fbpx
Now Reading
Tular Lelaki Kantoi Rakam Gambar Bawah Skirt Wanita Di Stesen MRT

Tular Lelaki Kantoi Rakam Gambar Bawah Skirt Wanita Di Stesen MRT

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan si pelaku yang didakwa merakam gambar bawah skirt wanita berkenaan cuba berdalih dengan memberikan pelbagai alasan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perbuatam merakam video orang lain tanpa kebenaran ketika berada di kawasan awam bukan satu perkara baru.

Meskipun sudah berulang kali dimaklumkan perkara itu melanggar hak privasi seseorang namun masih ada yang terus melakukannya.

Lebih teruk lagi ada segelintir golongan ‘gila seks’ yang berani mengambil video atau gambar menunjukkan bahagian anggota badan orang lain khususnya wanita di kawasan terbuka untuk simpanan sendiri bagi melampias nafsu.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki ditangkap cuba merakam bawah skirt wanita dengan meletakkan telefon bimbit di dalam beg kertas di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sehingga membuatkan ramai berang.

Tular lelaki kantoi didakwa ambil gambar bawah skirt wanita

Terbaharu, seorang lelaki turut didakwa melakukan perbuatan jijik yang sama apabila terkantoi selepas suami kepada wanita berkenaan menyemak galeri telefon pelaku tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ah QII di Threads, pada mula kelihatan seorang lelaki iaitu suaminya sedang memegang telefon bimbit dipercayai milik seorang individu lain yang didakwa telah merakam gambar bawah skirt.

“Cuma nak bawa bayi naik MRT je. Tapi dia (lelaki) pula ambil gambar bawah skirt saya,” ujarnya.

Sebaik menjumpai gambar milik isteri, lelaki itu kemudian segera memaklumkan mahu memanggil polis untuk tindakan lanjut.

Si pelaku kemudian cuba untuk mengelak dan memeluk kaki lelaki berkenaan untuk menghalangnya daripada memanggil polis.

Bawa ke kaunter MRT untuk panggil pihak polis

Tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan, suami wanita itu kemudian membawanya ke kaunter MRT dan meminta pelaku tersebut menerangkan segalanya kepada polis bantuan yang sedang bertugas.

Namun pelaku itu memberi alasan yang rakaman dilakukan secara tidak sengaja. Si suami bagaimanapun menunjukkan bukti gambar pada telefon yang dia sememangnya melakukan perbuatan tak senonoh berkenaan.

Kelihatan petugas MRT juga tampil untuk menyelesaikan masalah terbabit sementara menunggu pihak polis.

Pelaku itu kemudian menerangkan kepada petugas bagaimana dia kononnya secara tak sengaja mengambil gambar wanita berkenaan.

Sebaik sahaja pihak polis datang mereka kemudian menunjukkan bukti tersebut sebelum terus ke Balai Polis Cheras untuk membuat laporan bagi tindakan lanjut.

Tonton video di sini.

Ramai kesal dengan perbuatan tak bertanggungjawab lelaki berkenaan

Melihat di ruangan komen, ramai yang berang dengan perbuatan lelaki tersebut kerana mengambil foto di bawah skirt wanita berkenaan.

Malah ada yang menasihatkan kaum wanita yang ingin memakai skirt atau blouse untuk menyarung seluar atau seluar pendek di bahagian dalam bagi mengelak dari menjadi mangsa kepada golongan ‘pervert’ seperti ini.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang tabik pada suami wanita tersebut kerana menegakkan maruah isterinya daripada terus diperkotak-katik oleh individu tak bertanggungjawab.

Namun ada juga yang menegaskan kaum Adam seharusnya menjaga pandangan serta tidak melakukan perbuatan tidak bermoral, sebaliknya membayangkan apa yang akan berlaku sekiranya perkara sama menimpa ahli keluarga mereka.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pernah berdepan dengan situasi sama dan bertindak memarahi mereka sebaik ternampak tindakan tidak bermoral itu.

“Sesiapa yang suka pakai skirt, tolong lepas ni pakai seluar boxer ke seluar pendek ke dekat dalam okay. Bahayalah manusia macam ni”

“Apa yang budak-budak zaman sekarang ni, mengarut nak rakam-rakam. Internet dah ada macam-macam kalau tak boleh kawal nafsu sangat pun. Masih nak buat kerja bodoh macam ni”

“Aku pun penah bedil orang dalam tandas, kes lebih kurang macam ni. Satu mamat ni kantoi rekod orang dalam tandas. Tandas lelaki.”

“OMG menakutkannya! Nasib baik suami ada dengan awak ketika itu.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.