fbpx
Now Reading
Video Gimik Suami Isteri Bergaduh Di Pasar Raya ST Rosyam Mart Tular Di Luar Negara [Video]

Video Gimik Suami Isteri Bergaduh Di Pasar Raya ST Rosyam Mart Tular Di Luar Negara [Video]

Sebelum ini, pelakon, Datuk Rosyam Nor ada menjelaskan gimik pergaduhan suami isteri itu merupakan pelancaran pakej umrah dan ia juga strategi pemasaran yang disifatkan sebagai memancing emosi (triggered) masyarakat masa kini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada awal Jun lalu, kecoh di media sosial pertengkaran sepasang suami isteri di sebuah pasar raya.

Tindakan si suami yang melempar keluar dan membaling barang dari troli pasar raya tersebut serta bertengkar dengan isterinya menjadi bualan ramai hingga pengguna media sosial tertanya-tanya adakah ia real atau sekadar konten.

Baca Artikel Berkaitan: “Konten Ke Ni?” – Lelaki Campak Barang Dari Troli & Bergaduh Dengan Isteri Di Pasar Raya Curi Perhatian [Video]

Namun, teka-teki akhirnya terjawab rupanya pertengkaran suami isteri itu hanyalah sekadar gimik pelancaran pakej umrah oleh pasar raya ST Rosyam Mart dan Ikhlas.com.

@ikhlas.com

(Part 2) Korbankan rasa marah anda dengan video viral itu, jemput datang ke majlis Korban Perdana ikhlasdotcom x @ST Rosyam Mart #strosyammart #viral #trending #malaysia #korban #rayakorban

♬ original sound – IKHLASDOTCOM – IKHLASDOTCOM

Video Tular Di Luar Negara Hingga Dapat Persepsi Negatif

Walaupun hampir sebulan berlalu, video insiden pertengkaran itu masih lagi tular malah menjadi buah mulut pengguna media sosial di luar negara.

Seperti baru-baru ini, video pertengkaran tersebut dikongsikan semula di X @DahliaKurtz yang merupakan seorang wartawan dan penyokong zionis hingga mengundang persepsi negatif masyarakat antarabangsa.

“Jika suaminya berkelakuan begitu di tempat awam, bayangkan bagaimana dia melayan isterinya di rumah,” tulis kapsyen berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen di hantaran tersebut, ramai pengguna media sosial dari luar negara mengecam tindakan lelaki terbabit yang memberikan layanan buruk kepada isterinya itu.

Malah, ada segelintir yang meninggalkan komen seolah-olah mempersendakan agama Islam berdasarkan layanan lelaki tersebut kepada pasangannya walhal ruangan konteks pada posting itu sudah menjelaskan ia bukanlah situasi sebenar sebaliknya hanya gimik pemasaran.

Konteks AI yang menjelaskan situasi sebenar

Netizen Tempatan Kritik Strategi Pemasaran, Dakwa Sudah Bawa Imej Negatif Agama Islam

Perkongsian yang telah mendapat lebih 2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata warganet tempatan berpendapat ia adalah gimik murahan dan telah memberi imej negatif kepada agama Islam apatah lagi pengguna luar negara berkenaan merupakan penyokong zionis.

Malah, ramai yang mengecam pengurusan pasar raya tersebut kerana bersetuju dengan gimik sebegitu.

Teknik Pemasaran Pancing Emosi Orang Ramai

Sebelum ini, pelakon yang juga salah seorang pengarah pasar raya tersebut, Datuk Rosyam Nor ada menjelaskan gimik tersebut merupakan strategi pemasaran yang disifatkan sebagai memancing emosi (triggered) masyarakat masa kini.

“Kalau kita tengok zaman hari ini, dipanggil zaman digital yang mana semua manusia ada internet. Kalau dulu untuk dapatkan berita (kena) beli surat khabar.

“(Tetapi) hari ini semua orang nak jadi wartawan sendiri. (Jadi melalui video viral ini ia untuk) sampaikan risalah (yang) baik kita kena guna term ‘triggered’ orang apa yang berlaku,” katanya yang dipetik dari Malaysia Gazette.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin meganggap gimik tersebut adalah ‘dakwah pilihan’ yang dipilih oleh kedua-dua belah pihak.

“Pandangan saya teladan yang datang daripada situasi yang terjadi adalah pergaduhan menjelangnya Hari Raya Aidiladha.

“Ada pergaduhan, tapi teladan yang ingin disampaikan adalah apa yang kita nak buat tentang korban (hari ini) dan (pakej) umrah dengan harga lebih baik ini adalah perkara baik,” jelasnya.

Berikut antara komen yang diberikan pengguna X:

“Dah Jadi Fitnah Kepada Agama”

“Jenuh Nak Padam Fitnah Atas Agama Kalau Dah Jadi Begini”

“Sudahnya Rakyat Malaysia Pula Kena Pertahan, Kena Declare Dekat Diorang Tu Semua Marketing”

Baca Artikel Berkaitan: “Konten Ke Ni?” – Lelaki Campak Barang Dari Troli & Bergaduh Dengan Isteri Di Pasar Raya Curi Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Sangkal Fitnah Media Luar, Tampil Jelaskan Tentang Keselamatan Wanita Dalam Islam [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.