Sikap Murni Pekerja Stesen Minyak Petronas Isikan Petrol & Bantu Pelanggan OKU Raih Pujian [Video]
Pekerja petrol pump dilihat mengawasi pergerakan malah siap memegang badan pelanggannya ketika dia menaiki motosikal sebagai langkah berjaga-jaga.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap manusia pastinya pernah berhadapan dengan cabaran. Ada yang diuji dengan kewangan ada juga yang diuji dengan kehidupan.
Namun, ujian sebegitu kebiasaannya tidak sedikitpun mematahkan semangat seseorang untuk terus hidup dan maju ke hadapan.
Pun begitu, sebagai manusia, kita disarankan untuk berbuat baik dan saling bantu-membantu antara satu sama lain khususnya kepada mereka yang mempunyai kekurangan dan lebih memerlukan.
Pekerja Bantu Individu Kurang Upaya Yang Datang Ke Stesen Minyak
Baru-baru ini, tular di media sosial perbuatan baik seorang pekerja stesen minyak terhadap pelanggannya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ilanroslan, kelihatan pekerja berkenaan sedang menghulurkan bantuan kepada pelanggannya itu.
Apa yang menjadi perhatian adalah pelanggan itu merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal dari bahagian bawah badan sehingga kaki.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat pelanggan OKU itu duduk di bawah lantai stesen minyak manakala pekerja itu sedang membuka bahagian kerusi motosikal milik pelanggan itu.
Pekerja tersebut kemudiannya dilihat terus mengisi minyak dalam motosikal tiga roda milik pelanggan manakala dia hanya menunggu di lantai.
Pelanggan Berdikari Naik Sendiri Motosikal Selepas Cuba Dibantu Pekerja
Sebaik sahaja pekerja selesai mengisi minyak kenderaan tersebut, pelanggan itu dilihat dengan bersusah payah cuba menaiki motosikalnya.
Namun, apa yang lebih menyentuh hati adalah pekerja itu dilihat prihatin dan membantu pelanggan berkenaan.
Melalui perkongsian itu, pekerja stesen minyak berkenaan dilihat mengawasi pergerakan malah dia siap memegang badan pelanggannya itu sebagai langkah berjaga-jaga ketika dia menaiki motosikal.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Stesen Minyak Petronas, Senawang, Negeri Sembilan dan dikongsikan oleh pengguna yang kebetulan datang ke premis tersebut.
“Tak kira la tua muda, yang penting ada budi bahasa, Petronas Senawang,” tulis pengguna berkenaan di ruangan kapsyen.
@ilanroslan tak kira laa tua muda..yang penting ade budi bahasa..🫡PETRONAS SENAWANG..#fypage #orangbaik #budakpetronas
♬ original sound – Nick Hernandez – 𝙉𝙞𝙘𝙠𝙋𝙞𝙘𝙠𝙈𝙪𝙨𝙞𝙘𝙠
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Tersentuh & Puji Tindakan Pekerja Santuni Pelanggan
Video yang telah mendapat lebih 238,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang tersentuh dan kagum melihat keperibadian pekerja stesen minyak itu yang menyantuni pelanggannya yang kurang upaya.
Malah, ada yang berpendapat pekerja itu layak diberi penghargaan dan ganjaran atas perbuatannya itu.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Kan Best Kalau Ada Anugerah Untuk Staf Macam Ni, Bagi Inspirasi Serta Support Dalam Mendidik Adab Yang Semakin Hilang Terutama Kepada Golongan Istimewa”

“Semoga Awak Dimurahkan Rezeki Adik”

“Adab Tak Boleh Dijual Beli, Datang Dari Hati Nurani Yang Murni, Tahniah Anak Muda”

“Terima Kasih Orang Baik Semoga Sentiasa Dalam Lindungan Yang Maha Esa”

“Hebat Adik Ini, Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Adik”

Baca Artikel Berkaitan: Rider Ramah Dengan Pekerja OKU Bisu Di Pam Minyak, Siap Berbual Guna Bahasa Isyarat Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Telefon Bimbit Milik OKU Dicuri, Owner Kedai Ini Belanja Telefon Baru [Video]


