“Jaga Aib” – Pendakwah Tegur Pempengaruh Kongsi Cerita Dapat Herpes Didakwa Dari Suami [Video]
Jelas Da’i Hadhari atau juga dikenali sebagai Ustaz Bola, tiada keperluan seseorang itu untuk menceritakan sesuatu yang aib kepada orang lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Baru-baru ini, kecoh di media sosial perkongsian seorang pempengaruh dan usahawan terkenal yang mendakwa dirinya dijangkiti penyakit Herpes.
Menerusi sedutan video tular, influencer popular itu cuba mendapat kepastian daripada doktor yang merawatnya adakah simptom yang dihadapi itu merupakan sejenis penyakit kelamin.
Lebih menjadi perhatian, dia menyebut “Ini herpes ke ni, haa. Saya rasa sebab telur dia masam,” sambil menunjuk ke arah suami.
Perbuatannya itu nyata menjadi bualan pengguna media sosial hingga ramai yang mengecam tindakan pempengaruh berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Cepat Salahkan Pasangan”- Doktor Jelaskan Banyak Punca Jangkitan Herpes
Hubungan Suami Isteri Itu Halal, Cerita Dekat Orang Haram – Pendakwah
Terbaharu, pendakwah bebas, Da’i Hadhari menegur tindakan influencer yang tanpa segan silu bercerita kepada umum tentang penyakit Herpes yang dihidapinya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @tajdidhadhari_, pendakwah yang juga dikenali sebagai Ustaz Bola itu meluahkan rasa terkejut dengan perkongsian itu.
Jelasnya, tindakan menceritakan perkara tersebut yang disifatkan sebagai aib hukumnya adalah haram.
“Ada pempengaruh ini yang menceritakan beliau telah terkena jangkitan hasil daripada hubungan intim bersama suami secara oral.
“Beginilah, kalau saya cakap karang ada pula yang cakap ‘apa pula ustaz, itukan halal’, iye, yang halal adalah hubungan sesama suami isteri dapat pahala.
“Kalau cerita dekat orang, itu haram,” jelasnya.
Tak Perlu Cerita Kepada Orang Ramai, Biar Hanya Suami Isteri Yang Tahu
Malah, Da’i Hadhari turut berkongsi hadis Riwayat Muslim yang menerangkan tentang aib suami isteri.
Jelas pendakwah berkenaan, tiada keperluan seseorang itu untuk menceritakan sesuatu yang aib kepada orang lain.
“Biar sesama kita, suami isteri sahaja. Tak perlu cerita dekat orang apa punca penyakit tu. Ditambah pula, kita pempengaruh, cerita dekat orang pula, tak elok. Jaga aib.
“Sebab banyak hadis Nabi Muhammad SAW juga, Nabi tegur tentang perasaan malu.
“Jagalah adab. mudah-mudahan kita lebih cerdik menjadi seorang suami atau seorang isteri. Tak perlu cerita dekat orang apa yang awak buat
“Kalau sebab jangkitan tu, biar doktor sahaja yang tahu. Semoga semuanya faham,” katanya lagi.
@ustazbola Pempengaruh bercerita hubungan intim dan menyebabkan jangkitan pada dirinya🫣 #daihadhari #ustazbola #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #fypage
♬ original sound – Da’i Hadhari – Da’i Hadhari
Tonton video penuh [DI SINI]
Buka Aib Pasangan Ditegah Di Sisi Syarak – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Tindakan bercerita kepada orang ramai tentang rahsia dan aib pasangan juga ditegah di sisi syarak.
Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata sedemikian berdasarkan hadis sama yang turut dikongsikan oleh Da’i Hadhari.
“Daripada Abu Sa’id al-Khudriy, beliau berkata bahawa Baginda Rasulullah bersabda:
إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِندَ الله مَنزِلَةً يَومَ القِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفضِي إِلَى المَرْأَةِ وَتُفْضِي إِلَيه، ثُمَّ يَنشُرُ سِرَّهَا
“Maksudnya: “Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seorang lelaki (suami) yang bergaul (bersetubuh) dengan isterinya, kemudian menyebarkan rahsia isterinya tersebut.”
(Riwayat Muslim)
Jelas mereka, berdasarkan hadis ini, Nabi SAW mencela orang yang mendedahkan rahsia pasangan dan mengatakan mereka berada pada seburuk-buruk kedudukan di sisi Allah SWT.
“Terutamanya pada perkara-perkara sulit yang berlaku antara kedua pasangan seperti hal-hal istimta’ (keseronokan antara suami isteri).
“Justeru, ini menunjukkan bahawa membuka aib pasangan adalah perbuatan yang ditegah di sisi syarak kecuali terdapat terdapat beberapa keperluan dan hajat yang mendorong salah satunya untuk berbuat demikian.
“Ia sesuai dengan tuntutan ajaran Rasulullah SAW supaya berkata perkataan yang baik-baik atau berbuat senyap sekiranya tiada keperluan,” jelas mereka.
Membuka Aib Yang Dibenarkan Dalam Islam
Namun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan ada aib yang dibenarkan jika tujuannya untuk menyelesaikan kezaliman dan hukumnya adalah harus.
Menurut Imam al-Nawawi, enam aib tersebut adalah:
- Mengadu kezaliman kepada pihak yang mempunyai bidang kuasa atau kemampuan untuk berlaku adil kepadanya daripada orang yang berlaku zalim terhadapnya.
- Mencari pertolongan daripada orang tertentu yang mampu mengubah kemungkaran dan membawa si pelaku maksiat ke jalan kebenaran.
- Meminta fatwa daripada mufti.
- Memberi amaran kepada seseorang terhadap kemungkaran dengan menasihati dan memberitahunya berkenaan perihal buruk seseorang yang tidak harus dia ikuti.
- Menyebut dan mendedahkan kesalahan dan maksiat yang dilakukan secara terang-terangan. Namun haram membuka aibnya berserta kesalahan-kesalahan lain yang tidak dilakukan secara terang-terangan, kecuali atas tujuan tertentu seperti yang dinyatakan di atas.
- Menyebut seseorang dengan panggilan yang buruk kerana hanya dengan panggilan tersebut sahaja dia dikenali. Sekiranya panggilan tersebut digunakan untuk merendah-rendahkan atau mengejek, ia adalah haram.
“Oleh itu, sebarang perkara yang membawa kepada perbalahan dan perpecahan adalah dicemuh dan dilarang oleh syarak.
“Membuka aib pasangan merupakan satu larangan yang besar kerana kesannya yang menggugat keutuhan sesuatu institusi rumah tangga yang sepatutnya menjadi tempat lahirnya dan terdidiknya insan yang menjadi khalifah di muka bumi Allah SWT.
“Larangan membuka aib ini juga tidak terhad sesama pasangan sahaja, malah terhadap ahli keluarga, rakan-rakan atau kenalan bahkan terhadap pihak media atau wartawan.
“Namun, terdapat pengecualian pada kes-kes tertentu melalui saluran-saluran yang berautoriti,” jelasnya.
Baca Artikel Berkaitan: Mufti Pulau Pinang Perjelas Hukum Dedah Aib Pasangan Jika Niat Untuk Menjaja & Balas Dendam
Baca Artikel Berkaitan: ‘Seperti Satu Trend’- Mufti Kedah Beri Peringatan, Jangan Buka Buka Aib Pasangan Di Media Sosial



