Syarikat Beri Anugerah Staf Paling Banyak MC & Kuat Tidur Raih Perhatian Ramai [Video]
Penerima anugerah staf paling banyak ambil MC itu didakwa telah mengambil cuti sakit sebanyak 365 hari dalam setahun pada tahun lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebanyakan syarikat akan mengadakan majlis makan malam tahunan atau gala dinner buat pekerja-pekerjanya untuk menghargai jasa mereka.
Kebiasaannya, annual dinner yang berlangsung akan disajikan dengan pelbagai persembahan untuk menghiburkan para pekerja pada malam tersebut.
Malah, terdapat juga sesi memberi anugerah kepada pekerja-pekerja terbaik sebagai penghargaan selain untuk menaikkan semangat atau motivasi staf yang lain.
Tular syarikat beri anugerah kepada staf paling banyak MC dan kuat tidur
Pun begitu, lain pula kisahnya dengan sebuah syarikat ini yang tular memberikan anugerah kepada pekerjanya yang paling banyak mengambil sijil cuti sakit (MC) dan pekerja yang paling kuat tidur ketika waktu kerja.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @kamaghul, anugerah terbabit diberikan semasa syarikat itu mengadakan satu majlis Appreciation Gala Dinner 2025 dipercayai pada baru-baru ini.
Difahamkan, kedua-dua pemenang anugerah bagi kategori itu menerima sebuah trofi yang disampaikan di atas pentas di hadapan ratusan pekerja yang lain.
Siap ada senarai calon bagi setiap kategori, dah macam ABPH
Dalam video tersebut, kelihatan nama-nama calon bagi setiap kategori diumumkan terlebih dahulu dan dipaparkan pada skrin gergasi seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH).
Kemudian nama pemenangnya akan disebut dan dipanggil naik ke atas pentas untuk mengambil trofi yang disampaikan oleh majikan mereka sendiri serta sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
Penerima anugerah staf paling banyak ambil MC itu didakwa telah mengambil cuti sakit sebanyak 365 hari dalam setahun pada tahun lalu.
Tidak pasti sama ada emcee yang menyampaikan maklumat itu hanya bergurau semata-mata atau sebaliknya, namun yang pasti kedua-dua pekerja yang menerima anugerah itu kelihatan berbangga dan gembira.
Kenapa lah waktu annual dinner company takde kategori ni? Aku berpotensi besar kot untuk menang dua anugerah ni 😭😭 pic.twitter.com/8CMyR1vftW
— kamaghul deghaman (@kamaghul) June 22, 2025
Netizen beri pelbagai reaksi, tak patut bangga jika terima anugerah sebegitu?
Penularan video tersebut di laman X telah mengundang pelbagai reaksi daripada rata-rata pengguna media sosial.
Ada yang berseloroh mendakwa mereka layak menerima anugerah-anugerah terbabit sekiranya bekerja di syarikat berkenaan.
Namun, ada pula yang mengambil serius perkara itu, dengan menyatakan berkemungkinan ada mesej tersirat yang ingin disampaikan oleh pihak majikan.
Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa perkara berkenaan tidak sepatutnya dibanggakan kerana penerima anugerah-anugerah dalam kategori itu berkemungkinan akan menjadi pilihan utama untuk dibuang kerja sekiranya syarikat itu terpaksa dikecilkan.








