Kenapa Suara Jadi Kecil Bila Bercakap Dengan Kucing? Ini Penjelasannya
Menurut Public Health Malaysia, suara yang terlalu kuat boleh menakutkan atau menyebabkan kucing menjauhi seseorang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Di Malaysia, kucing merupakan antara salah satu haiwan yang paling digemari ramai, bukan hanya kerana comel, malah telatah si bulus itu juga selalunya berjaya menambat hati.
Maka tidak pelik lah jika kebanyakan rakyat di negara ini suka bermain-main dengan kucing tidak kira yang dibela mahupuan yang ditemui di tepi jalan (stray cat).
Bagaimanapun, pernah tak korang terfikir kenapa setiap kali bercakap dengan kucing suara kita secara tiba-tiba berubah menjadi kecil dan lembut tidak seperti biasa?

Tanpa sedar, otak kita belajar guna suara kecil untuk bercakap dengan kucing
Terbaharu, memetik laman advokasi kesihatan, Public Health Malaysia (PHM), perkara tersebut bukanlah sesuatu yang pelik, namun ia berlaku secara semula jadi kerana kucing sangat sensitif terhadap bunyi.
Menerusi bebenang yang dimuat naik PHM di X, suara yang terlalu kuat boleh menakutkan atau menyebabkan haiwan berkenaan menjauh.
“Jadi tanpa sedar, otak kita ‘belajar’ untuk bercakap dengan nada kecil. Menariknya, kucing juga kenal suara kita atau buat bunyi cicak bila nak beri makanan.
“Haiwan itu boleh mengenal nada itu, bila dengar saja ada yang terus datang dengan gaya ‘menggoda’, ekor mengembang, pinggul bergoyang,” ciapnya.

Infant-directed speech boleh lepaskan hormon oksitosin
Menurut PHM, nada lembut yang sama juga digunakan oleh kita apabila bercakap dengan kanak-kanak atau bayi.
Jelas laman itu, perkara ini dipanggil sebagai ‘infant-directed speech’ iaitu suara tinggi, lembut dan penuh kasih sayang.
“Dan sebenarnya, bila kita bercakap dengan nada ini, otak kita melepaskan hormon oksitosin iaitu hormon kasih sayang atau cinta yang buat kita rasa tenang, bahagia serta lebih dekat dengan haiwan peliharaan kita.
“Jadi ya, kalau suara kita berubah bila tengok kucing, itu bukan suara ‘kepit’, itu naluri manusia yang sedang belajar menyayangi dengan cara paling lembut,” katanya.
Pernah tak perasan… bila kita bercakap dengan kucing, suara kita automatik jadi kecil, lembut, kadang-kadang siap keluar suara kepit?
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) June 22, 2025
Ini sebenarnya bukan perkara pelik. Ia berlaku secara semula jadi kerana kucing sangat sensitif terhadap bunyi.
Thread! pic.twitter.com/XZx0GH1zoV



