fbpx
Now Reading
Suka Main Dengan Ikan Buntal, Ini Sisi Gelap Dolphin Yang Korang Pasti Terkejut [Video]

Suka Main Dengan Ikan Buntal, Ini Sisi Gelap Dolphin Yang Korang Pasti Terkejut [Video]

Dolphin pernah dirakamkan bermain dengan ikan buntal secara berkumpulan dan turut menggigit ikan kecil itu sebelum melepaskannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dolphin merupakan seekor haiwan mamalia yang disifatkan sebagai mempunyai tahap kebijaksanaan sangat tinggi dengan keupayaan kognitif pelbagai.

Selain itu, dolphin juga memaparkan tabiat suka bermain antara satu sama lain dengan ahli dalam kumpulan mereka yang menunjukkan bahawa ia haiwan yang sangat suka bersosial.

Namun siapa sangka, dolphin mempunyai satu tabiat yang aneh dan boleh juga dikatakan amat buruk, lebih-lebih lagi jika dilakukan oleh manusia.

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Tu Je Digula-gulakan” – Gelagat Wanita Guna Audio YouTube Untuk Seru Dolphin Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Watch] Hundreds Of Dolphins Spotted Swimming In Melaka Straits

Dolphin Gigit Ikan Buntal Demi Dapatkan Rasa Khayal

Menerusi perkongsian oleh seorang pempengaruh di TikTok (@shafinaz_anwar), haiwan mamalia itu mempunyai satu tabiat buruk iaitu suka menggigit dan mengemam ikan buntal.

Yang lebih mengejutkan, tabiat ini bukan dilakukan tanpa sebab, tetapi demi untuk mendapatkan rasa khayal.

Ini kerana ikan buntal mengandungi neurotoksin dikenali sebagai tetrodotoxin yang akan dikeluarkan apabila berasa dirinya berada dalam keadaan terancam.

Anda semua pasti tahu bahawa toksin ikan buntal atau dikenali juga sebagai fugu dalam dunia kulinari, adalah sangat berbahaya pada manusia.

Keracunan tetrodotoxin pada manusia boleh mengakibatkan rasa kebas, lumpuh, malah sehingga menyebabkan kematian dalam kes serius.

Sumber gambar: Pexels

Dolphin Lakukan Aktiviti Dengan Ikan Buntal Secara Berkumpulan

Tambah wanita itu lagi, dolphin juga melakukan perkara ini secara berkumpulan yang memberi isyarat bahawa bermain dengan ikan buntal mungkin merupakan salah satu aktiviti sosial haiwan laut itu.

Mereka akan saling berkongsi untuk bermain atau mendapatkan toksin daripada seekor ikan buntal sebelum membebaskannya.

“Tiada langsung keperluan kehidupan untuk dolphin ambil tetrodotoxin melainkan untuk rekreasi semata-mata,” katanya.

@shafinaz_anwar Sisi gelap dolphin. Do what you will with this information. 😌 #dolphin #faktaunik #faktamenarik #marines #sciencetok #storytime #shafinazanwar #tiktokmalaysia ♬ Mysterious and sad BGM(1120058) – S and N

Tonton video penuh [DI SINI].

Dolphin Seolah Terpesona Dengan Refleksi Sendiri Lepas Gigit Ikan Buntal

Tabiat dolphin ini pertama kali dirakamkan oleh kru BBC bagi dokumentari ‘Dolphins: Spy in the Pod’ pada tahun 2013.

Ahli zoologi dan penerbit dokumentari terbabit, Rob Pilley, berkata dolphin muda dilihat secara sengaja bereksperimen dengan sesuatu yang dikenal pasti akan menyebabkan rasa khayal.

“Selepas menggigit ikan buntal itu dengan perlahan dan memberi kepada dolphin lain, mereka mula bertindak dengan amat pelik. Meletakkan hidung mereka di atas permukaan laut seolah-olah terpesona dengan refleksi sendiri,” katanya dipetik NBC.

Malah, Forbes melaporkan bahawa para penyelidik mensyaki mamalia itu boleh memanipulasi ikan buntal untuk mendapatkan dos tetrodotoxin yang betul.

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada dolphin benar-benar memahami tabiat berkenaan, namun cara mereka mengendali ikan buntal mencadangkan tahap kesedaran dan kawalan yang tinggi.

Sumber gambar: YouTube BBC Earth

Dolphin Main Dengan Ikan Buntal, Buat Macam Bola

Sebenarnya dolphin bukan menggunakan ikan buntal bagi mendapatkan tetrodotoxin semata-mata, tetapi turut bermain dengan ikan kecil itu.

Berdasarkan laman web Dolphins and you, dolphin mungkin bermain dengan ikan buntal kerana berasa curiga dan bagi tujuan rangsangan. Ini kerana ikan buntal akan menjadi kembung seperti bola apabila berasa terancam.

Di samping itu, penggunaan ikan buntal juga dilihat sebagai satu bentuk waktu main dan interaksi sosial dalam kalangan dolphin yang merupakan haiwan yang sangat sosial.

Penyelidik telah berjaya merakamkan saat dolphin menjadikan ikan buntal seolah-olah sebagai bola yang dibaling kepada satu sama lain.

Sejurus selepas bermain dengan ikan itu, dolphin akan mula meletakkannya di mulut dipercayai bagi mendapatkan tetrodoxin dalam dos yang sikit.

Menurut BBC Earth, ikan buntal yang telah digunakan oleh dolphin kebiasaannya akan dilepaskan dalam keadaan masih hidup.

Baca Artikel Berkaitan: Neelofa Dikritik Berenang Bersama Ikan Lumba Lumba

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Ada Logo ‘Dolphin Friendly’ Pada Tin Tuna? Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: [Eksklusif] Wanita Ini Kongsi Kisah Hobi Bela Ikan Jadi Terapi Kesihatan Mental

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.