“Sangat Bahaya” – Mat Saleh Persoal Ada Rider Di KL Guna Laluan Pejalan Kaki [Video]
Pelancong dikenali sebagai Chris itu mendakwa dia pernah nyaris dilanggar oleh penunggang motosikal ketika berada di laluan pejalan kaki sambil mendengar muzik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selain kereta dan pengangkutan awam seperti bas, MRT dan LRT, kebanyakan rakyat Malaysia juga menggunakan motosikal sebagai kenderaan harian.
Maka tidak pelik lah jika lambakan motosikal dapat dilihat memenuhi jalan terutamanya ketika waktu puncak.
Pun begitu, tidak dinafikan sehingga hari ini masih ada segelintir penunggang motosikal yang tidka bertanggungjawab melanggar peraturan demi menyingkatkan masa perjalanannya dan mengelak kesesakan jalan raya.
Mat saleh persoal kenapa penunggang motosikal di KL guna laluan pejalan kaki
Seperti baru-baru ini, tular seorang pelancong warga asing yang dikenali sebagai Chris Rodriguez mempersoal tindakan segelintir penunggang motosikal yang menggunakan laluan pejalan kaki di Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya (Travelwithchris), kelihatan Chris dan tunangnya yang sedang berjalan di kaki lima terpaksa memberi laluan kepada beberapa buah motosikal.
“Memang gila, seumur hidup saya tak pernah saya lihat perkara sebegini. Tengok ini, mereka cuba melawan trafik,” katanya sambil berjalan.
Tak selamat, Chris dakwa pernah nyaris dilanggar motosikal guna laluan pejalan kaki
Menurut Chris, perkara sebegitu menyebabkan pejalan kaki yang menggunakan kemudahan terbabit menjadi tidak selamat.
Dakwanya lagi, dia juga pernah hampir dilanggar oleh penunggang motosikal ketika berada di laluan pejalan kaki sambil mendengar muzik.
Susulan itu, dia bertanya kepada rakyat Malaysia adakah ini sesuatu yang normal di negara ini dan bagaimana sekiranya terdapat individu berkerusi roda yang menggunakan laluan itu.
Malah, dia juga berpendapat bahawa penunggang motosikal sebenarnya mempunyai ruang untuk melalui di tengah-tengah laluan yang sedang sesak itu.
Untuk info, laluan yang digunakan oleh Chris itu boleh digunakan untuk pejalan kaki serta pengayuh basikal sahaja.
Motosikal yang parkir di laluan pejalan kaki saja sudah menjadi satu kesalahan kerana menghalang laluan apatah lagi yang menunggang di laluan tersebut.
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang kecam penunggang motosikal kerana malukan negara
Video berdurasi 1.21 minit itu kemudiannya sohor di media sosial dan meraih perhatian ramai rakyat Malaysia.
Menjengah ke ruangan komen, ada individu yang mengecam Chris kerana tidak memahami situasi yang terpaksa dilalui penunggang motosikal.
Namun, ada juga netizen yang menyelar tindakan penunggang motosikal yang menggunakan laluan pejalan kaki dan basikal kerana membahayakan individu lain sekaligus memberi pandangan buruk orang luar terhadap masyarakat di negara ini.








