Padah Parkir Tepi Jalan, Ativa Calar & Remuk Bergeser Dengan Treler Raih Perhatian Ramai [Video]
Jelas terlihat kesan calar dan kemek pada bahagian pintu serta ‘fender’ Ativa yang diparkir di tepi jalan itu selain side mirror juga patah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Memarkir kenderaan secara haram di tepi jalan merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
Mana tidaknya, tindakan sedemikian pasti menyusahkan pemandu-pemandu lain kerana jalan yang ingin dilalui akan menjadi sempit atau terhalang.
Lebih teruk lagi sehingga menghalang kenderaan-kenderaan berat seperti lori atau bas yang perlu melalui laluan itu.
Tular Ativa remuk gara-gara parkir tepi jalan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah kereta mengalami kerosakan yang agak teruk gara-gara diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @pofoyofo, kereta jenis Perodua Ativa itu diparkir di tepi sebuah jalan berdekatan selekoh.
“Yang kenal kawasan ini mesti tahu tempat laluan itu memang sempit kalau ada kereta parkir dekat bahu jalan. Semoga dipermudahkan untuk owner kereta tersebut,” tulis di kapsyen.
Treler tak lepas lalu, terpaksa bergeser dengan Ativa
Difahamkan, Ativa berkenaan mengalami kerosakan selepas bergeser dengan sebuah treler yang melalui jalan tersebut.
Di dalam video tersebut, kelihatan pemandu treler berkenaan telah cuba mengelak daripada bergeser daripada Ativa berkenaan, namun tidak berjaya dan tiada pilihan lain yang boleh dilakukan.
Jelas terlihat kesan calar dan kemek pada bahagian pintu serta ‘fender’ Ativa tersebut selain cermin sisinya juga patah.
Menerusi video sama, kelihatan tiga panel kereta yang terlibat iaitu bahagian depan, pintu pemandu dan pintu penumpang kanan.
@pofoyofo yang kenal area ni mesti tau tempat laluan tu memang sempit kalau ada kereta parking dekat bahu jalan. semoga dipermudahkan untuk owner kereta tersebut. #fyp ♬ bunyi asal – arijalbiz
Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan oleh @pofoyofo, turut kelihatan sebuah lagi treler juga mengalami kesukaran untuk melalui jalan tersebut disebabkan Ativa berkenaan.
@pofoyofo Replying to @shinnyusha ♬ original sound – Benji
Parkir di tepi jalan merupakan satu kesalahan
Untuk info, mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan parkir boleh dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atau di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) mengikut bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.
Tidak hanya itu, memarkir kenderaan di bahu jalan juga merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jika disabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang kecam pemandu Ativa kerana parkir tepi jalan
Menjengah ke ruangan komen, pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi, ada yang bersimpati dengan pemilik kereta itu dan ada pula yang sebaliknya.
Segelintir netizen mengecam tindakan pemandu Ativa itu kerana memarkir kenderaannya di tepi jalan sehingga mendatangkan kesusahan kepada pemandu lain terutamanya pilot darat.
Namun, ada juga yang berpendapat bahawa pemandu tersebut berkemungkinan tidak mengetahui jalan tersebut turut digunakan oleh kenderaan berat selain dia hanya mengikut kereta-kereta lain yang parkir di situ pada waktu malam sebelumnya.








