fbpx
Now Reading
Hasil Esei Guna ChatGPT ‘Soulless’, Tak Ada Idea Original – Kajian

Hasil Esei Guna ChatGPT ‘Soulless’, Tak Ada Idea Original – Kajian

Subjek yang menghasilkan karangan dengan bantuan ChatGPT juga boleh dikatakan semakin ‘malas’ dan membiarkan perisian itu menyiapkan hampir kesemua tugasan menjelang esei ketiga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Penggunaan teknologi kepintaran buatan yang lebih dikenali sebagai AI kini sudah menjadi satu norma dalam kalangan rata-rata masyarakat.about:blank

Ramai yang melihatnya sebagai satu bentuk jalan pintas dalam mendapatkan hasil yang lebih bagus dan cepat berbanding melakukannya dengan sendiri.

Malah, teknologi ini juga telah menular di kalangan para pelajar, lebih-lebih lagi di peringkat institusi pengajian tinggi yang menggunakannya dalam menyiapkan tugasan.

Baca Artikel Berkaitan: “I’m Just AI Bro” – Cubaan Lelaki Minta Grok Kecam Orang Gagal, Diri Sendiri Kena Lahar!

Baca Artikel Berkaitan:Penganiayaan Seksual Kanak-Kanak Dijana Guna Deepfake AI, Sebabkan Ketagihan Di Kalangan Remaja – PDRM

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hasilkan Video Azan Guna AI, Stesen Televisyen TV3 Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Esei Dihasilkan Guna ChatGPT Tiada Idea Original

Menerusi teknologi ChatGPT, pengguna boleh berinteraksi dengan program perisian bagi mendapatkan maklum balas berkenaan suatu pertanyaan, malah menjana draf bagi suatu tugasan.

Satu kajian telah dijalankan oleh penyelidik di Massachusetts Institute of Technology (MIT) Media Lab dalam mengenal pasti kesan penggunaan AI terhadap aktiviti otak.

Subjek kajian dibahagikan kepada tiga kumpulan yang masing-masing diminta menulis tiga esei Scholastic Assessment Test (SAT) menggunakan ChatGPT OpenAI, carian Google dan tiada sebarang bantuan.

Dapatan kajian menunjukkan kumpulan yang menggunakan ChatGPT menghasilkan esei yang amat serupa tanpa pemikiran asli memandangan ungkapan dan idea sama digunakan.

Cikgu Kata Esei Guna ChatGPT ‘Soulless’

Malah, dua cikgu bahasa Inggeris yang menyemak esei tersebut menyifatkannya sebagai ‘tidak berjiwa’.

Ujian electroencephalogram (EEG) ke atas aktiviti otak mendapati mereka mempunyai kawalan eksekutif dan penglibatan perhatian yang rendah.

Menjelang esei ketiga, kebanyakan subjek hanya memberi prom (prompt) kepada ChatGPT yang melakukan hampir kesemua tugasan mereka. Boleh dikatakan mereka hanya ‘copy-and-paste’ tugasan dari program perisian itu.

“Ia lebih kepada, ‘berikan saja saya esei ini, perhalusi ayat ini, editnya, dan saya siap,’” kata penyelidik Nataliya Kosmyna.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Unsplash)

Aktiviti Otak Tertinggi Dalam Kalangan Mereka Yang Menulis Esei Tanpa Bantuan Luar

Sebaliknya, mereka yang tidak menggunakan sebarang bantuan menunjukkan sambungan saraf (neural connectivity) tertinggi yang dikaitkan dengan idea kreatif, beban memori dan pemprosesan semantik.

Penyelidik turut mendapati kumpulan ini lebih terlibat dan mempunyai rasa ingin tahu tinggi, serta menegaskan pemilikan esei dan menyatakan kepuasan lebih tinggi terhadap produk dihasilkan.

