Sempena Hari Bapa & Anniversary, 11 Beradik Hadiahkan Proton X70 Pada Ayah Dan Ibu Buat Ramai Menangis [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan ayah kepada 11 orang anak itu tidak dapat menahan sebaknya sebaik melihat hadiah kereta yang diberikan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap yang bergelar anak pastinya ingin membalas jasa ibu ayah yang sudah banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak.
Meskipun tahu itu adalah tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa, namun perkara itu dilakukan dengan penuh keikhlasan dan sebaiknya demi memastik anak-anak mendapat ilmu serta kemudahan yang sepatutnya.
Bukan hanya itu, mereka juga sanggup mengorbankan masa serta tenaga untuk bekerja keras bagi memastikan anak-anak yang disayangi membesar dengan baik.
11 beradik hadiahkan abah dan ibu kereta sempena hari bapa dan ulang tahun perkahwinan
Baru-baru ini, sekumpulan adik-beradik turut tidak melepaskan peluang untuk melakukan perkara sama untuk mengembirakan hati ibu ayah mereka dengan memberikan hadiah kereta buat mereka.
Hadiah tersebut diberikan oleh 11 orang adik-beradik ini kepada Abah dan ibu mereka bersempena dengan Hari Bapa serta ulang tahun perkahwinan pasangan itu.
Menerusi video yang dikongsikan oleg Azzerule Young di TikTok, awalnya kelihatan seorang wanita menutup mata ayah sambil Abah membuka sebuah kotak untuk mengambil kunci kereta.
Sebaik kunci kereta diambil, wanita itu meminta abah untuk bangun dari kerusi dan berjalan sambil menutup matanya dengan menggunakan tangan untuk dibawa ke arah kenderaan yang dibeli oleh adik-beradik tersebut.
Beri hadiah kereta Proton X70
Kelihatan beberapa orang anak kepada abah turut memimpin tangannya sebelum membuka pintu kereta Proton X70 buat ayahnya.
Sebelum membuka pintu kereta tersebut, kelihatan seorang lelaki memakai baju hitam yang dipercayai anak kepada abah tidak dapat menahan sebaknya apabila menutup mulut menggunakan baju untuk mengawal emosi.
Sebaik pintu dibuka, mereka kemudian meminta abah untuk masuk ke dalam kereta serta membuka mata ayah sebaik dia duduk di atas kereta Proton tersebut.
Ayah turut menangis sebaik lihat anak-anak bagi hadiah kereta
Kelihatan ayah begitu sebak dengan pemberian daripada 11 orang anaknya itu apabila dia dilihat menangis.
Abah kemudian keluar dari kenderaan itu, untuk melihat kereta tersebut sebelum ibu di sisi dan memeluknya.
“Hadiah dari kami 11 beradik yang tumbuh membesar oleh tanganmu Abah dan Ma. Sempena Hari Bapa untukmu ‘Abah’ dan anniversary ke-38 tahun bersama ‘Ibu’ yang dicintai,” kata Azzerul di ruang kapsyen.
@zerul23 Hadiah Dari Kami 11 Beradik Yang Tumbuh Membesar Oleh Tanganmu ABAH&Ma. Sempena Hari Bapa Untukmu 'ABAH' dan Anniversarry ke-38 Tahun Bersama 'IBU' Yang Dicintai.
♬ original sound – azzerruleyoung
Ramai sebak dan puji sikap 11 beradik gembirakan hati ibu ayah dengan hadiah kereta
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap kesemua adik-beradik itu kerana menggembirakan hati ibu ayah mereka.
Tidak kurang juga ada yang sebak dan menitiskan air mata apabila melihat gelagat keluarga berkenaan memberikan hadiah istimewa buat abah dan ibu yang disayangi.
Di ruangan komen Azzerul turut memaklumkan dia bersyukur kerana mempunyai adik-beradik serta ipar yang begitu ‘supportive’ (selalu beri sokongan).
Malah dia turut menyifatkan bapanya itu seorang yang tidak mengenal erti penat dalam membesarkan 11 orang anak dengan baik.
Dalam pada itu, ramai juga yang berharap mereka juga dapat melakukan perkara sama kepada ibu dan ayah tercinta pada suatu hari nanti.
“6.30 am dan nangis aihh”

“Alhamdulillah dipermudahkan urusan 11 beradik untuk beli kereta untuk ibu bapa…”

“Tengook ayah dia pun dah tahu seorang yang hebat dan kuat”

“MasyaAllah, saya kagum dengan keluarga ni. 11 beradik boleh berpakat untuk gembirakan keluarga”

“Makin nangis aku pagi ni”




