“Dari Tesis Ke Business” – Ramai Puji Wanita Guna Ilmu Ketika Belajar Untuk Berniaga Burger [Video]
Pemilik perniagaan burger itu merupakan graduan dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pelajar institusi pengajian tinggi bagi kursus ijazah sarjana muda secara umumnya diwajibkan untuk menghasilkan kajian tesis berdasarkan kepada kursus yang diambil.
Boleh dikatakan rata-rata tesis hanya bersifat teori dengan produknya tidak digunakan lagi dalam kehidupan harian setelah tempoh kajian tamat.
Namun lain pula buat seorang graduan yang berjaya menggunakan produk tesisnya dalam menjalankan perniagaan makanan.
Baca Artikel Berkaitan: “Portion 2-3 Orang” – Peniaga Jual Makanan Selambak 1 Pinggan Curi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Nombor 5 Destinasi ‘Syurga Makanan’ Paling Popular Di Asia
Baca Artikel Berkaitan: Pensyarah UKM Sumbang Dana Buat Pelajar Untuk Beli Laptop Demi Siapkan Tesis. Salute!
Pengasas Burger Latte Guna Produk Tesis Untuk Hasilkan Patty
Itulah yang dikongsikan oleh satu jenama burger tempatan, Burger Latte, di akaun TikTok miliknya (@burgerlatte).
Menerusi video yang dimuat naik, wanita dipercayai pemilik jenama tersebut, Nurdamia Qaisara telah menghasilkan sebanyak 300 patty burger bagi projek tesisnya.
Dia sebelum ini merupakan pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Video yang dikongsi juga menyaksikan orang ramai beratur di gerai Burger Latte bagi mendapatkan produk itu.
Berdasarkan hantaran di media sosial, antara produk yang ditawarkan ialah Classic Smashburger, Fancy Onion Smashburger dan Alfredo Shroom Smashburger dengan harga bermula serendah RM12.
@burgerlatte from thesis to business. NEXT EVENT: 🎪 PASAR SURI DENIM VIBES 📍Paya Bunga Square 🗓️ 23 – 28/6/2025 ⏰ 10 pgi – 12 malam Seee u soon!!! #foodtech #burgerlatte #smashburger #upm #terengganukite ♬ original sound – Mike Quyen
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Puji Usaha Wanita Gunakan Ilmu Untuk Perniagaan
Perkongsian oleh jenama burger itu mendapat pujian ramai, apatah lagi apabila pengasasnya menggunakan ilmu pengetahuan bagi menghasilkan produk yang berkualiti.
“Penjual burger berilmu rupanya. Patut pun sedap,” kata seorang individu.
Ada juga yang mengingatkan wanita itu agar tidak berkongsi resepi patty yang dihasilkan dengan titik peluhnya sendiri.
Seorang pengguna media sosial pula memaklumkan bahawa Burger Latte telah mencecah jualan tertinggi bagi event Moreh di Terengganu tahun ini.
Di samping itu, seorang individu berkata wanita itu menjadi contoh graduan yang ingin dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana dapat mencipta peluang pekerjaan dengan ilmunya.











Patty Daging Hibrid Dihasilkan Dengan Campuran Cendawan Kulat Hitam
Carian kami menemukan kertas kajiannya bertajuk, “Partial incorporation of black jelly mushroom (Auricularia polytricha) as a plant-based ingredient in the production of hybrid patties using meat from different species” yang diterbitkan di bawah International Journal of Food Science and Technology.
Dalam kajian tersebut, cendawan kulat hitam digunakan sebagai gantian daging bagi menghasilkan patty hibrid menggunakan daging dari haiwan berlainan spesies iaitu ayam, lembu, kambing dan kerbau.
Hasil kajian mendapati patty hibrid cendawan itu dengan daging lembu adalah yang paling digemari dari segi teksturnya.
Ia kurang padat dan keras berbanding patty hibrid lain, dan mempunyai tekstur yang paling kenyal dan kohesif.

Daging Hibrid Pilihan Yang Lebih Sihat
Sebagai info, makanan hibrid menggabungkan daging dan bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan bagi menghasilkan produk dengan rasa daging tetapi kurang kandungan kolestrol.
Pengasas Mendocino Food Consulting Kiran Campbell berkata daging hibrid adalah pilihan yang lebih sihat bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan protein itu.
“Produk ini kebiasaannya mempunyai kandungan lemak tepu dan kalori yang rendah, serta lebih banyak serat dan bahan antioksida berbanding daging biasa.
“Sesetengahnya turut merangkumi hidangan sayuran harian anda. Apa yang penting adalah menilai label nutrisi dan senarai bahannya,” jelasnya.
Baca Artikel Berkaitan: Caj Burger Ayam Crispy RM3.90, Lelaki Dikritik Peniaga Lain Dakwa Sengaja Ganggu Periuk Nasi Orang
Baca Artikel Berkaitan: “Ni Rare!” – Smash Burger 1.5 Kg Diganti Jadi Kek Kahwin Buat Ramai Teruja
Baca Artikel Berkaitan: Perut Asyik Senak Hingga Terjaga Malam? Ini 7 Jenis Makanan Anda Patut Elak Sebelum Tidur



