fbpx
Now Reading
“Jangan Melebih” – Doktor Persoal Tindakan HR Tanya Soalan Melampau Kerana Curiga Dengan Surat MC Staf

“Jangan Melebih” – Doktor Persoal Tindakan HR Tanya Soalan Melampau Kerana Curiga Dengan Surat MC Staf

Jelas doktor am berkenaan, tiada masalah jika HR bertanyakan tentang kesahihan atau ketulenan sijil cuti sakit (MC) namun biarlah berpada-pada.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sijil cuti sakit atau medical certificate (MC) merupakan perkara yang sering menjadi bualan di media sosial.

Manakan tidak, ada sahaja isu berkenaan MC yang diluahkan oleh sesetengah pekerja lebih-lebih lagi sikap segelintir jabatan sumber manusia (HR) yang mempertikaikan cuti sakit mereka.

Sedangkan, MC itu bukanlah satu sijil yang mudah diperolehi melainkan ia diberi oleh Pengamal Perubatan Berdaftar yang memperakui seseorang itu tidak layak menjalankan tugas kerana sakit.

Namun entah mengapa sehingga ke hari ini, ada sahaja kisah tentang sikap segelintir HR yang suka mempertikai MC dari pekerja.

Doktor Perubatan Persoal Tindakan HR, Tanya Soalan Melampau

Jika sebelum ini sering kedengaran luahan pekerja tentang sikap HR yang mempertikaikan MC mereka, kini giliran pengamal perubatan pula yang membuat luahan.

Pandangan itu dikongsikan oleh seorang doktor perubatan di akaun Threads @effysaiful.

Menerusi hantaran berkenaan, dia meminta jabatan sumber manusia agar menjaga batas masing-masing.

“HR, tolong tahu batas anda. Saya tahu anda ambil berat tentang staf yang dapat cuti sakit panjang tapi jangan sampai buat klinik dalam keadaan awkward,” tulisnya.

Ada HR Tanya Soalan Melampau Sampai Tanya Sekecil-Kecil Perkara

Jelasnya, dia tiada masalah jika HR bertanyakan tentang kesahihan atau ketulenan sijil cuti sakit itu.

Apatah lagi, ada sahaja pekerja yang tidak bertanggungjawab menyunting sijil tersebut untuk kepentingan mereka.

Lebih mengejutkan, pengguna berkenaan mendakwa ada segelintir HR yang bertanyakan soalan melampau sehingga ke sekecil-kecil benda kepada doktor hanya untuk mendapatkan kepastian.

Jelasnya lagi, perkara sebegitu adalah sulit dan hanya diketahui di antara doktor dan pesakit.

“You boleh inquire pasal MC tu legit ke tak, sebab memang ada kes patient (pesakit) edit MC (modify bilangan hari MC atau tukar nama anak dekat MC jadi nama bapa).

“Tapi jangan la tanya lebih-lebih, ‘sakit apa, berapa suhu masa datang klinik, ada buat test itu ini tak, kenapa Dr bagi MC lama sangat dan lain-lain.

“Itu private and confidential (P&C) antara Dr dan pesakit. Dr legally tak boleh reveal. Apa kata you tanya staf you directly,” tulisnya.

View on Threads

Ramai Setuju & Beri Pendapat Masing-Masing Tentang Pandangan Doktor

Perkongsian yang telah mendapat lebih 65,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh doktor tersebut.

Bagi mereka, HR sepatutnya menjaga had dan batas mereka tanpa perlu bertanyakan secara terperinci kepada pengamal perubatan tentang cuti sakit pekerja.

Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman sendiri berhadapan dengan sikap HR yang tidak percayakan MC mereka.

Namun, ada pula yang berpendapat tindakan sebegitu adalah perlu memandangkan ada pekerja yang mengambil kesempatan.

Pendedahan Maklumat Perlu Dapat Kebenaran Pesakit

Untuk info, berdasarkan Kod Etika Profesional Majlis Perubatan Malaysia (MMC), seorang pengamal perubatan berdaftar bertanggungjawab terhadap maklumat yang diperolehi daripada pesakit dan memastikan ianya dilindungi.

Mereka hanya boleh mendedahkan maklumat tersebut sekiranya mendapat keizinan bertulis daripada pesakit atau daripada mereka yang diberi kuasa oleh pesakit berkenaan.

Apabila kebenaran tersebut diberikan, hanya maklumat berkaitan bagi tujuan tertentu sahaja diberikan khususnya jika terdapat keperluan dari segi undang-undang.

Apa yang pasti, maklumat yang diberikan perlu dimaklumkan kepada pesakit terlebih dahulu.

Perkara ini juga pernah diterangkan oleh doktor selebriti, Dr Say Sahzril menerusi satu video di TikToknya yang mendedahkan bahawa seorang doktor tidak boleh mendedahkan kepada umum mengenai maklumat pesakitnya.

Namun, ia dibenarkan sekiranya ada persetujuan yang dibuat di antara pekerja dan pihak syarikat.

“Apa jua sakit adalah confidential antara korang (pesakit) dan doktor. Sebab kami as doktor ini banyak dapat panggilan daripada HR bertanyakan punca korang MC. Sebagai doktor kami tak boleh share information sebegini.

“Cuma kalau korang guna panel syarikat atau masa korang sign offer letter tu, ada nyatakan korang kena disclose semua benda, itu bergantung kepada polisi masing-masing,” katanya.

@say_shazril0

Bosses akan marah sy for this but korang kena tahu hak korang sebagai pekerja when it comes to MC/ cuti sakit. Belum cerita 60 hari setahun cuti hospitalisation. Dan HR call tanya pekerjanya MC sebab apa tu REAL & ada yg memaksa siap cuma we doctors, we hold dear to our patient doctor CONFIDENTIALITY. So far bila korang mintak MC, pernah ke bos korang tak approve? Share sikit pengalaman korang dan MC ni.

♬ OCEAN AND WAVES – finetune

Tonton video penuh [DI SINI]

Tipu Cuti Sakit Boleh Dipenjara 2 Tahun Atau Denda

Memetik portal rasmi Mahkamah Kuala Lumpur, pemalsuan sijil cuti sakit atau MC sebenarnya satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Betul! Saya Minta HR Untuk Beri Consent Letter Daripada Pesakit, Tapi Terus Dapat Surat Terminate Panelship”

“Ye, Cukup Sekadar Dapat Confirmation MC Itu Sah Atau Tak, Kalau Persoal Doktor Punya Kredibiliti, Kena Gigih Study Medical Pula”

“Wow Baru Tahu Ada HR Yang Over Concern, Nasib Company Saya Takde Macam Ni”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terkejut Lepas Tahu Ada Staf HR Gigih Soal Doktor Pelbagai Soalan Untuk Sahkan MC Pekerja

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Kongsi Dengan Kawan-Kawan” – Klinik Buat Laporan Polis Selepas Sijil Cuti Sakit Dipalsukan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.