Guna Teknik ‘Chant’ Untuk Mengeja, Ramai Puji Cara Cikgu Ajar Murid [Video]
Menerusi video dikongsikan, kelihatan Cikgu Haiqal menggunakan teknik chant itu untuk memudahkan pelajar mengingati cara mengeja nombor 8 dalam bahasa Inggeris.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap yang bergelar cikgu pasti ingin melakukan sesuatu perkara yang terbaik buat pelajarnya agar mereka dapat memahami pelajaran dengan baik.
Oleh itu, pelbagai perkara yang dilakukan oleh para guru dengan menyediakan pelbagai jenis bahan mengajar seperti menerusi lagu, lakonan, gaya pengajaran yang lebih kreatif dan banyak lagi.
Semua perkara ini dilakukan demi memastikan para pelajar dapat menguasai pelajaran yang diajari oleh guru-guru.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Cikgu Zaman Sekarang Kreatif”- Guru Ubah Lagu Hael Husaini Untuk Subjek Sains [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu Disiplin Siap Sediakan Snek, Stokin & Makanan Untuk Santuni Pelajar Raih Perhatian [Video]
Cikgu mengajar murid mengeja menggunakan chant
Baru-baru ini, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu telah menunjukkan cara kreatifnya dalam mengajar pelajar mengeja nombor dengan mudah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh guru dikenali sebagai Haiqal Hasman di TikTok, beliau telah menggunakan teknik ‘Chant’ untuk mengajar pelajar tahun 1 bagi memudahkan mereka mengeja nombor lapan dalam bahasa Inggeris.
Menerusi video yang dikongsikan oleh cikgu berkenaan, awalnya kedengaran cikgu itu memaklumkan dari nombor satu sehingga 10 kebiasaannya nombor lapan atau ‘eight’ merupakan nombor yang sedikit sukar untuk para pelajar mengingati ejaannya.
Mudah untuk pelajar ingati cara eja nombor 8
Oleh itu, guru itu memperkenalkan teknik chant yang menggunakan lagu dan ia diulang beberapa kali untuk membuatkan pelajar mengingati cara ejaan nombor berkenaan.
“Baik saya akan ajar awak semua satu chant. How do we spell the number 8? (bagaimana kita mengeja nombor lapan) E I G H T,” nyanyinya di hadapan para pelajar.
Tidak lama kemudian, cikgu Haiqal turut mengajak anak murid untuk bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.
Apa yang menarik, cikgu Haiqal bukan sahaja menyanyi sebaliknya dia melakukan perkara itu dengan penuh ceria dan semangat dan membuatkan para pelajar turut seronok dalam kelasnya.
Bukan hanya itu, cikgu berkenaan juga meminta dua pelajar tampil ke hadapan untuk bersama-sama melakukan chant berkenaan.
“Kadang-kadang ada beberapa perkataan yang tahun 1 susah nak hafal sebab ejaan tu terlalu tah apa-apa (bergurau). Jadi cikgu-cikgu boleh lah cuba chanting macam ni ya,” kata guru bahasa Inggeris itu.
@haiqalhasman Kadang-kadang ada a few words yang tahun 1 susah nak hafal sebab spelling tu terlalu tah pape🤣 so cikgu-cikgu boleh la try chanting macam ni ye #englishteacher #tahun1 #mrhaiqalhasman #gurucemerlang
♬ School Activity – Daily Music
Ramai puji cara kreatif guru mengajar
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji cara pendidik itu mengajar kerana tampil dengan idea kreatif di mana pelajar bukan sekadar dapat mengingati sebaliknya belajar dalam keadaan seronok.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan guru berkenaan seperti Blippi Malaysia.
Bukan hanya itu ada juga yang menyifatkan guru itu seperti guru-guru di luar negara di mana bukan hanya pelajar yang seronok tetapi para ibu juga seronok belajar.
“Teruskan semangat mengajar macam ni, best. Mesti budak kelas sebelah nak belajar dengan cikgu juga”

“Pelajar akan automatik suka subjek bahasa Inggeris kalau cikgu ajar macam ni”

“Baguslah teacher, sambil ajar pelajar eja perkataan, cikgu juga ajar mereka menggunakan susunan ayat yang betul.”




