fbpx
Now Reading
Isteri Dah Habis Haid & Belum Mandi Wajib Tapi Suami Nak Bersama, Boleh Ke? Ini Penjelasannya [Video]

Isteri Dah Habis Haid & Belum Mandi Wajib Tapi Suami Nak Bersama, Boleh Ke? Ini Penjelasannya [Video]

Selain hubungan suami isteri, Ustaz Azhar Idrus turut menyenaraikan ibadah yang mewajibkan seorang wanita mandi wajib terlebih dahulu sebelum menunaikannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui, hubungan intim dalam sesebuah perkahwinan di antara suami dan isteri merupakan antara perkara yang dihalalkan dan mendapat pahala.

Namun ada ketikanya, seorang suami tidak dibenar menggauli isteri pada waktu tertentu khususnya ketika waktu haid atau isteri berada dalam keadaan nifas melainkan darah telah kering sepenuhnya.

Mungkin ramai yang tidak tahu, walaupun isteri telah kering dari darah haid dan nifas, seorang suami tidak boleh bersama dengan pasangan selagi pasangan mereka belum mandi wajib.

Haram Hukum Bersama Isteri Yang Belum Mandi Wajib Selepas Haid

Berdasarkan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, haram hukumnya jika seorang suami menyetubuhi isteri jika isteri berada dalam keadaan haid atau telah terhenti darah haid namun belum mandi wajib.

“Ini berdalilkan firman Allah Taala:

وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ

“Maksudnya: Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.

“(Surah al-Baqarah, 222).

“Maka hukumnya berdosa besar bagi seseorang lelaki menyetubuhi isteri ketika haid, secara sengaja, mengetahui hukum haramnya, dan tanpa lupa dan dipaksa,” jelas laman itu.

Perlu Bertaubat & Suami Disunatkan Membayar Kafarah

Malah, mereka perlulah segera bertaubat dan disunatkan membayar kafarah kepada golongan faqir atau miskin menggunakan mata wang Islam iaitu emas tulen.

“Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas r.a.:

إِذَا وَاقَعَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ وَهِيَ حَائِضٌ إِن كَانَ دَمًا أَحْمَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِدِينَارٍ وَإِن كَانَ أَصْفَرَ فَلْيَتَصَدَّقْ بِنصْفِ دِيْنَارٍ

“Maksudnya: Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya sedangkan dia sedang haid, jika darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar dan jika darahnya kekuningan maka hendaklah dia bersedekah dengan separuh dinar.

“Riwayat Abu Daud. Al-Hakim mensahihkannya.

“Bayaran itu hendaklah dibayar oleh si suami dan bukan si isteri kerana lelaki itu yang menyetubuh.

“Begitu juga jika dia bersetubuh apabila berhentinya darah haid tetapi belum mandi, maka keadaan wanita itu dianggap sama seperti yang keluar darah kekuningan. Ertinya, sunat dibayar denda separuh harga dinar,” katanya.

Kafarah Tidak Wajib Dibayar Jika Suami Isteri Melakukan Hubungan Intim Selepas Habis Haid

Pun begitu, berdasarkan laman web Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, seseorang itu tidak diwajibkan membayar kafarah dan hanya perlu memohon keampunan daripada Allah SWT.

“Kami berpendapat pendapat yang kuat adalah tidak diwajibkan kaffarah ke atasnya.

“Hal ini kerana persetubuhan itu berlaku bukan ketika isterinya dalam keadaan haid tetapi sebaliknya ia berlaku sebelum dia mandi, maka ia dianggap sebagai dosa dan wajib ke atasnya bertaubat daripada perbuatan tersebut.

“Ini adalah sebagaimana disebutkan oleh al-Buhuti bahawa tidak diwajibkan kaffarah ke atasnya dalam persetubuhan dengan isterinya selepas berhentinya haid dan sebelum mandi wajib (daripada haid itu).

“Hal ini adalah berdasarkan apa yang difahami daripada hadith, (yang dilarang) wanita itu dalam keadaan haid dan ini bukan dalam keadaan haid (kerana sudah berhenti darahnya),” tulis beliau dalam laman tersebut.

Dua Syarat Perlu Dipatuhi Suami Sebelum Berhubungan Dengan Isteri Selepas Haid

Penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus juga turut memberi pandangan sama mengenai hukum jika suami mahu berhubungan dengan isteri selepas haid.

Malah, beliau juga menjelaskan terdapat dua syarat yang perlu dipatuhi oleh pasangan suami isteri jika mahu berhubungan selepas isteri habis haid.

“Hendaklah kamu jangan jimak isteri kamu ketika mereka sedang mengalami haid. Bila boleh jimak?

“Satu syarat, sudah berhenti darah maka bila berhenti darah, isteri pun mandi (mandi wajib), baru boleh jimak. Dua syarat, berhenti darah dan mandi,” jelasnya.

Selain hubungan suami isteri, Ustaz Azhar Idrus turut menyenaraikan ibadah yang memerlukan wanita untuk mandi wajib terlebih dahulu sebelum menunaikannya.

Antara ibadah tersebut adalah;

  • Solat
  • Sujud Sejadah
  • Sujud Syukur
  • Tawaf
  • Memegang Al-Quran
  • Duduk dalam masjid

Baca Artikel Berkaitan: Bersetubuh Di Siang Ramadan, Hukuman Kaffarah Untuk Suami Sahaja Atau Isteri Sekali?

Baca Artikel Berkaitan: Haram Hukumnya Suami Bayangkan Perempuan Lain Ketika Berjimak Dengan Isteri – UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tak Pasti Sah Atau Tak Mandi Wajib Sambil Selam Sungai? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.