, punca kemalangan berlaku apabila penunggang melintasi lampu merah dan kehadirannya tidak disedari rider di hadapan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebiasaannya di atas jalan raya, ada ketika seseorang itu akan melalui waktu mengelamun atau hilang fokus kerana penat, mengantuk atau sekadar hanyut dalam fikiran sendiri.
Selain itu, tidak asing lagi apabila terlihat individu yang mencuba untuk melanggar peraturan lalu lintas seperti meluncur melepasi lampu isyarat merah.
Sekarang cuba bayangkan dua kategori ini bertembung di lokasi yang sama. Itulah yang berlaku baru-baru ini di sebuah persimpangan yang kelihatan tenang pada mulanya sebelum menjadi pentas adegan luar jangka.
Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Wanita ‘Sarung’ Baldi Pada Badan Sewaktu Bonceng Motosikal Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: “Selera Kami Lain-Lain” – Gelagat Suami Isteri Makan Di Kedai Berbeza Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Minta Isteri Drive Sebab Mengantuk, Tak Sampai 5 Minit Diminta Pandu Semula
Insiden Unik Dirakam Dashcam, Dua Motosikal Berlanggar Di Tengah Simpang
Menerusi satu rakaman di laman TikTok (@the.fdz), satu kemalangan aneh dan unik telah terakam menerusi dashcam milik pemandu kereta yang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Di awal video, kelihatan seorang penunggang motosikal secara perlahan membuat cubaan untuk melanggar lampu merah. Dia meneruskan niatnya dengan bersahaja, mungkin kerana tiada sebarang kenderaan kelihatan dari arah lain.
Apa yang menarik perhatian adalah kehadiran sebuah lagi motosikal yang datang dari arah kiri, menghala ke jalan yang sama dilalui oleh penunggang pertama.
Walaupun pada mulanya situasi kelihatan biasa, dengan jarak kedua-duanya yang masih jauh dan kelajuan yang terkawal, keadaan tiba-tiba bertukar pelik apabila kedua-dua motosikal itu dilihat berlanggar sesama sendiri.
Malang tidak berbau, kedua-dua penunggang terjatuh sebelum segera dibantu oleh seorang individu yang berada berhampiran.
Video ini meraih perhatian ramai kerana situasi yang bermula dengan suasana normal, namun bertukar menjadi insiden unik dalam sekelip mata. Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah hampir satu juta tontonan.
@the.fdz eloklah..sorg langgar lampu merah, sorg lg berangan
♬ original sound – Adrian Lo Dejavu – Adrian Lo Dejavu
Tonton video penuh [DI SINI].
Netizen Terhibur, Sifatkan Pelanggaran Boleh Dielakkan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur dengan gelagat dua penunggang yang disifatkan kurang fokus terhadap tunggangan masing-masing.
Malah, ramai juga yang mengambil peluang untuk bergurau dengan gaya mesra alam sambil menyelitkan sindiran ringan.
“Dua-dua bawa motor tak laju pun. Nak juga bercium atas jalan. Jiwa galau ni.”



Iktibar Kita Boleh Ambil Daripada Insiden Ini

Walaupun insiden ini kelihatan menghiburkan, hakikatnya ia mendedahkan betapa mudah kemalangan boleh berlaku apabila pengguna jalan raya mengabaikan peraturan asas dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya ketika menunggang.
Situasi seperti ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah boleh mencederakan pengguna lain yang tidak bersalah. Ia kerap berlaku di kawasan persimpangan atau lampu isyarat, terutama ketika trafik lengang.
Antara perkara yang boleh dijadikan pengajaran adalah:
- Elakkan melanggar lampu isyarat walaupun jalan kosong
- Fokus penuh semasa menunggang, jangan terlalu yakin
- Sentiasa peka dengan arah kenderaan lain
- Jangan anggap kelajuan perlahan bermaksud selamat
- Dashcam boleh jadi bukti penting jika berlaku insiden
Berhati-hatilah di jalan raya. Tak semua pertembungan itu berakhir dengan cinta.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Isteri Berdekah Dengar Suami Pasrah Layan Kerenah Anak Minta Keropok
Baca Artikel Berkaitan: “Ni Lah Lelaki Bila Sayang Kereta” – Isteri Terkejut Suami Cuci Kereta Sampai RM950
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Pasrah Terima Dugaan Tak Henti-Henti Di Atas Jalan