Bagi kumpulan yang mengguna carian Google pula, mereka juga menunjukkan kepuasan tinggi dan fungsi otak aktif.

Jawapan oleh ChatGPT sendiri mendedahkan penggunaannya boleh menyebabkan pengguna menjadi malas berfikir. (Sumber: TRP)

Subjek Guna ChatGPT Kurang Ingat Apa Yang Ditulis Sebelum Ini

Di samping itu, kesemua subjek turut diminta untuk menulis semula salah satu esei yang dihasilkan, dengan sedikit perubahan pada kumpulan.

Kumpulan ChatGPT tidak lagi boleh menggunakan program perisian itu, dan mengingati hanya sedikit sahaja daripada esei mereka sendiri. Keadaan ini menunjukkan gelombang otak alpha dan theta yang lebih lemah, yang mungkin mencerminkan proses memori yang mendalam.

“Tugas itu diselesaikan dan boleh dikatakan secara cekap dan mudah. Tetapi seperti dapatan, anda pada dasarnya tidak mengintegrasikan mana-mana tugasan ke dalam rangkaian memori,” kata Kosmyna.

Manakala mereka hanya bergantung kepada otak sendiri sebelum ini boleh menggunakan ChatGPT dan mendapat hasil yang baik.

Malah mereka turut menunjukkan peningkatan yang ketara dalam perhubungan otak, secara tidak langsung memberi harapan bahawa penggunaan AI secara betul boleh meningkatkan pembelajaran.

Penyelidik Kongsi Dapatan Kajian Awal, Risau Degan Impak AI Terhadap Otak

Dapatan kajian mencadangkan bahawa penggunaan model bahasa besar (LLM) menerusi AI boleh membawa keburukan kepada pembelajaran, terutamanya untuk pengguna yang lebih muda.

Kajian ini masih belum melalui proses kajian semula setara/tinjauan semula setara (peer review), namun Kosmyna berasa penting untuk berkongsi dapatan tersebut agar masyarakat cakna bahawa kebergantungan kepada LLM mungkin boleh merosotkan pembangunan otak jangka panjang.

“Apa yang benar-benar beri motivasi kepada saya untuk berkongsi kajian sekarang sebelum dinilai adalah kerana risau dalam masa 6 ke 8 bulan, ada pembuat dasar yang memutuskan, ‘Jom buat tadika GPT’.

“Saya rasa itu benar-benar buruk dan memudaratkan. Otak yang sedang berkembang mempunyai risiko tertinggi,” dia menegaskan perkara itu.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: MalayMail)

Beberapa Kajian Mendapati Impak Negatif AI Terhadap Pengguna

Beberapa kajian telah dilakukan oleh para penyelidik dalam mengenal pasti impak AI terhadap pengguna.

Satu kajian oleh Harvard University menjelaskan walaupun AI generatif membuatkan pengguna lebih produktif, tetapi mereka juga menjadi kurang bermotivasi.

MIT juga pada bulan lalu mengumumkan ia tidak menyokong satu kertas kajian yang dihasilkan oleh salah seorang pelajar siswazahnya yang mencadangkan bahawa AI akan dapat meningkatkan produktiviti pekerja dengan ketara.

Di samping itu, kajian bersama antara MIT Media Lab dan OpenAI juga mendapati pengguna yang makin banyak meluangkan masa bercakap dengan ChatGPT akan merasa lebih sunyi secara umumnya.

Pun begitu seperti yang dikatakan oleh Kosmyna, penggunaan AI dengan betul diharap dapat meningkatkan pembelajaran.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi ‘Arahan Rahsia’ Di ChatGPT Yang Ramai Tak Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Maskot Visit Malaysia 2026 Didakwa Tercipta Oleh AI, Anak Pelukis Tampil Perjelas Isu Tular

Baca Artikel Berkaitan: Kajian: Hanya 35% Syarikat Malaysia Manfaatkan Teknologi Data dan AI Demi Capai Kelestarian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.