fbpx
Now Reading
Tidak Anggap Sebagai Kekurangan, Remaja Autistik Cemerlang STPM & Raih PNGK 4.0

Tidak Anggap Sebagai Kekurangan, Remaja Autistik Cemerlang STPM & Raih PNGK 4.0

Alam Haikal memperoleh A bagi subjek Pengajian Am, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Sejarah, Pengajian Perniagaan dan A- bagi Bahasa Melayu dalam peperiksaan STPM 2024.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selain Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) juga merupakan antara peperiksaan penting yang sering dinanti-nantikan keputusannya.

Manakan tidak, keputusan itulah yang menjadi penentu buat pelajar yang mahu menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Buat mereka yang bercita-cita tinggi, pastinya pelbagai usaha akan dilakukan bagi memperolehi keputusan cemerlang.

Remaja Autisme Jadi Pelajar Terbaik Sekolah Lepas Raih Keputusan Cemerlang STPM

Tidak menjadikan autisme sebagai kekurangan, seorang remaja autistik Alam Haikal Jansari Anuar mengejutkan ramai pihak apabila berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM.

Ia sekaligus menjadikan Alam Haikal yang berusia 20 tahun sebagai pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang, Kelantan.

Alam Haikal yang mengambil jurusan perniagaan mendapat semua A dan meraih keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 tidak menganggap autisme sebagai halangan sebaliknya sebagai cabaran untuknya memperoleh kejayaan.

“Saya percaya setiap kekurangan ada kelebihannya dan kejayaan hari ini merupakan rezeki Allah, disiplin dan ketekunan belajar setiap hari,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Memetik Sinar Harian, remaja berkenaan memperoleh A bagi subjek Pengajian Am, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Sejarah, Pengajian Perniagaan dan A- bagi Bahasa Melayu.

Guna Teknik Belajar Berbeza & Pastikan Diri Jaga Solat

Jelas Alam Haikal yang merupakan anak kepada pesara tentera, dia memperuntukkan enam jam sehari untuk mengulangkaji iaitu sekitar 4 hingga 7 petang dan awal pagi dari jam 3 pagi hingga 6 pagi.

“Saya guna teknik belajar berbeza bagi setiap subjek. Saya sedar saya tidak sama seperti orang lain, jadi perlu cara belajar mengikut kemampuan diri.

“Saya tidak sangka menjadi pelajar paling cemerlang di sekolah kerana menyasarkan mendapat PNGK 3.5 pada peperiksaan ini,” katanya.

Malah, dia juga sentiasa memastikan dirinya untuk menjaga solat, melakukan solat tahajud dan istiqamah menjaga solat.

Bukan itu sahaja, Alam Haikal bercita-cita untuk menjadi guru bagi membuktikan kepada orang ramai bahawa remaja autistik sepertinya mampu berdikari dan berjaya jika diberi peluang dan kepercayaan.

Ibu Syukur Dengan Pencapaian Anak

Dalam pada itu, ibu Alam Haikal, Norlaila Ismail meluahkan rasa syukur dengan pencapaian anak ketiga daripada enam beradik itu.

Malah, dia sentiasa mendoakan kejayaan anaknya itu pada masa hadapan.

Kongsi Norlaila lagi, dua orang anaknya yang lain juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) namun itu tidak dianggap sebagai beban sebaliknya kekuatan untuk mendidik mereka dengan baik.

“Alam Haikal anak pertama dalam keluarga kami berjaya mencapai kejayaan akademik sebaik ini,” katanya.

STPM 2024 Catat Pencapaian Tertinggi Sepanjang Pelaksanaan

Untuk info, keputusan STPM 2024 pada kali ini mencatat keputusan tertinggi dengan peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sebanyak 0.01 mata menjadi 2.85 berbanding 2.84 pada tahun lalu.

Ini sekaligus menjadikan keputusan yang dicapai sebagai pencapaian tertinggi sejak ia dilaksanakan sejak 1982 yang menggantikan peperiksan Higher School Certificate (HSC).

Menurut Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, prestasi keseluruhan calon juga amat memberansangkan dengan 1,266 calon atau 3.06% mendapat PNGK 4.00 berbanding 1,116 calon pada tahun 2023.

“Dari segi pencapaian PNGK calon, secara keseluruhan didapati bilangan longgokan dan peratusan longgokan calon STPM 2024 pada PNGK 3.75, PNGK 3.00, PNGK 2.75 dan PNGK 2.00 meningkat berbanding 2023.

“Dengan peningkatan bilangan calon pada PNGK, maka insya-Allah lebih ramai calon lepasan STPM 2024 diterima masuk ke universiti awam,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Tak Gila, Cuma Tak Matang” – Lelaki Autisme Miliki PHD Terangkan Tentang Ilmu Fiqh Autism [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Cemerlang Raih 11A SPM Jaga Ibu Hingga Akhir Hayat Terima Lebih 10 Tawaran Pengajian & Biasiswa

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.