Ramai Kagum Pelakon Ungku Ismail Bangunkan Apps Power Congak, Bantu Anak Kecil Kuasai Matematik [Video]
Ungku Ismail menjelaskan aplikasi Power Congak itu pada mulanya dicipta untuk membantu anak lelakinya yang bernama Ibrahim menguasai ilmu matematik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Matematik merupakan antara subjek di sekolah yang sukar untuk dikuasai oleh kebanyakan pelajar.
Ini kerana jalan kerjanya yang mungkin agak kompleks dan perlukan penelitian menyukarkan sesetengah murid untuk menyelesaikan masalah yang diberi.
Walaupun pelbagai tips dan kaedah yang diajar oleh guru, ada di antara mereka yang masih sukar menguasai dan mencari jawapan yang tepat.
Bukan hanya guru sahaja yang menyediakan kaedah mudah, malah terdapat pelbagai cara dan teknik yang dipaparkan di media sosial bagi membantu pelajar memahami konsep matematik dengan cara yang menyeronokkan.
Cipta Aplikasi Power Congak, Mahu Anak Kuasai Ilmu Matematik
Baru-baru ini, pelakon drama popular, Ungku Ismail Aziz menjadi bualan ramai dek kerana hasil air tangannya yang mencipta aplikasi untuk kanak-kanak kuasai ilmu Matematik.
Menerusi temubual bersama Maskulin, pelakon yang berusia 40 tahun itu menjelaskan aplikasi yang pada awalnya diberi nama Yim Genius dicipta untuk membantu anak lelakinya yang bernama Ibrahim menguasai ilmu matematik.
Jelasnya, tiada cara lain untuk menguasai ilmu berkenaan melainkan dengan memperbanyakkan latihan.
“Saya nak anak saya Ibrahim tu, latih Matematik setiap hari. Kalau nak latih Matematik ni, kena buku banyak la.
“Matematik nak power, senang je. Buat banyak latihan. Itu je, tiada cara lain lagi dah. Kalau awak tanya orang lain ke apa ke, dia kena banyak latihan,” katanya.
Aplikasi Penuh Dengan Animasi, Tarik Minat Kanak-Kanak Untuk Guna Power Congak
Lebih menarik, suami kepada aktres Nad Zainal mendedahkan aplikasi tersebut dicipta dengan penuh animasi agar dapat menarik minat kanak-kanak untuk berinteraksi.
“Saya boleh buat video game. Jadi apa yang saya buat, saya buat apps tu dalam bentuk animasi dan juga bunyi-bunyi jadi menarik minta Yim (Ibrahim) untuk dia buat (latihan).
“Dia akan ralit (leka) buat benda tu. Tahu-tahu je, dia dah boleh buat tiga digit congak tambah tolak dalam masa 10 saat.
“Dan dia terus menang johan congak dekat sekolah,” kongsi pelakon utama drama Adellea Sofea itu.
Dah Setahun Bangunkan Aplikasi, Cadang Cipta Aplikasi Untuk Subjek Lain
Kongsi pelakon yang mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan mekanikal itu, aplikasi tersebut telah dibangunkan olehnya setahun yang lalu.
Namun, ia mula dikenali ramai selepas isterinya yang juga pelakon, Nad Zainal berkongsi kisah tentang Power Congak dan dikongsikan di TikTok.
“Bila Nad tunjuk, orang tengok, orang nak. Saya cari coding pula macam mana nak keluarkan dekat App Store dan Google Playstore.
“Benda ini dah setahun sebenarnya. Cuma kita tidak pernah buat dekat TikTok. Bila kita buat dekat TikTok tu tiba-tiba semua orang ‘oh baru tahu’, katanya.
Pada masa yang sama, Ungku Ismail turut mendedahkan rancangannya yang mahu mengeluarkan aplikasi serupa bagi subjek lain lengkap dengan permainan (mini game) untuk kanak-kanak.
@maskulinmy Siapa sangka, aplikasi Power Congak yang dihasilkan Ungku Ismail pada mulanya hanya untuk latih anak sendiri dalam matematik, kini jadi perhatian ramai selepas dikongsi di TikTok. Ramai ibu bapa mula minta versi rasmi untuk dimuat turun demi bantu anak belajar dengan cara mudah dan menyeronokkan! #Maskulin #GayaHidup #UngkuIsmail #PowerCongak #MajalahMaskulin
♬ Best for video background music Chill Trap Hip Hop(837066) – KIh
Tonton video penuh [DI SINI]
KAMI BACA KOMEN ANDA #powercongak @Ungku Ismail Aziz
Tonton video penuh [DI SINI]
Jom download POWER CONGAK ,bagi anak latihan tiap hari , baru cerdas otak mereka Yem akan buat sebelum ke sekolah dan selepas balik sekolah lepastu proceed buat latihan buku untuk semua subjek cara ini untuk elakkan dia tengok TV atau minta main game #powercongam
Tonton video penuh [DI SINI]
Pengguna Media Sosial Kagum & Puji Inisiatif Ungku Ismail Hasilkan Power Congak
Video yang telah mendapat lebih 939,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Ramai pengguna tidak kira dari pelbagai platform memuji inisiatif yang dihasilkan oleh pelakon berkenaan dalam membantu kanak-kanak menguasai ilmu Matematik.
Malah, majoritinya juga turut bersetuju dengan kenyataan pelakon berkenaan iaitu hanya dengan latihan sahaja boleh menguasai ilmu berkenaan.
Bukan itu sahaja, ada juga pengguna media sosial yang baru sahaja mengetahui kewujudan apps tersebut menyuarakan hasrat mereka untuk memuat turun aplikasi berkenaan.
Info Tentang Aplikasi Power Congak
Untuk info, aplikasi Power Congak boleh dimuat turun secara percuma menerusi aplikasi App Store bagi pengguna Apple dan Google Playstore buat pengguna Android.

Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Saya Dah Download & Guna Untuk Anak-Anak, Best Dengan Aku Sendiri Terguna Aplikasi Ini”

“Tak Sangka Ada Pelakon Yang Pandai Coding, Rare Ni”

“Matematik Ni Memang Kena Banyak Latihan, Anak Saya 6 Tahun Dah Congak 4 DIgit Start Dari Latihan Setiap Hari”

“Mana Nak Download Apps Ni?”

“Aku Yang Dah Tua Ni Pun Download, Otak Kena Belajar Balik Mencongak”

Baca Artikel Berkaitan: Tak Perlu Kalkulator! Budak Lelaki 5 Tahun Berjaya Jawab Soalan Matematik Dengan Tepat
Baca Artikel Berkaitan: Guru Kreatif Gubah Lagu Marhaban Ya Ramadan Untuk Subjek Matematik Raih Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tak Perlu Visual! Budak 8 Tahun Bijak Geografi & Hafal Bendera Negara Lain Buat Ramai Kagum [Video]



