“Dia Tak Sakit Tapi Takde Mood Kerja” – Wanita Berang, Dakwa Staf Gen Z Kaki Ponteng
Wanita dipercayai majikan kedai cermin mata itu berkata, staf tersebut kerap mengambil cuti tanpa gaji dan enggan berjumpa dengan doktor setiap kali mengadu sakit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Lumrah bagi mereka yang sudah meningkat dewasa, pasti golongan tersebut akan mencari pekerjaan tetap bagi menyara kehidupan seharian.
Namun begitu, masih ada segelintir individu yang mengambil pekerjaan mereka ini sebagai satu perkara remeh dan tidak bertanggungjawab terhadap tugas masing-masing.
Sebagai contoh sebelum ini, seorang staf yang masih berada di kedai makan telah meminta pekerja lain di pejabat untuk mengesahkan kad perakam waktu (punch card) miliknya kerana risau terlewat.
Lebih mengundang perhatian adalah staf itu seolah-olah rasa tidak bersalah dengan permintaannya selepas meletakkan emoji tertawa dalam mesej yang dihantar kepada rakan di pejabat.
Baca Artikel Berkaitan: “Suruh HR Tolong” – Staf Minta Rakan Punch Card Sebab Masih Di Kedai Makan Undang Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Budak Gen Z Sekarang..” – Wanita Tegur Sikap Staf Kerap Main Telefon Ketika Bekerja
Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara ‘Budaya’ Di Ofis Yang Perlu Ditukar. Tak Kiralah Kerajaan Atau Swasta
Bos Bengang Staf Kerap Minta Cuti Tanpa Gaji Ketika Hujung Minggu
Terbaharu, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Luna, dipercayai majikan di sebuah kedai cermin mata berkongsi kerenah seorang stafnya yang liat untuk hadir ke tempat kerja.
Menerusi foto tangkap layar yang dikongsi, kelihatan staf terbabit meminta untuk mengambil cuti tanpa gaji (unpaid leave).
Pada awalnya, dia hanya mahu cuti pada hari Sabtu. Namun aksi sama dilakukan pada hari seterusnya dengan alasan yang sama iaitu tidak boleh ke kerja kerana cirit birit.

Sumber: Malay Mail
Setiap kali diminta sijil sakit pula, pekerja itu memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk ke klinik. Jelas Luna, dia tidak akan berkira untuk memberi cuti jika staf itu mempunyai bukti daripada doktor bahawa dia sememangnya sedang sakit.
“Gen Z dik alasan tak nak kerja terciritlah, terpengsan, tersakit perutlah banyak masalah dunia,” kata Luna kepada seorang netizen.
Staf Sama Didakwa Cuti Sebelum Ini, Bukan Kerana Sakit Tapi Tak Ada Mood
Dakwa Luna, dia susah untuk mempercayai staf tersebut kerana pernah ditipu olehnya.
“Saya dah pernah kena tipu dengan staf saya ni. Dia tak sakit pun, dia tak ada mood kerja. Masa dia mengaku ni, saya try slow talk dengan dia korek-korek ada masalah apa sebab suka nak MC (cuti sakit) padahal baru lepas cuti 2-3 hari,” dakwa Luna.
Tambah Luna lagi, sikap staf itu yang kerap mengambil cuti sesuka hati telah menyusahkan orang sekeliling.
“Ramai je yang nak kerja. Dia bukan menyusahkan syarikat, syarikat tak hairan pun, tapi dia susahkan orang (pekerja lain) dekat kedai,” luahnya.
Bukan itu sahaja, wanita itu juga mendakwa staf terbabit sering mempunyai masalah semasa bekerja sebagai contoh kerap bermain telefon dan kadangkala tidur ketika waktu bertugas.
View on Threads
Orang Ramai Kongsi Pengamalan Hadap Staf Yang Culas Kerja
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang hantaran Luna. Ada yang berkata staf itu sepatutnya meletakkan jawatan jika memang betul tidak berminat untuk bekerja.
“Tak nak kerja cakap je macam aku. Rasa dah malas nak kerja nak cari passion lain. Balik draf surat letak jawatan dan berhenti. Jangan menyusahkan syarikat,” kata seorang individu.
Ramai dilihat memberi saranan kepada pekerja berkenaan untuk mengambil cuti sakit. Tetapi menurut Luna, staf itu lebih memilih untuk unpaid leave berbanding mengambil MC 14 hari setahun yang diberikan syarikat.
Sementara itu, golongan netizen juga sempat berkongsi pengalaman mereka menghadap staf berperangai seperti itu sebelum ini.
“Dulu ada seorang staf macam ni. Kalau tak Jumaat, mesti Isnin dia unpaid. Period pain, sakit mata, sakit gigi, nenek mati je dah 3-4 kali. Last-last aku suruh dia berhenti je, unpaid selamanya,” ujar seorang pengguna Threads.






Majikan Ada Hak Tak Luluskan Cuti Tanpa Gaji Staf
Secara umumnya, cuti tanpa gaji merupakan cuti yang dipersetujui antara pekerja dan majikan di mana pekerja tidak menerima gaji sepanjang tempoh tersebut.
Tidak seperti cuti tahunan atau cuti sakit yang dibayar gajinya, cuti tanpa gaji bergantung kepada polisi syarikat dan budi bicara bersama majikan.
Sebab mengambil cuti tanpa gaji tersebut juga perlulah munasabah. Sebagai contoh ada hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan, menjaga ahli keluarga sakit dan menyelesaikan isu peribadi.

Sumber: Pexels
Sebelum ini seorang pengendali akaun Human Resource Management (HRM) Malaysia di laman Facebook dikenali sebagai Hafiz Zainudin memaklumkan bahawa staf dikira ponteng kerja jika cuti tanpa gaji tanpa kebenaran majikan.
Jika alasan yang diberikan pekerja tidak munasabah, maka si majikan boleh mengeluarkan surat amaran.

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Kerja, Tapi Malas Buat” – Servis Kurier Campak Barang Cetus Kemarahan Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dedah Wujud Trend Guna Resume Palsu, Netizen Kesal Fresh Grad Tidak Jujur
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Hantar MC!” – Lelaki Kongsi Pengalaman Sakit Ketika Bekerja Di Jepun



