“Food Is Good” – Pempengaruh Perkenal & Hidang Nasi Lemak Di Amerika Syarikat Raih Pujian [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Siapa sahaja yang tidak bangga apabila makanan tradisional negara mendapat sambutan hangat di luar negara, terutama apabila ia diperkenalkan dalam suasana penuh budaya dan semangat kekeluargaan.
Itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga campuran Malaysia-Amerika yang mengambil inisiatif untuk menyertai festival makanan di sekolah anak mereka, dengan membawa menu popular Malaysia.
Tanpa disangka, usaha kecil mereka bukan sahaja berjaya memikat hati warga tempatan di sana, malah turut menerima pujian meluas di media sosial kerana berjaya memperkenalkan cita rasa Malaysia dengan cara yang begitu bermakna.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Jadi Individu Pertama Di Dunia Sertai Pertandingan Hyrox Pakai Baju Silat Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raih 1.5 Juta Tontonan, Gadis Melayu Ini Dipuji Fasih Berbahasa Mandarin Ketika Ajar Murid
Baca Artikel Berkaitan: “Pandai Sungguh Kai Kai” – Netizen Teruja Anak Cina Fasih Berbahasa Tamil
Tampilkan Malaysia Di Peta Dunia Melalui Nasi Lemak & Kuih Bakar
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@kumaarfamily), seorang bapa berkongsi momen bangga memperkenalkan masakan Malaysia dalam satu acara Cultural Food Festival di sekolah anaknya di Amerika Syarikat.
Katanya, niat asal hanya mahu membawa roti canai dan air coklat sebagai menu utama.
Namun selepas mengetahui penyertaan pelbagai keluarga berbilang kaum dengan pelbagai menu menarik, mereka akhirnya tercabar dan semakin berkobar-kobar membuat keputusan untuk membawa lebih banyak juadah tradisional Malaysia.
Bersama isteri dan anak-anak, mereka memasak sendiri nasi lemak lengkap bersama sambal, serta menyediakan sirap bandung sebagai minuman.
Pada hari kejadian, khemah mereka dihias meriah dengan bendera Jalur Gemilang, juga dilihat menambah kuih bakar sebagai menu pencuci mulut.
Semua makanan dihidang dalam saiz hidangan kecil bagi memastikan cukup untuk hampir 250 pengunjung yang hadir di situ.
@kumaarfamily What Americans think of Malaysian Nasi Lemak! #nasilemak #foodies #malaysianfood #malaysia #kumaarfamily
♬ Married Life (From “Up”) – Gina Luciani
Tonton video penuh [DI SINI].
Warga AS Teruja, Siap Tapau Sambal Tambahan
Menariknya, ramai warga tempatan yang bukan sahaja menikmati makanan tersebut, malah datang semula untuk ulang semula dan memuji keenakan juadah Malaysia.
Ada antara mereka yang sangat menyukai sambal sehingga sanggup mengambil bekas dari khemah lain semata-mata mahu tambah sambal lebih banyak.
Khemah mereka dilihat sentiasa dikunjungi pelawat pelbagai latar belakang yang tertarik dengan persembahan makanan Malaysia yang ditonjolkan secara kreatif.
Netizen Puji Usaha Bantu Promosi Budaya Tempatan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dan terharu dengan usaha pasangan ini dalam mengangkat nama Malaysia.
Ramai memuji komitmen mereka dalam memperkenalkan hidangan lokal secara bersungguh-sungguh.
Ada juga yang berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia di luar negara mengambil inspirasi dan peluang sebegini untuk memperkenalkan budaya negara kepada komuniti antarabangsa.


Pempengaruh Keluarga Malaysia-AS Yang Semakin Dikenali

Untuk info, pasangan ini dikenali sebagai Kumar Family dan aktif berkongsi kehidupan harian mereka di Amerika Syarikat menerusi pelbagai platform media sosial.
Si suami merupakan rakyat Malaysia, manakala isterinya berasal dari Amerika Syarikat.
Antara kandungan popular mereka termasuk memperagakan pakaian tradisional seperti baju Melayu di Amerika, menyambut Hari Raya bersama komuniti setempat, dan video interaksi anak-anak mereka dalam Bahasa Melayu.
Usaha konsisten mereka memperkenalkan budaya Malaysia di peringkat global nyata mendapat tempat di hati ramai netizen, dan terus menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia di perantauan.
Baca Artikel Berkaitan: Pelancongan Penjagaan Kesihatan Membawa Malaysia Ke Mata Dunia
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Duduki Tangga Ke-15 Dunia Dalam Pembangunan Telekomunikasi Peringkat Global
Baca Artikel Berkaitan: “Thank You For The Cooking Lesson” – Khairul Aming Terima Surat Penghargaan Dari PM New Zealand