fbpx
Now Reading
Skandal Rasuah Di Sabah: “Itu Yang Saya Lakukan”- Ahmad Zahid Minta ADUN Bersihkan Nama Di Mahkamah

Skandal Rasuah Di Sabah: “Itu Yang Saya Lakukan”- Ahmad Zahid Minta ADUN Bersihkan Nama Di Mahkamah

Kata Ahmad Zahid, beliau percaya kepada SPRM untuk membuat siasatan mengenai isu skandal rasuah membabitkan dua ADUN Sabah berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (23 Jun), media melaporkan seorang ADUN Sabah telah ditahan selepas disyaki meminta dan menerima wang suapan sekitar RM150,000 melibatkan pengeluaran lesen cari gali di Sabah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki juga mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini pula, media melaporkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah telah ditahan SPRM.

Menurut Sinar Harian, kedua-dua ADUN terbabit dan seorang individu awam akan didakwa di mahkamah berhubung ditahan lesen perlombongan mineral di negeri itu.

Ahmad Zahid minta ADUN terpalit isu skandal rasuah di Sabah untuk bersihkan nama di mahkamah

Terbaharu Timbalan Perdana Menteri, Datik Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan mahkamah merupakan tempat terbaik bagi ADUN Sabah berkenaan untuk membersihkan namanya berhubung dakwaan salah laku itu.

Jelas Zahid, pihaknya memberi kepercayaan kepada SPRM untuk melakukan siasatan mengenai hal terbabit.

“Kita memberikan kepercayaan kepada agensi penguatkuasaan terutama SPRM, bukan hanya untuk melakukan siasatan tetapi membawa bukti saksi yang berkredibiliti.”

Jelas Zahid sekiranya lengkap kedua-dua perkara itu maka pertuduhan boleh dilakukan.

“Kalau seseorang itu mempunyai saksi dan bukti untuk menolak saksi dan juga bukti pihak pendakwaan, maka bersihkan nama di mahkamah, begitulah yang saya telah lakukan,”

TPM, Ahmad Zahid Hamidi

Zahid berkata demikian sewaktu diminta mengulas berhubung pendirian UMNO-Barisan Nasional (BN) mengenai isu penahanan dua ADUN Sabah itu.

Dalam pada itu, Sinar Harian turut memaklumkan seorang ADUN BN telah berkunjung ke pejabat SPRM Sabah pada 23 Jun lalu bagi memberikan keterangan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.