Guru Didakwa Periksa Pad Pelajar Perempuan Untuk Elak Kes Ponteng Solat Raih Kecaman
Sebelum ini, individu tidak dikenali itu mendakwa ada guru di sebuah sekolah dari Kelantan kerap memeriksa tuala wanita murid bagi mengelakkan mereka memberi alasan atau menipu untuk ponteng solat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, golongan wanita akan mula memasuki alam dewasa atau baligh bermula umur 9 hingga 16 tahun. Malah ada yang lebih muda berbanding itu.
Namun dalam sesetengah kes, segelintir golongan murid masih belum dapat membezakan perkara baik dan buruk. Sebagai contoh, ada individu mengambil kesempatan itu untuk memonteng daripada menunaikan ibadah secara sengaja.
Perkara tersebut kemudiannya membuatkan orang dewasa mengambil pendekatan yang lebih agresif bagi mengajar golongan anak muda itu.
Baca Artikel Berkaitan: Kajian Dapati Gen Alpha Datang Haid Seawal 8 Tahun, Pakar Nutrisi Kongsi Tips Elakkannya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Haid Anda Tak Menentu Lepas Puasa? Ini Penerangan Doktor
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Haid Warna Coklat Normal Atau Tak? Ini Penjelasannya
Guru Didakwa Kerap Periksa Tuala Wanita Murid
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter) apabila ada individu tidak dikenali mendakwa seorang guru di Kelantan kerap memeriksa tuala wanita yang dipakai oleh golongan murid perempuan.
Bagaimanapun, kes itu dikatakan telah pun dilaporkan ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).
“Dia takut budak tu mengelak nak solat. Hari tu dengar dah hantar ke (sekolah kawasan) pedalaman, tapi tak sempat hantar ke sana dan letak jawatan,” kata individu terbabit.

Wanita Perjelas Guru Tiada Hak Periksa Darah Haid Murid
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian pengguna akaun Threads dikenali sebagai Hani Balqis. Menurutnya, aksi guru yang memeriksa tuala wanita anak murid adalah satu tindakan mengarut dan melampaui batas.
“Untuk kesejuta kalinya, para ustazah sekolah jangan check period anak murid! Hentikan benda mengarut ni. Tugas ustazah untuk bagi kesedaran betapa pentingnya solat.
“Tak perlu sampai periksa darah haid orang kecuali tu orang yang bertugas dalam bidang perubatan bertujuan untuk medical sahaja. Selain daripada tu, tak boleh,” tegasnya.
Banyak Cara Untuk Beri Kesedaran Kepada Pelajar Tentang Kewajipan Tunai Solat
Menurut Hani, dia tahu bahawa ada segelintir murid mengelat daripada menunaikan solat dengan menggunakan alasan datang bulan.
Namun menurut Hani, ia bukan satu tiket buat para pendidik memeriksa tuala wanita pelajar sesuka hati kerana ia melibatkan privasi.
“Niat tak menghalalkan cara! Ada banyak lagi cara nak bagi kesedaran kepentingan solat (dan) periksa period bukan salah satu darinya. Dari zaman aku lagi,” tambahnya lagi.
View on Threads
Orang Ramai Geram Dengan Aksi Guru Yang Didakwa Periksa Tuala Wanita Murid
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai ramai tidak sangka aksi memeriksa tuala wanita murid masih lagi terjadi sehingga ke hari ini.
“Benda ni masih jadi pada 2025? Waktu saya dahulu, ingat lagi disuruh pakai cotton bud untuk nak buktikan kita datang bulan atau tidak.
“Lagi teruk kalau ada yang buang pad dekat tandas, setiap murid perempuan akan dipanggil dan dipaksa pegang pad tu. Saya jerit dari bilik air, ‘Suruh la ustazah pegang sekali!’, sebab rasa jijik dan marah,” dakwa seorang wanita.
Sementara itu, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka apabila berdepan situasi lebih kurang sama semasa berada di sekolah sebelum ini.
“Satu rahsia gelap yang lama saya simpan. Saya period awal, masa darjah empat. Lepas sekolah ada kelas mengaji, saya cakap saya period. Ustazah tak puas hati, dia bawa saya masuk makmal komputer sekolah dan suruh buka seluar dalam dan pad depan pelajar dalam tu.
“Sumpah malu sangat. Saya mengadu dekat mak saya, tapi bila jumpa ustazah tu, punyalah manis mulutnya cakap dia tak buat saya macam tu. Allahuakbar sakit sangat hati. Dah berpuluh tahun kes tu tapi sampai sekarang terasa kesannya,” luah seorang netizen.





Periksa Tuala Wanita Murid Tak Selari Dengan Ajaran Islam
Menerusi semakan kami di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, penjaga atau pendidik anak murid perlu memberi pendedahan kepada mereka mengenai haid.
Ini termasuk tentang kriteria darah, perkara diharamkan, disunatkan atau digalakkan serta cara penjagaan kebersihan diri semasa sedang dalam tempoh datang bulan.

Bagaimanapun, Islam menggariskan batasan-batasan dalam hal ini seperti larangan menyentuh bahagian terlarang seperti punggung dan larangan mengintip.
Dalam masa para guru mahu mengajar murid, perlu diingatkan juga untuk sentiasa menghormati golongan anak sebagai seorang wanita dan berhati-hati semasa


