Gula Atau Garam, Mana Lebih Bahaya? Ini Penjelasan Doktor Pakar [Video]
Jelas Dr Onn Akbar Ali, gula merupakan bahan paling penting yang sepatutnya dielak memandangkan ia boleh menyebabkan ketagihan dan memberi kesan jangka pendek atau panjang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Gula dan garam merupakan antara bahan penting dalam masakan. Malah ia berfungsi sebagai pelengkap bagi menyedapkan lagi rasa makanan mahupun minuman.
Kalau terlupa salah satu bahan ini, pasti rasa hidangan tidak lengkap dan ada ‘kurang’nya.
Malah pada masa kini, dapat dilihat seakan sudah menjadi trend apabila ramai orang lebih gemar menikmati minuman manis seperti boba atau kopi.
Namun, pengambilan kedua-dua bahan ini secara berlebihan sebenarnya berisiko mengganggu kesihatan individu.
Gula Atau Garam, Mana Satu Lebih Bahaya? Ini Pendapat Doktor
Baru-baru ini, tular di media sosial siaran audiosiar (podcast) pempengaruh yang juga merupakan seorang doktor perubatan, Dr Malar bersama Pakar Jantung terkenal, Dr Onn Akbar Ali.
Menerusi sedutan video episod pertama podcast YouSihat yang membincangkan tentang realiti sebenar penyakit jantung, Dr Onn berkongsi tentang bahaya di antara gula atau garam.
Melalui perkongsian tersebut, Dr Onn yang merupakan Pakar Kardiologi di Hospital KPJ Kajang menjelaskan gula lebih berbahaya berbanding garam.
“Dari segi keseluruhan gula. Gula lagi teruk daripada garam. Untuk kebanyakan masyarakat secara umum, kalau nak lari daripada gula atau lari daripada garam, saya rasa elok lari daripada gula,” jelasnya.
Beliau berkata demikian sewaktu Dr Malar bertanyakan pandangannya tentang bahan mana yang lebih berbahaya.
Gula Sebabkan Ketagihan, Boleh Sebabkan Kesan Jangka Pendek & Jangka Panjang
Namun, Dr Malar mempersoalkan jawapan itu dan berpendapat individu yang menghidap penyakit seperti darah tinggi (hypertension) seringkali diingatkan agar mengambil makanan rendah garam.
Pun begitu, jelas Dr Onn, gula merupakan bahan paling penting yang sepatutnya dielak memandangkan ia boleh menyebabkan ketagihan dan memberi kesan jangka pendek mahupun panjang.
“Dari segi keseluruhan, kencing manis, darah tinggi, kolestrol, sakit jantung, gula paling penting untuk dielakkan.
“Sebab gula ini satu, dia addictive. Dia akan menyebabkan ketagihan, yang kedua banyak kesan jangka pendek dan jangka panjang disebabkan gula,” katanya.
Tambah beliau lagi, gula merupakan bahan yang perlu dikawal rapi dalam badan manusia.
“Sebab gula, bahan yang badan kena kawal secara rapi. Range of sugar level in our body is very narrow (subjektif).
“Kadar gula yang dibenarkan dalam darah kita sangat narrow. Tak boleh rendah sangat, tak boleh tinggi sangat.
“Kalau rendah sangat, kita boleh rebah, boleh mati. Kalau tinggi sangat, bahaya. Badan kita akan usaha untuk pastikan gula pada paras sepatutnya,” katanya.
Insulin Bantu Kawal Gula Dalam Badan
Terangnya lagi, insulin memainkan peranan penting dalam membantu mengawal gula dalam darah.
Namun, pengambilan gula yang berterusan jangka panjang boleh memberi kesan kepada insulin untuk bekerja dengan keras.
“Badan kita akan keluarkan hormon insulin untuk regulate kadar gula dalam badan.
“Jadi kalau orang tu makan gula dekat 5,6 tahun takkan jadi kencing manis. Dia akan ambil masa lebih jauh daripada tu.
“Sebab badan akan maintain kadar gula tu dengan insulin. Masalah di insulin, penting, sangat penting.
“Tanpa insulin, kita tak bleh hidup. Tapi bila insulin itu bila terlalu kerap naik atas dan sentiasa naik di atas, akan beri keradangan dalam badan,” jelasnya.
Jelasnya lagi, jika insulin terlalu tinggi, antara kesan jangka panjang adalah ia akan menyebabkan buah pinggang bekerja keras untuk menyimpan garam dan air.
Oleh itu, dia menjelaskan individu yang mengalami bengkak di kaki disarankan untuk mengawal gula.
@yousihatpodcast Gula ATAU Garam? Manis ATAU Masin? Mana yang lebih bahaya? 🤔 Ini persoalan yang sering ditanya dan ramai orang terfikir. 🤨 Nak tahu jawapan sebenar daripada doktor pakar? Saksikan perbincangan penuh di You Sihat Podcast untuk tahu lebih lanjut. ☺✨ @drmalarss #celotehdrmalar #fyp #viral
♬ original sound – You Sihat Podcast – You Sihat Podcast
Tonton video penuh [DI SINI]
Apa Itu Insulin?
Untuk info, insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Ia membolehkan tubuh menggunakan glukosa menghasilkan tenaga.
Glukosa pula merupakan gula yang terdapat dari sumber karbohidrat.
Insulin pula berfungsi untuk mengawal paras gula dalam darah serta menyimpan lebihan glukosa sebagai sumber tenaga.
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Kena Penyakit Hati Berlemak Sebab Banyak Makan Lemak? Ini Penjelasan Doktor [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Gemar Minum Teh Tarik & Teh Ais, Pesakit Diabetes Kongsi Tabiat Pemakanan Sampai Kaki Kena Potong [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Air Gas Jadi Kegemaran, Wanita Hidap Kencing Manis Hingga Hilang Sebelah Kaki [Video]



