TikToker Tegur Sikap Segelintir Ibu Bapa, Biar Anak Tak Pergi Sekolah Hanya Sebab Bangun Lambat Cetus Perdebatan [Video]
TikToker berkenaan mempersoal alasan ketidakhadiran pelajar ke sekolah seperti dalam tangkap layar WhatsApp yang tular pada bulan lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sama seperti golongan bekerja, sesetengah murid juga tidak terkecuali dari gagal menghadirkan diri ke sekolah.
Kebiasaannya, mereka yang tidak dapat menghadirkan diri ini mempunyai alasan yang kukuh seperti masalah kesihatan.
Namun, ada juga segelintir yang dilihat mengambil kesempatan malah memberikan alasan yang tidak masuk akal atas ketidakhadiran mereka ke sekolah.
Seperti pada bulan lalu, tular tangkap layar kumpulan WhatsApp alasan beberapa orang pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana bangun lambat.
Individu Persoal Sikap Ibu Bapa Ambil Mudah, Anak Tak Datang Sekolah Kerana Bangun Lambat
Baru-baru ini, seorang individu tampil mempersoal sikap segelintir ibu bapa yang dilihat mengambil mudah dengan pendidikan anak-anak.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @nasiruddinnorzaini, TikToker berkenaan mempersoal alasan ketidakhadiran pelajar ke sekolah seperti dalam tangkap layar WhatsApp yang tular pada bulan lalu.
Melalui perkongsian berkenaan, terdapat tujuh orang murid yang tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 13 Mei (Selasa) iaitu sehari selepas cuti umum Hari Wesak pada 12 Mei.
Apa yang menjadi perhatian, empat daripada pelajar berkenaan tidak dapat datang ke sekolah kerana bangun lambat dan baru bangun.
Manakala, murid lain pula tidak hadirkan diri ke sekolah kerana faktor kesihatan seperti demam dan batuk.
“Parents (Ibu bapa) zaman sekarang sangat-sangat weak dan lemah. Terlalu manjakan anak.
“Kau tengok ni, alasan sebab apa (murid) tak nak hadir ke sekolah, kau tengok ni, bangun lambat,” katanya.
Bandingkan Dengan Cara Didikan Zaman Terdahulu, Didikan Ibu Bapa Boleh Corakkan Sikap Anak Pada Masa Depan
Malah, dia juga membuat perbandingan sikap pelajar pada suatu ketika dahulu yang tetap pergi ke sekolah walaupun telah terlambat beberapa minit.
Bukan itu sahaja, dia juga berpendapat, sikap ambil mudah sebegini mampu mencorakkan keperibadian yang tidak elok buat pelajar pada masa hadapan.
“Inipun diorang tak boleh nak tegur. Kalau kita dahulu, kalau bangun lambat pun, walaupun dah lambat kena datang sekolah.
“Lambat 10 minit ke, 20 minit kena datang sekolah, tiada alasan.
“Tapi, emak ayah zaman sekarang terlalu lemah. Manjakan anak. Inilah sebabnya. Bila dah besar, (anak) malas kerja, mak bapa bagi duit.
“Apa pendapat korang? Korang setuju tak emak bapa zaman sekarang terlalu lemah?” katanya lagi.
Walau bagaimanapun, tiada info seperti usia pelajar sekolah yang tidak menghadirkan diri itu.
Tonton video penuh [DI SINI]
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi
Video yang telah mendapat lebih 423,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila mendengar kenyataan tersebut.
Ramai yang bersetuju namun ramai juga yang mempunyai alasan tersendiri tidak menyokong kenyataan berkenaan.
Ini kerana bagi mereka ibu bapa masa kini adalah hasil didikan orang terdahulu dan mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak.
Pada masa yang sama, ada juga yang berkongsikan pengalaman sendiri berhadapan dengan situasi serupa.
Tips Buat Anak Suka Pergi Sekolah
Jika ada ibu bapa yang menghadapi kesukaran berdepan dengan sikap anak enggan ke sekolah, ini antara tips yang boleh dilakukan.
Namun, tips ini sesuai digunakan buat pelajar yang berusia lima hingga tujuh tahun yang baru sahaja melangkah masuk ke alam persekolahan dan sememangnya terkenal dengan sifat mereka yang tidak dijangka.
Antara langkah yang ibu bapa boleh buat adalah;
- Wujudkan rutin harian yang konsisten setiap hari seperti tetapkan waktu bangun dan masuk tidur serta buat persiapan untuk ke sekolah.
- Ibu bapa perlu berdisiplin agar dapat jadi contoh baik kepada anak-anak.
- Luangkan masa bersama anak sebelum pergi sekolah seperti sarapan bersama.
- Beri ganjaran seperti wang saku atau hadiah sebagai menghargai pencapaian mereka.
- Cipta suasana belajar yang tenang agar anak seronok untuk belajar.
- Tetapkan masa untuk mereka menyiapkan tugasan. Langkah ini penting untuk membantu mereka lebih berdisiplin.
- Rajinkan jawab setiap persoalan anak. Ini kerana sifat ingin tahu boleh menimbulkan minta mereka terhadap ilmu.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Memang Menyakitkan Hati Alasan Ibu Bapa Dalam Group Sekolah. Aku Pun Pelik Parents Macam Ni, Aku Warning Anak Setiap Tahun Kehadiran Penuh”

“Zaman Dulu, Selagi Bernyawa Kena Pergi Sekolah”

“Kalau Nak Senang, Mulut Masing-Masing Diam Je, Tak Payah Sibuk Nak Buat Video Cari Isu Yang Lazimnya Tak De Isu Pun”

“Ibu Bapa Sekarang Adalah Generasi Yang Dididik Dengan Tegas Oleh Mak Bapa Terdahulu Dengan Azam Tak Nak Anak Diorang Dididik Macam Mana Dia Kena Dulu”

Baca Artikel Berkaitan: Saya Pilih Untuk Beli Makanan Untuk Sekeluarga Dari Pergi Ke Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: Murid Lelaki Mengaku Tak Nak Belajar, Niat Ke Sekolah Untuk Jumpa GF Sahaja
