Siap Nak Bayar Lebih, Ramai Puji Sikap Baik Aunty Beri Sokongan Kepada Peniaga Tepi Jalan [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah harga keseluruhan kek yang perlu dibayar oleh pelanggan wanita itu bernilai RM32 namun dia meminta peniaga itu menggenapkan harga menjadi RM35.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selain dari kos operasi seperti perbelanjaan bahan mentah serta pendapatan yang tidak tetap, ragam pelanggan juga menjadi cabaran buat kebanyakan peniaga.
Manakan tidak, setiap individu datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza terutamanya dari segi keperibadian.
Ada segelintir peniaga yang pernah mempunyai pengalaman berhadapan dengan sesetengah pelanggan yang kurang sopan.
Namun kebanyakan pelanggan dilihat menyantuni dan menghormati peniaga khususnya mereka yang berniaga di tepi jalan.
Pelanggan Tak Berkira Dengan Peniaga, Minta Genapkan Harga Jualan
Baru-baru ini, tular di media sosial sikap baik hati seorang pelanggan kepada peniaga kek tepi jalan.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @officialfairytaste, pelanggan wanita berbangsa India itu telah datang ke gerai pemilik video berkenaan yang terletak di Kajang, Selangor.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat pelanggan wanita berkenaan membeli tiga potong kek dari peniaga itu.
Apa yang menjadi perhatian adalah harga keseluruhan yang perlu dibayar oleh pelanggan itu bernilai RM32.
Namun, dia meminta agar peniaga berkenaan menggenapkan sahaja jumlah tersebut menjadi RM35.
“Adik, awak ambil RM35, jangan kira (harga sebenarnya RM32),” katanya.
Peniaga itu kemudiannya kedengaran seakan-akan tidak percaya selepas mendengar kata-kata pelanggan berkenaan.
Namun, pelanggan wanita yang digelar sebagai aunty itu tetap berkeras meminta peniaga kek mengira keseluruhan harga kek dibeli RM35.
Bayar Lebih Sebagai Galakan, Turut Puji Kek Jualan Peniaga
Jelas pelanggan yang membahasakan peniaga itu dengan panggilan mesra seperti ‘dear’, dia tidak kisah membayar lebih dengan harga RM35 sebagai galakan kepada peniaga kek itu.
Malah, dia turut memuji kek jualan peniaga berkenaan yang tidak terlalu manis yang kini menjadi kegemarannya.
Melalui perkongsian itu juga, kedengaran peniaga kek tersebut tidak henti menzahirkan ucapan terima kasih.
“You are the sweetest aunty! Thank you for dropping by and buying my cake,” tulis peniaga itu di ruang kapsyen.
@officialfairytaste ure the sweetest aunty!🤍🥺 thank u for dropping by and buying my cake🙏🏻 terima kasih jua buat semua customer kami yg masih ingt kami di sini🤍 #kektepijalan #fairytaste #popupboothkajang #kektepijalankajang #nipponpuffbyfairytaste #fairytastestudio
♬ original sound – Official Fairy Taste – Official Fairy Taste
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Puji Keperibadian Pelanggan, Support Peniaga Tepi Jalan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 388,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang kagum dan memuji cara layanan pelanggan berkenaan kepada peniaga.
Malah, ada yang berpendapat sekiranya individu berlainan bangsa mengunjungi premis berkenaan membawa maksud bahawa makanan yang dijual adalah sedap.
Bukan itu sahaja, ada yang turut berkongsi pengalaman berhadapan dengan sikap baik individu.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Perbezaan RM3 Mungkin Nampak Kecil Tapi Makna Disebalik Tu ‘Untuk Galakan’ Bermakna Bagi Peniaga Kecil”

“Kalau India Atau Cina Datang Kedai (Melayu), Maksudnya Sedap”

“Mudah Je Nak Buat Baik Dengan Orang”

“Aku Paling Suka Pelanggan Macam Aunty Ni, Ya Allah Sampai Tak Tahu Nak Buat Apa”

Baca Artikel Berkaitan: “Very Kedekut”- Pelanggan Cerewet Siap Minta Ekstra Topping Piza Buat Ramai Geram [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kantoi Bila Nak Bank In Tak Lepas, Peniaga Kesal Ditipu Pelanggan Bayar Pakai Duit Palsu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Cakap Ambil Je Makanan Tu” – Dapat Order Tingkat 34 Tapi Lif Rosak, Rider Terharu Dapat Pelanggan Baik Hati

