Lotus’s Kembali Dengan Kempen ‘Harga Hangat’, Tawar Penjimatan Hebat!
Bermula dari 19 Jun hingga 30 Julai 2025, kesemua 70 cawangan Lotus’s di seluruh negara akan menawarkan lebih 360 barangan keperluan harian pada harga yang sukar ditandingi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia) sekali lagi menghangatkan suasana dengan kemunculan semula kempen popular ‘Harga Hangat’ yang sangat dinanti-nantikan!
Kembali atas permintaan ramai, inisiatif selama enam minggu ini menjanjikan harga luar biasa dan penjimatan hebat untuk membantu rakyat Malaysia berjimat bagi menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bermula dari 19 Jun hingga 30 Julai 2025, kesemua 70 cawangan Lotus’s di seluruh negara akan menawarkan lebih 360 barangan keperluan harian pada harga yang sukar ditandingi.
Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 30% bagi barangan harian sama ada barangan dapur, keperluan rumah, makanan sejuk beku, atau produk bukan makanan.
Sebagai bukti komitmen yang memberikan impak besar kepada pelanggan, Lotus’s Malaysia telah melaburkan lebih RM4 juta dalam kempen ini bagi menegakkan janji untuk menawarkan harga yang benar-benar rendah dan memberikan nilai terbaik kepada pengguna pada setiap hari.
Antara sorotan utama Harga Hangat 2025 adalah promosi barangan sehingga 90 unit SKU daripada barangan jenama Lotus’s yang menawarkan pelbagai barangan keperluan berkualiti pada harga mampu milik seperti:
- Produk penjagaan bayi Cute+Care
- Minuman 3-dalam-1 yang enak
- Produk sejuk beku sedia dimakan (burger, piza, produk bakeri)
- Makanan dalam tin, susu UHT, pasta, snek dan biskut

Semua produk ini hanya eksklusif di Lotus’s dan dijamin berkualiti serta menjimatkan pelanggan.
Cari tag bertanda merah Harga Hangat yang menarik perhatian di dalam stor Lotus’s dan di platform Lotus’s Shop Online bagi mendapatkan tawaran paling hangat yang tidak dapat dilepaskan.

Bukan itu sahaja, penjimatan di Lotus’s tetap akan berlangsung sepanjang tahun! Pelbagai promosi di stor dan tawaran eksklusif ahli My Lotus’s sehingga 50% diskaun ditawarkan sehingga akhir tahun 2025. Ahli My Lotus’s juga boleh menikmati Hari My Lotus’s pada setiap hari Rabu minggu kedua setiap bulan, di mana lebih banyak penjimatan menarik menanti anda.

Dengan pelbagai cara untuk berjimat, Lotus’s Malaysia terus menerajui usaha menjadikan barangan keperluan lebih mampu milik bagi memberikan nilai yang lebih baik kepada rakyat Malaysia ketika mereka amat memerlukannya.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti terkini di Lotus’s Malaysia, layari laman web, Facebook, Instagram dan TikTok.
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.