Orang Lain Berhutang Orang Lain Kena, Lelaki Dakwa Rumah Terbakar Kerana Jadi Mangsa Khianat Ah Long [Video]
Jelas mangsa yang dikenali sebagai Asrul, terdapat kesan simbahan petrol dan cat di rumahnya dan jiran pada 16 Jun lalu serta nota berbaur ugutan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selain institusi kewangan seperti bank, pinjaman wang berlesen dan ceti haram seperti ah long sering menjadi pilihan segelintir individu untuk mendapat wang dengan cepat tanpa perlu lalui proses yang rumit.
Namun, sudah pastilah ada ‘harga’ yang perlu dibayar lebih-lebih lagi jika meminjam dari ah long.
Ini kerana seringkali kedengaran kisah melibatkan golongan ini yang mengugut malah melakukan perbuatan ekstrem kepada peminjam semata-mata untuk mendapatkan duit mereka kembali.
Kebiasaannya peminjam sering menjadi sasaran ah long namun kini kumpulan pengutip hutang ini dilihat mempunyai cara tersendiri untuk memberi ‘amaran’ kepada peminjam.
Lelaki Kongsi Kronologi Sebelum Rumah Dibakar Ah Long
Semalam (25 Jun), seorang lelaki berkongsi kejadian rumahnya di Taman Tasek Gelugor Utama, Pulau Pinang terbakar dipercayai perbuatan khianat.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook Mohamad Asrul, dia mendakwa rumahnya menjadi mangsa khianat pinjaman wang tidak berlesen.
Asrul yang merupakan salah seorang daripada tiga mangsa khianat berkongsi kronologi kejadian berkenaan di Facebook miliknya.
16 Jun – Ah Long Tinggalkan Nota & Beri Amaran
Jelas Asrul, terdapat kesan simbahan petrol dan cat di rumahnya yang bernombor 5 serta jiran (nombor 3) pada 16 Jun lalu.
Apa yang menjadi perhatian, turut terdapat nota berbaur ugutan bersama lebihan botol simbahan petrol ditinggalkan pada rumahnya jirannya itu.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat alamat rumah sebenar peminjam yang bernombor 42. Malah, turut terdapat kata-kata berbaur amaran kepada si peminjam.
“Last warning (amaran terakhir) saya kunci rumah dahulu jika tak call, WhatsApp untuk bayar.
“Saya pastikan kunci dan bakar rumah jadi jika nak cabar dan tak nak bayar, sila bagi surat. Jangan paksa saya ambil mangsa dekat rumah ini,” tulis ah long berkenaan.

Terus Buat Laporan Polis, Kes Ah Long Salah Simbah Rumah
Menyedari ugutan yang diterima, Asrul terus membuat laporan polis dan polis mendapati kes tersebut sebagai ah long salah simbah rumah.
Malah difahamkan pihak polis akan datang ke kediamannya untuk mengambil gambar dan bahan bukti selepas laporan dibuat namun dia mendakwa tiada tindakan susulan yang diambil.
24 Jun – Rumah Terbakar, Hanya Sedar Selepas Dikejutkan Oleh Jiran
Namun siapa sangka, Asrul dikejutkan dengan kebakaran rumahnya kira-kira jam 4.30 pagi pada 24 Jun lalu.
Apa yang menjadi perhatian adalah bukan rumahnya sahaja menjadi mangsa, namun terdapat dua buah rumah lagi yang turut terlibat.
Asrul bergeras keluar menyelamatkan diri selepas jiran-jiran membunyikan hon dan menggegar pagar rumah sebagai tanda untuk mengejutkan dia sekeluarga dari tidur.
“Sempat keluar dari pintu rumah dan panjat pagar sebelah kiri sebab api dari rumah jiran sebelah kanan dah merebak besar dan banyak letupan berlaku,” kongsinya lagi.
3 Buah Rumah Termasuk 5 Kereta & 4 Motosikal Turut Terbakar
Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati terdapat satu bahan letupan yang dilemparkan kepada rumah jirannya yang bernombor tiga hingga menyebabkan berlakunya letupan besar dan api merebak dengan laju.
Kebakaran itu menyebabkan tiga buah kediaman dengan lima biji kereta dan tiga buah motosikal terkesan akibat insiden berkenaan.
“Orang lain pinjam ahlong, tapi kami yang tak terlibat jadi mangsa kebakaran,” jelasnya.
Menerusi hantaran itu juga, Asrul turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam membantu dia sekeluarga dan mangsa lain menghadapi musibah itu.
Tiga buah rumah kami tengah terbakar.
Posted by Mohamad Asrul on Tuesday 24 June 2025
Ramai Kecam Tindakan Ah Long, Ada Yang Anggap Salah Rumah Hanya Taktik
Perkongsian itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat kejadian sebegitu.
Ramai yang mengkritik dan mengecam tindakan ceti haram yang tersalah sasaran hingga menyebabkan orang tidak bersalah menjadi mangsa.
Namun ada segelintir mereka berpendapat kemungkinan itu adalah taktik baharu ah long untuk memberi amaran kepada peminjam yang sebenar.
Pada masa yang sama ramai juga yang menzahirkan rasa simpati dan meminta agar mangsa tabah menghadapi dugaan.
Ini antara komen pengguna Facebook:
“Ah Long Sekarang Dia Tak Kacau Peminjam, Dia Khianat Jiran-Jiran”

“Rumah Peminjam Tak Terbakar Ke? Kesian Orang Lain Jadi Mangsa”

“Patut Kes Ugutan Macam Ini SKMM Kena Ambil Tindakan, Siap Bagi Nombor Telefon, Boleh Je Kesan Nombor Telefon Siapa”

“Semoga Dipermudahkan Urusan Mangsa”

“Ah Long Ni Memang Selalu Silap Rumah, Rumah Sepupu Saya Pun Kena, Sedangkan Orang Lain Yang Pinjam”

Baca Artikel Berkaitan: Ah Long Silap ‘Target’ Rumah, Mangsa Di Johor Terpaksa Tanggung Rugi Rumah Dibakar [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tersalah Rumah Simbah Cat, Ah Long Minta Maaf & Tawar Ganti Rugi Pada Owner Rumah
Baca Artikel Berkaitan: Terjebak Dengan Hutang ‘Ah Long’? Ini 5 Cara Selesaikan Masalah Hutang Anda!
Habiskan 1/3 dari 24 jam sehari dengan menulis. Isu trending, lifestyle dan apa sahaja yang dekat dengan realiti kehidupan seharian jadi 'makanan' saya di BuzzKini ✍️✨.








