Lelaki Ditahan Selepas Kantoi Rakam Bawah Skirt Wanita Di Pusat Beli-belah Ipoh [Video]
Teman lelaki telah bertindak merampas telefon suspek selepas dia tidak mengaku ada merakam video di bawah skirt wanita berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Isu jenayah seperti merakam individu di dalam tandas atau di bawah kain wanita sering kali dilaporkan berlaku.
Malah apa yang lebih mengejutkan penjenayah begitu berani apabila melakukan perbuatan terkutuk ini secara terbuka di tempat awam.
Bukan hanya itu, selain merakam mereka turut menyimpan pelbagai video mahupun gambar individu yang pernah menjadi mangsa demi memuaskan nafsu.
Apabila sudah terkantoi ada pula yang merayu atau memberikan pelbagai alasan bagi melepaskan diri dan mahu diri mereka dimaafkan begitu sahaja.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Kantoi Rakam Wanita Di Pusat Beli-Belah, Didakwa Simpan Banyak Stok Video Puaskan Nafsu
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Pemuda Rakam Wanita Mengandung Di Pasaraya, Pakar Mental Perjelas Apa Itu Maiesiophilia [Video]
Lelaki kantoi rakam bawah skirt wanita di pusat beli belah
Terbaharu, seorang wanita turut berkongsi pengalaman buruk yang dilalui oleh kakaknya apabila terdapat lelaki merakam video tidak sepatutnya ketika berada di sebuah pusat beli-belah.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, wanita berkenaan memaklumkan pada 15 Jun lalu kakaknya telah berkunjung ke pusat beli-belah di Ipoh, Perak.
Jelas wanita itu, kakaknya menyedari diri dirakam selepas berpusing dan terlihat seorang lelaki yang sedang menarik telefon bimbitnya daripada bawah skirt yang dipakai pada ketika itu.
Susulan daripada itu, teman lelaki kepada wanita itu dengan segera bertanya kepada lelaki tersebut mengenai perbuatan tidak senonoh berkenaan.
Teman lelaki segera rampas telefon, satu album penuh rakaman close-up badan wanita
Lelaki itu bagaimanapun menafikan perbuatannya, tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan teman lelaki kepada wanita itu dengan segera merampas telefon bimbit individu terbabit.
“Si pelaku menafikan (dia ada mengambil video). Teman lelaki kakak saya kemudiannya dengan segera merampas telefon lelaki itu dan memaksanya membuka kod keselamatan.
“Kakak saya kemudiannya menjumpai satu album yang penuh dengan rakaman mengintai dan video sudut dekat (close-up) memaparkan badan wanita (mangsa lain),” ujarnya.
Segera maklum pada pekerja kedai untuk hubungi polis
Ekoran daripada itu, mereka kemudian segera memaklumkan hal tersebut kepada pekerja di kedai berkenaan untuk menghubungi pihak polis.
“Kami dengan segera memaklumkan kepada staf di kedai berkenaan untuk mendapatkan bantuan. Kami sangat bersyukur kerana staf wanita di kedai itu sangat memahami situasi berkenaan dan bantu menghubungi polis,” jelasnya lagi.
Malah pekerja itu memaklumkan lelaki berkenaan sering kali dilihat berada di sekitar kedai mereka.
“Pekerja itu juga memaklumkan lelaki terbabit kerap dilihat berada di sekitar kawasan kedai dan mereka menyangkakan dia ingin mencuri barangan dalam kedai terbabit.”
Dalam hantaran tersebut, wanita berkenaan turut berkongsi beberapa video serta gambar memaparkan wajah lelaki tersebut serta album yang penuh dengan rakaman mangsanya.
Lelaki dakwa ada masalah kesihatan tak boleh kawal tingkah laku diri
Memetik TRP, di dalam rakaman itu, lelaki berkenaan turut membuat kenyataan yang tidak jelas.
Pemilik akaun itu memaklumkan lelaki terbabit mendakwa mempunyai ‘kondisi’ kesihatan yang membuatkan dia tidak dapat mengawal tingkah lakunya.
Dalam masa sama, pemilik hantaran turut meminta para wanita untuk berhati-hati apabila berada di tempat awam dan berani membuat laporan sekiranya berdepan dengan insiden sama untuk menghentikan perbuatan terkutuk tersebut.
Polis sahkan lelaki dah ditahan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad turut mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes berkenaan.
Suspek juga telah ditahan reman sehingga hari ini (18 Jun).



