fbpx
Now Reading
[Review] Xiaomi Lancar Redmi Pad 2 Dengan Harga Murah Giler! Sesuai Untuk Student

[Review] Xiaomi Lancar Redmi Pad 2 Dengan Harga Murah Giler! Sesuai Untuk Student

Redmi Pad 2 ini menyokong sistem terbaru HyperOS berasaskan Android 15 yang menyokong fungsi seperti clipboard bersama, sync panggilan dan boleh guna stylus untuk menulis atau melukis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jika dahulu, kita hanya bergantung kepada komputer atau laptop untuk melakukan kerja terutamanya yang melibatkan penggunaan internet.

Namun di zaman ini, pelbagai alternatif lain yang sudah tersedia buat orang ramai seperti telefon pintar dan tablet.

Malah, terdapat pelbagai jenis peranti yang sesuai untuk kegunaan kerja mahupun pelajar pada harga bawa RM1,000 antaranya tablet terbaharu Xiaomi iaitu Redmi Pad 2.

Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 di Bangkok!

Redmi Pad 2 ini baru sahaja dilancarkan pada Khamis lalu (19 Jun) di Queen Sirikit National Convention Centre, Bangkok, Thailand bersama dengan Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition.

Sebelum majlis pelancarannya, team BuzzKini telah diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan tablet dengan harga mesra poket ini.

Apa yang menarik perhatian kami, Redmi Pad 2 ini mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik walaupun tablet ini berada dalam kategori mid-range sahaja dan bukannya flagship.

Baca Artikel Berkaitan: Peminat K-Pop Mesti Suka! Xiaomi Lancar Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition

Spesifikasi Redmi Pad 2

Sebelum bercerita mengenai pengalaman penggunaan kami, mari kami kongsikan dahulu ciri-ciri yang ada pada Redmi Pad 2 ini.

Ciri-ciri utama:

  • Skrin besar & jelas:

Redmi Pad 2 ini dilengkapi dengan skrin 11 inci 2.5K paparan ‘crystal-clear’ dan refresh rate 90Hz, boleh dikatakan paparannya lebih lancar serta sesuai untuk menonton video atau melayari internet.

  • Bateri tahan lama:

Bateri sebesar 9,000mAh cukup untuk kegunaan seharian. Malah ia turut menyokong pengecasan pantas USB-C 18W.

  • 4 Speaker,Dolby Atmos:

Tablet bajet ini juga didatangkan dengan empat pembesar suara (quad speakers) yang disokong oleh Dolby Atmos. Bunyi yang dihasilkan memang kuat dan jelas, sesuai sangat nak tengok Netflix, YouTube atau dengar lagu di Spotify tanpa perlu menggunakan speaker tambahan.

  • MediaTek Helio G100 Ultra:

Redmi Pad 2 ini juga menggunakan cip pemproses MediaTek Helio G100 Ultra, cukup untuk tugas harian seperti membuka aplikasi media sosial, video call atau belajar online.

  • Sokong stylus & fungsi pintar:

Peranti ini juga menyokong sistem terbaru HyperOS berasaskan Android 15 yang menyokong fungsi seperti clipboard bersama, sync panggilan dan boleh guna stylus untuk menulis atau melukis.

Kamera, pilihan RAM & storan

Bagi kamera pula, Redmi Pad 2 hanya sesuai digunakan untuk panggilan video, mengambil gambar dokumen atau gambar biasa sahaja kerana kamera hadapannya 5MP manakala kamera utama 8MP.

Manakala untuk pilihan RAM & storan, Redmi Pad 2 ini terdapat dalam pilihan berikut:

  • 4GB RAM + 128GB Storan
  • 8GB RAM + 256 GB Storan

Namun, ruangan slot microSD juga disediakan untuk kedua-dua pilihan RAM yang sokong sehingga 2TB.

Redmi Pad 2 ini mempunyai dua pilihan iaitu Wi-Fi sahaja dan model yang ada 4G LTE (boleh masuk SIM kad).

Pada pendapat kami, reka bentuk Redmi Pad 2 ini agak premium dengan badan aluminium yang nipis dan ringan (sekitar 510 gram).

Redmi Pad 2 ini sesuai untuk siapa?

Setelah seminggu menggunakan Redmi Pad 2 ini, kami boleh rumuskan bahawa tablet ini sesuai digunakan untuk pelajar dan individu yang ingin menggunakannya untuk kegunaan harian biasa yang tidak terlalu berat.

Tablet ini kurang sesuai digunakan oleh gamers memandangkan cip pemproses hanya MediaTek Helio G100 yang diketahui umum tidak sesuai untuk menyokong game berat yang menggunakan grafik tinggi.

Malah, orang yang ingin menggunakan tablet untuk kerja berat seperti edit video atau multitasking profesional juga tidak sesuai menggunakan Redmi Pad 2 ini.

Harga dan pilihan warna

Redmi Pad 2 akan tersedia dalam warna Graphite Gray, Mint Green, dan Lavender Purple dengan dua varian storan pada harga bermula dari RM599.

Sementara itu, Redmi Pad 2 4G akan tersedia dalam warna Graphite Gray dan Mint Green sahaja dengan dua varian storan pada harga bermula dari RM699.

Bagi yang berminat, korang boleh membelinya di kedai Xiaomi, mi.com serta platform rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada.

Buat pembeli online, kini ada promosi percuma jam Xiaomi Smart Band 9 Active.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.