fbpx
Now Reading
“Housemate Pengotor”- Ramai Geli Lihat Bilik Student Bersepah & Tinggalkan Tuala Wanita Dalam Tandas [Video]

“Housemate Pengotor”- Ramai Geli Lihat Bilik Student Bersepah & Tinggalkan Tuala Wanita Dalam Tandas [Video]

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok itu, kelihatan bilik tidur rakan serumahnya bersepah-sepah dengan pakaian dan barangan lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebersihan merupakan suatu perkara yang dituntut dalam agama untuk sentiasa dijaga oleh setiap individu.

Ini kerana, individu yang tidak menjaga kebersihan bukan sahaja membuatkan diri mereka tidak selesa sebaliknya mendedahkan kepada banyak penyakit.

Apa yang lebih teruk, sikap individu yang tidak mengamalkan kebersihan ini akan menyebabkan orang sekeliling menjadi tidak selesa untuk bergaul dengan mereka.

Wanita kongsi sikap housemate pengotor

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi gambaran menerusi beberapa video dan gambar memaparkan sikap rakan serumahnya yang pengotor.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @ilynn4k, awalnya dia menunjukkan keadaan bilik yang berselerak dengan pakaian dan beg di atas lantai.

Bukan hanya itu, kelihatan baju yang disangkut di ampaian turut tidak disusun dengan baik membuatkan keadaan bilik menjadi lebih berserabut.

Tidak lama selepas itu, dia turut menunjukkan keadaan almari makanan dipercayai milik rakan serumahnya yang penuh dengan makanan yang tidak disusun serta kelihatan berulat.

Siap tinggalkan pad yang masih berdarah dalam tandas

Apa yang lebih mencuri tumpuan rakan serumah itu bukan sekadar mempunyai bilik yang bersepah bahkan turut tidak membuang tuala wanita yang sudah digunakan di dalam tandas.

Bukan hanya itu, tuala wanita yang ditinggalkan tersebut mempunyai kesan darah dan diletakkan di atas tempat pengepam jamban.

Beberapa gambar lain pula kelihatan rakan serumah wanita berkenaan juga membiarkan sampah yang penuh di dalam plastik tanpa membuangnya.

Tak basuh baju berbulan-bulan

Di ruang kapsyen wanita itu turut memaklumkan rakan serumahnya itu juga tidak membasuh bajunya untuk tempoh yang lama.

“Yang realiti keluar cantik-cantik tapi dekat rumah pengotor! Orang macam ni bila tegur takkan nampak salah dia!

“Selfish (pentingkan diri), macam mana dia boleh tak cuci baju selama berbulan-berbulan dan biar laundry bag (beg pakaian) penuh dengan berbau han*ing (hancing). Kucing berak atas tilam dia, dia boleh tidur tanpa cuci cadar bekas tahi.

“Cuti sem barang semua tinggal sampai berulat lepas tu tak nak cuci suruh orang lain cucikan. Alasan sebab geli tak larat buat sorang. Terpaksa spill (kongsi) sebab sekarang dia tengah cari salah satu rumah lapor dekat mak dia cakap orang pulaukan dia,” kata wanita itu.

@ilynn4k

the real keluar cantik ii tapi dekat rumah peng0t0r ! orang macam ni bila tegur takkan nampak salah dia ! SELFISH🤮 like how can dia boleh tak cuci baju selama berbulan ii and biar laundry bag dia penuh dengan berbau han*ing , kucing bera* atas tilam dia , dia boleh tido tanpa cuci cadar bekas tai*😶 cuti sem barang semua tinggal sampai berulat lepastu taknak cuci suruh orang lain cucikan alasan sebab geli tak larat buat sorang 🫥 terpaksa spill sebab rn dia tgh cari salah satu rumah report dekat mak dia cakap orang pulaukan dia 😦

♬ twice as different da fuqs – ttminacraft

Ramai tak selesa lihat perangai rakan serumah kepada wanita ini

Melihat di ruangan komen, ramai yang berasa kurang selesa sebaik melihat gambar dan video dikongsikan oleh wanita berkenaan mengenai rakan serumah yang disifatkan pengotor.

Malah tuala wanita yang ditinggalkan turut menjadi perhatian kerana umum mengetahui ia membawa kuman dan perlu dibuang di tempat yang sepatutnya.

“The ‘suruh cucikan sebab geli’ ni aduh dah tahu geli, awak jangan tinggal dan simpan sampai benda tu jadi teruk..”

“Excuse me the pad?”

“Dia tak serabut ke tengok bilik sendiri macam tu, kita ni kalau boleh atas katil cuma ada bantal selimut je. Serabut seh”

“Aku dulu rakan serumah pengotor, rakan sebilik pun pengotor. Tapi dekat luar berlupak cantik”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.