fbpx
Now Reading
“Selalu Pergi Tempat Lain Berkerak” – Ramai Puji Usaha Pihak Restoran Basuh Baby Chair Setiap Hari [Video]

“Selalu Pergi Tempat Lain Berkerak” – Ramai Puji Usaha Pihak Restoran Basuh Baby Chair Setiap Hari [Video]

Lebih menarik, proses mencuci kerusi bayi bukanlah dibuat secara berkala sebaliknya ia dilakukan pada setiap hari sebelum beroperasi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kedai makan atau restoran merupakan merupakan port wajib bagi setiap individu untuk menjamu selera. Yelah, kadang-kadang bosan juga memasak dan menikmati lauk sendiri di rumah.

Buat ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak kecil, kemudahan seperti kerusi bayi (baby chair) menjadi keutamaan bagi memastikan keselesaan semua.

Namun jika anda perasan, sesetengah kerusi bayi yang disediakan di kedai makan tidak diyakini kebersihannya.

Lebih teruk, ada yang terlalu kotor dan berada dalam keadaan ‘daif’ serta tidak sesuai untuk diduduki khususnya bayi yang sensitif terhadap persekitaran.

Bukan Hanya Sekadar Lap Guna Kain, Kedai Makan Bersihkan Kerusi Bayi Dengan Air

Peka dengan kebersihan, sebuah kedai makan di Pulau Pinang mendapat perhatian ramai apabila mencuci kerusi bayi yang disediakan di kedai mereka.

Menerusi video yang dikongsikan semula di Threads, dapat dilihat seorang pekerja kedai makan The Fat Burger sedang mencuci hampir 10 buah kerusi bayi.

Apa yang menjadi perhatian adalah cara mereka mencuci bukanlah hanya sekadar lap menggunakan kain.

Namun, kedai makan itu membersihkannya dengan teliti menggunakan air bersabun malah siap menggosok pada setiap inci bahagian kerusi bayi berkenaan.

Bukan Berkala Sebaliknya Cuci Kerusi Bayi Setiap Hari

Lebih menarik, proses mencuci kerusi bayi bukanlah dibuat secara berkala. Sebaliknya mereka melakukan aktiviti tersebut pada setiap hari sebelum beroperasi.

“Memang kita akan cuci setiap hari. Ini bukan lakonan semata-mata. Memang kita cuci macam ni. Jadi kebersihan itu terjamin, betul tak?

“Kita cuci macam ni setiap hari. Kami tugaskan diorang bahagian pelayan (waiter) ni setiap hari basuh baby chair macam ini.

“Tapi kalau korang datang lewat malam tu, dah ramai orang pakai baby chair, ada kotoran sikit, korang boleh bagitahu waiter, diorang tolong lap balik.

“Tapi, kalau datang petang-petang macam ni, memang kita cuci macam ni, fresh untuk anak korang,” kata lelaki dalam video berkenaan.

View on Threads

Ibu-Ibu Teruja & Puji Cara Kedai Makan Jaga Kebersihan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 92,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai pengguna khususnya kaum ibu yang teruja melihat inisiatif restoran berkenaan dalam menjaga kebersihan dengan membersihkan kerusi bayi.

Malah, ada yang turut berkongsi kisah mereka tersendiri yang mempunyai pengalaman sama berhadapan dengan peniaga yang mengambil berat tentang kebersihan.

Namun, ada segelintir pengguna yang pernah berhadapan dengan pengalaman buruk apabila menemui kerusi bayi yang kotor dan lusuh.

Permukaan Meja Di Kerusi Bayi Lebih Kotor Jika Dibandingkan Permukaan Meja Lain Di Restoran

Sekadar info, ibu bapa dinasihat untuk menggunakan cecair pembersih atau lap terlebih dahulu sebelum menggunakan kerusi bayi di kedai makan.

Menerusi perkongsian oleh Public Health Malaysia (PHM), ada survei menunjukkan permukaan meja di kerusi bayi lebih kotor berbanding permukaan meja yang lain di restoran.

Meskipun ia tidak akan menyebabkan kesakitan yang teruk namun kerusi berkenaan mungkin mempunyai bakteria bahaya seperti Coliform.

Semasa musim HFMD, bayangkan bayi sebelum ini duduk dengan air liur meleleh di meja makan… kemudian anak anda duduk…

Posted by Public Health Malaysia on Wednesday 30 October 2019

Bukan itu sahaja, kerja pembersihan seperti ini boleh mengurangkan risiko jangkitan penyakit seperti selesema dan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Ini kerana HFMD mudah berjangkit melalui sentuhan, air liur, najis dan cecair dari lepuh.

Raya tetap raya, tapi jangan sampai jadi punca virus menular… Sekarang ini, kes HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut)…

Posted by Public Health Malaysia on Monday 24 March 2025

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Bagus Kedai Makan Ini. Ini Tak, Sesetengah Baby Chair Tu Sampai Berkeladak Hitam”

“Dulu Masa Emak Ayah Saya Budak Kafe, Inilah Benda Setiap Hari Ibu Ayah Buat, Baby Chair Sangat Penting”

“Tolong Viralkan Supaya Banyak Kedai Makan Buat Benda Sama, Banyak Kedai Makan Tak Utamakan Kebersihan Pada Baby Chair”

“Anak Saya Duduk Baby Chair Kena HFMD, Kerusi Semua Macam Dah Operasi 50 Tahun”

“Good Job Guys. Ada Segelintir Kedai Makan Macam Tu La”

Baca Artikel Berkaitan: “Rela Dukung Anak!” – Baby Chair Kotor Di Kedai Makan Buat Ramai Rasa Jijik [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Aku Ingatkan Tumit” – Sudu Berkerak Di Kedai Makan Buat Ramai Rasa Jijik

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.