fbpx
Now Reading
“Dia Sangat Berbeza” – Abang Koroy Dedah Sisi Baik DMA Islam Yang Ramai Tak Tahu [Video]

“Dia Sangat Berbeza” – Abang Koroy Dedah Sisi Baik DMA Islam Yang Ramai Tak Tahu [Video]

Menerusi sedutan siaran langsung yang dikongsikan semula, Abang Koroy mendedahkan DMA Islam bukanlah seperti yang dilihat dalam media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kekalahan pempengaruh DMA Islam atau nama sebenarnya Danial Mirza dalam perlawanan tinju menentang lawannya yang juga influencer, Abang Koroy masih hangat lagi diperkatakan hingga kini.

Kebanyakan pengguna media sosial berpuas hati dengan kekalahan DMA Islam yang terkenal dengan kontennya yang kontroversi dan mengundang provokasi.

Apatah lagi sebelum ini dia mendakwa kononnya telah membuat persiapan selama tiga bulan bagi menghadapi perlawanan Twins Championship Amateur & Pro sempena Hari Belia Negara (HBN) 2025.

Malah, ada yang memberikan nasihat agar pempengaruh berkenaan berubah termasuklah pendakwan, Da’i Wan setelah dia kalah teruk dibelasah lawannya itu.

Baca Artikel Berkaitan: “Buktikan Sumbangan Baru Sembang” – Da’i Wan Titip Nasihat Buat DMA Islam Selepas Kalah Dengan Abang Koroy

Abang Koroy Dedah Sisi & Perangai Sebenar DMA Islam, Berbeza Realiti Dari Media Sosial

Terbaharu, lawan DMA Islam dalam perlawanan tinju pada 17 Jun lalu, Abang Koroy yang juga dikenali sebagai Awie MBR mendedahkan sisi sebenar pempengaruh kontroversi itu.

Menerusi sedutan siaran langsung yang dikongsikan semula di akaun TikTok @jom_baca82, Abang Koroy mendedahkan DMA Islam bukanlah seperti yang dilihat dalam media sosial.

“Yang pasti DMA sangat power. Dia sangat respect orang. Apa yang ada dekat konten tu, bila kau jumpa dia sangat berbeza,” katanya.

DMA Pernah Join Live, Anggap Konten Yang Dipaparkan Sebagai Identiti Di Media Sosial

Kongsi Abang Koroy lagi, DMA Islam sebenarnya pernah menyertai sesi siaran langsung (live) yang pernah diadakan olehnya sekitar dua tahun lalu.

Malah, dia berpendapat kemungkinan sikap provokasi itu adalah identiti DMA Islam yang mahu menonjolkan diri dengan cara sebegitu di media sosial.

“Dia pernah masuk live aku dua atau tiga tahun lepas. Dia bahasakan aku ‘Tuan Koroy’. Dia tanya pasal YT (YouTube).

“Dia sangat beradab bila dia komen. Cuma konten dia, itu mungkin identiti dia, mungkin dia nak buat branding dia,” katanya.

Salam Siap Tunduk, Cakap Dengan Lemah Lembut

Lebih mengejutkan, Abang Koroy turut mendedahkan keperibadian DMA Islam ketika berhadapan dengannya sewaktu perlawanan tinju yang sepatutnya berlangsung pada 15 Jun sebelum dibatalkan.

Kongsi pempengaruh berkenaan, pada ketika itu, DMA Islam bersalam dengannya malah siap menunduk.

Bukan itu sahaja, cara percakapannya juga lemah lembut dan penuh sopan tidak seperti influencer popular yang lain.

“Dia cakap pun lembut, soft spoken, baik. Walaupun dia famous, dia tak kerek (sombong).

“Dia humble la, bagus. Kalau korang jumpa dia dengan konten berbeza. Dekat konten, kau rasa nak bantai (pukul), depan-depan aku pun tak sanggup nak bantai dia,” katanya.

Mohon Maaf Kepada DMA Islam

Pada masa yang sama, Abang Koroy turut memohon maaf kepada DMA Islam kerana terpaksa ‘membelasahnya’ memandangkan itu adalah tuntutan sukan berkenaan.

“Tapi game (perlawanan) perlu diteruskan. Sponsor dah masuk, training dah ada. Aku kena buat juga. Sorry ye bro. Aku kena buat bro. Ini sukan, kita kena profesional,” katanya lagi.

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Tak Sangka Lepas Dengar Perkongsian Abang Koroy Tentang DMA Islam

Perkongsian yang telah mendapat lebih 540,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan tidak menyangka pendedahan yang dibuat oleh pempengaruh berkenaan.

Apatah lagi selama ini mereka dihidangkan dengan sikap DMA Islam yang gemar memprovok dengan konten hingga menimbulkan kemarahan orang lain.

Namun, ada segelintir yang mendakwa mereka sebenarnya sedar tentang keperibadian sebenar DMA Islam.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Kau Dengar Dia Panggil Koroy Abang Je Pun Dah Tahu Budak Ni Hormat Orang”

“Ramai Orang Trigger Dengan Percakapan Dia Di Media Sosial, Aku Jumpa Dia Dekat Luar Bercakap Beradab Je”

“Abang Koroy Sampaikan Kebenaran Walaupun Pahit”

Baca Artikel Berkaitan: “Ilmu Bocah Apa, Degree Tu Kita Beli” – Influencer Anggap Ijazah Hanya Sekadar ‘Perniagaan’ Undang Kecaman [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Selebriti Kecam Pempengaruh Lepas Selamba Sindir Jurusan Komunikasi & Teater ‘Bod*h’ [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.