Bunuh Ibu & Abang, Peguam Dedah Pelajar Tingkatan 5 Mungkin Ada Masalah Mental
Menurut peguam, Cassian Anthony yang mewakili remaja berkenaan permohonan untuk pemeriksaan mental bakal dilakukan jika perlu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 12 Jun lalu, media melaporkan seorang remaja yang juga pelajar berusia 17 tahun telah ditahan selepas didakwa menikam ibu dan abangnya hingga maut di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka.
Mayat ibu dan juga abang kepada pelajar tingkatan lima berkenaan telah dijumpai terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu.
Selain menahan suspek, pihak polis turut merampas sebilah pisau lipat dengan anggaran sepanjang 20 sentimeter yang disimpan dalam beg sekolah kepunyaan remaja itu.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kes Pelajar Tingkatan 5 Bunuh Ibu & Abang, Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini
Remaja didakwa bunuh ibu dan abang mungkin ada masalah mental
Terbaharu peguam, Cassian Anthony yang mewakili remaja berkenaan memaklumkan anak guamnya mungkin mempunyai masalah mental.
Jelas peguam itu, hal tersebut diberitahu oleh kenalan remaja berkenaan. Susulan itu permohonan bagi pemeriksaan mental bakal dilakukan jika diperlukan.
“Kami telah dimaklumkan oleh kenalan tertuduh bahawa remaja itu mempunyai masalah berkaitan mental, namun pihak peguam belum mempunyai laporan sebarang rawatan dijalaninya kerana maklumat baru sahaja diperolehi hari ini (18 Jun).
“Kami akan melihat perkara ini, permohonan agar tertuduh menjalani pemeriksaan dan penilaian mental bergantung kepada maklumat yang kami dapat,” jelasnya, dipetik Kosmo.
Tiada waris yang datang ketika prosiding
Ujar peguam itu lagi, sewaktu prosiding dilakukan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, tertuduh jelas kelihatan sugul namun memahami setiap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Walau bagaimanapun, peguam berkenaan juga memaklumkan tiada mana-mana waris mahupun ahli keluarga remaja itu hadir sepanjang prosiding berlangsung.
“Kami telah dilantik oleh keluarganya dan mereka juga telah dimaklumkan mengenai pertuduhan hari ini namun tidak dapat hadir.”
Remaja mengaku tak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya
Memetik laporan Bernama, remaja berkenaan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan mencederakan adik lelaki menggunakan pisau lipat di lokasi, tarikh dan waktu yang sama.
Walau bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Majistret Uthman Abd Ghani kemudiannya menetapkan 24 Julai depan bagi sebutan semula kes.
Talian Bantuan Untuk Menangani Masalah Kesihatan Mental
Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa pusat khidmat yang boleh membantu masalah tersebut:
MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA)
No telefon: +6 03 2780 6803
E-mel: admin@mmha.org.my
Website: https://mmha.org.my/
BEFRIENDERS @KL
No telefon: +6 03 7956 8145 (24 hours) Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm hingga tengah malam)
E-mel: sam@befrienders.org.my
Website: https://www.befrienders.org.my/
ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM)
No telefon: +6 03 7877 0224 |
E-mel: awam@awam.org.my
Website: https://www.awam.org.my



