fbpx
Now Reading
“Bau Ikan Pari Busuk Betul” – Pelanggan Terkejut Lihat Cara Restoran Simpan Ikan Mentah Sebelum Dibakar [Video]

“Bau Ikan Pari Busuk Betul” – Pelanggan Terkejut Lihat Cara Restoran Simpan Ikan Mentah Sebelum Dibakar [Video]

Menerusi video, dapat dilihat ikan pari, ikan kembung dan ikan talapia merah yang belum dimasak diletakkan dalam sebuah bekas tanpa penutup di atas sebuah meja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Restoran yang menghidangkan makanan laut contohnya seperti ikan bakar sememangnya sering menjadi pilihan.

Ini kerana ramai yang mahu menikmati kesegaran dan keenakan rasa asli hidangan laut itu sendiri.

Apatah lagi ada restoran yang pandai ‘memancing’ pelanggan dengan cara mempamerkan makanan laut seperti ikan, udang dan sotong di hadapan restoran sebelum dipilih oleh pelanggan mereka.

Namun, tidak semua pelanggan bernasib baik dapat menikmati kesegaran makanan itu seperti apa yang dibayangkan.

Pesan Ikan Pari Bakar Tapi Dapat Yang Busuk

Baru-baru ini, tular di media sosial pengalaman buruk seorang lelaki yang menikmati hidangan ikan bakar di sebuah restoran.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ezzuchang, lelaki itu menjelaskan dia telah memesan hidangan ikan pari bakar.

Apa yang menjadi perhatian adalah dia yang juga merupakan seorang TikToker mendakwa ikan pari yang dimakan berbau busuk.

“Order ikan pari bakar dekat kedai ni. Makan-makan bau ikan pari tu busuk betul,” katanya.

Terkejut Tengok Cara Restoran Simpan Ikan Mentah

Tidak puas hati dengan apa yang dinikmatinya, lelaki itu terus melihat tempat ikan pari itu dibakar.

Apa yang mengejutkan kesemua ikan mentah itu hanya diletakkan dalam bekas tanpa ais dan mengikut suhu bilik.

“Rupa-rupanya macam ini diorang letak ikan mentah dari pukul 10 pagi sampai dekat 3 petang dah waktu ini.

“Cara pengendalian makanan pun dah salah. Macam mana la boleh biarkan ikan ini terdedah di cuaca yang panas?

“Tahu tak bahaya untuk pelanggan yang datang makan? Korang yang ada belajar pengendalian makanan apa pendapat korang?” tanya pemuda terbabit.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat ikan kembung dan ikan talapia merah diletakkan dalam sebuah bekas tanpa bertutup di atas sebuah meja.

@ezzuchang

Order ikan pari bakar dekat kedai ni. Makan makan bau ikan pari tu busuk betul. Lepas tu pergi la tengok tempat dia letak ikan ikan dia. Rupa rupanya mcm ni dorang letak ikan mentah dorang dari pukul 10pg sampai dekat 3ptg dah waktu ni. Cara pengendalian makanan pon dah salah. Mcm mana la boleh biarkan ikan ikan ni terdedah mcm ni di cuaca yang panas? Tau tak bahaya untuk pelanggan pelanggan yang datang makan? Korang yang ada belajar pengendalian makanan apa pendapat korang? 🤔 #ezzuchang #oppazuzu #tiktokguru #foryoupage #foryourpage #fyp #nasiayamclaypot #claypotchickenrice #claypotyeemee #ipohfood #ipohfoodie #chinesemuslimfood #chinesemuslim #makanipoh #makananviral #satay #sate

♬ ini semua kerja orang gila – musgrik🇲🇾 ✨

Tonton video penuh [DI SINI]

Beri Teguran Kepada Pemilik Restoran

Menerusi hantaran berasingan, kelihatan pelanggan itu bersama rakannya berjumpa dan menegur pemilik restoran berkenaan.

Apa yang menjadi perhatian adalah peniaga itu mendakwa ikan pari sememangnya mempunyai satu bau yang kurang menyenangkan namun segar untuk dimakan.

Malah, peniaga itu turut mendakwa dia juga menikmati ikan pari sehingga habis.

Turut kedengaran pelanggan tersebut memberi penerangan tentang risiko meletakkan makanan dengan cara sebegitu.

“Kalau pak cik letak luar, sampai 4 ke 5 jam, pasti akan ada risiko rosak. Tak semua tapi pasti ada.

“Makanan yang dah masak, jangka hayatnya lebih panjang dari makanan belum masak. Bakteria akan merebak pada makanan yang belum masak.

“Bakteria merebak dekat tempat yang lembab dan panas. Saya harap pak cik boleh perbaiki la letak dalam peti ke apa,” katanya.

Peniaga itu dilihat menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka.

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Terkejut Lihat Cara Penyimpanan Ikan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 60,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terkejut melihat cara penyimpanan ikan mentah berkenaan.

Pengguna media sosial berpendapat bahan mentah seperti itu tidak sepatutnya diletakkan secara terbuka dan perlu disimpan dalam bekas bertutup atau ais.

Ikan Perlu Disimpan Pada Suhu Rendah

Tahukah anda, cara yang paling penting dan selamat untuk menyimpan ikan mentah adalah pada suhu yang rendah (suhu sejuk)?

Memetik Hello Doktor, ikan perlu disimpan dengan suhu 4 darjah Celsius atau lebih rendah daripada itu khususnya di freezer.

Ini kerana suhu tersebut dapat merencatkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria pada ikan.

Langkah sebegini bukan sahaja boleh mengelakkan mikroorganisme daripada berkembang tetapi dapat mengelakkan insiden keracunan makanan akibat hidangan telah tercemar.

Bagaimana Cara Simpan Ikan Mentah?

Cara lain penyimpanan ikan mentah agar tahan lama adalah seperti:

  • Bersihkan ikan terlebih dahulu sebelum disimpan
  • Simpan ikan dalam bekas kedap udara
  • Masukkan ikan dalam bekas berisi air
  • Letakkan pada bahagian freezer

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Biar Betul? Ikan Mentah Macam Tu Letak Luar Je? Patut Letak Dalam Bekas Ais, Adoi”

“Salah Cara Penyimpanan Tu, Patutlah Ikan Busuk”

Baca Artikel Berkaitan: “Kebersihan Out!” – Ramai Geli Lihat Cacing Ditemui Dalam Makanan, Masih Hidup & Bergerak Atas Pinggan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Punca Keracunan Makanan, Papan Pemotong Bercalar 200 Kali Lebih Kotor Dari Tandas

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.