“Sambil Layan TikTok Bawa Bas”- Ramai Puas Hati Lelaki Jerkah Driver Bas Bawa Laju [Video]
Menurut individu dikenali sebagai Lah, meraka sudah beberapa kali menegur pemandu bas berkenaan namun teguran itu tidak diendahkan sehinggalah adik iparnya hilang sabar lalu bertindak memarahinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kemalangan membabitkan kenderaan awam seperti bas tak dinafikan banyak dilaporkan berlaku.
Malah kemalangan membabitkan bas ini berlaku disebabkan pelbagai faktor antaranya masalah teknikal bas, cuaca, bas tidak diselenggara dan juga sikap atau teknik pemanduan yang tidak berhemah.
Perkara ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai mula bimbang untuk menggunakan pengangkutan awam.
Tular lelaki marah pemandu bas kerana pandu laju
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki telah bertindak memarahi pemandu bas selepas tidak berpuas hati dengan cara pemanduan yang didakwa membahayakan keselamatan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Lah Abdul Empire di TikTok, kedengaran lelaki itu menempik pemandu berkenaan dan memintanya untuk memikirkan nyawa penumpang yang dibawa dalam bas berkenaan.
Malah lelaki itu turut memaklumkan dia sudah tidak dapat menahan sabar apabila pemandu terbabit tetap memandu dalam keadaan membahayakan dan laju.
Turut kedengaran suara kanak-kanak yang menangis seperti ketakutan dalam bas tersebut.
Dakwa pemandu bawa laju dan bas terhuyung-hayang, bas mula bawa laju di Muadzam Shah
Menerusi temubual bersama Lah Abdul, dia memaklumkan insiden tersebut berlaku pada 15 Jun yang lalu sewaktu mereka dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu (TBS), Kuala Lumpur ke Mersing, Johor.
“Kami dari Pulau Pinang ke TBS KL, dan dari TBS KL ke Mersing, Johor. Kejadian mula jadi di Muadzam Shah (apabila), pemandu mula bawa laju. Lagi pun jalan sempit dan selekoh memang banyak. Bas kami naik ni dah terhuyung-hayang, kiri ke kanan,” katanya kepada BuzzKini.
Menurut Lah, sewaktu dari Pulau Pinang hingga ke TBS KL mereka menaiki bas berlainan. Manakala daripada TBS KL ke Mersing juga menaiki bas yang tidak sama.
Jelasnya lagi, bas berkenaan dinaiki seramai 30 orang ahli keluarganya dan tujuh orang lagi adalah orang awam.
Sudah tegur beberapa kali namun tak diendahkan oleh pemandu
Ujarnya, individu yang memarahi pemandu bas berkenaan merupakan adik iparnya namun perkara itu dilakukan selepas beberapa teguran diberikan langsung tidak diendahkan.
Namun perkara itu membuatkan adik iparnya hilang kesabaran apabila anak-anak kecil mula menangis dipercayai kerana ketakutan.
“Ya budak-budak mula menangis sebab tu adik ipar saya dah hilang sabar.
“Mula-mula kami dah tegur pertama kali, dia halau suruh duduk. Kali kedua dia suruh kami bawa bas sendiri. Kali ketiga adik ipar saya hilang sabar.”
@lahabdul88 Nasihat Dah Bagi Siap Dia Suruh Kita Pulak Bawak Bas..Ini Makan Dia…Harap Hang Menyesal Kerja Sebagai Driver Bas Lepas Ni…KL > Mersing SMM7773 Bas Plate Number
♬ original sound – Lah Abdul Empire
“Layan TikTok sewaktu membawa bas”
Dakwanya lagi, pemandu berkenaan juga memandu dalam keadaan tidak berhemah kerana melayari aplikasi TikTok sewaktu membawa bas.
“Bukan sahaja-sahaja kita nak marah kan, sebab memang dah bahaya. Sebab pemandu sambil layan TikTok bawa bas. Itu yang kami geram.”
Sudah dihubungi pihak JPJ untuk kongsi maklumat
Sewaktu disoal adakah mereka membuat laporan kepada pihak berkaitan mengenai perkara tersebut? Lah memaklumkan dia ada membuat laporan kepada syarikat bas berkenaan namun tidak mendapat sebarang respon.
Akan tetapi, difahamkan dia juga sudah dihubungi oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai insiden itu.
“Saya lapor dekat pihak syarikat bas tapi tiada respon. Tapi ada dua orang pegawai JPJ hubungi saya minta saya kongsikan maklumat kejadian,” katanya lagi.
Selain itu, dia juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya berhubung tindakan tidak bertanggungjawab pemandu bas berkenaan.
Ramai puas hati dengar pemandu bas kena marah selepas bawa dalam keadaan merbahaya
Di ruangan komen, Lah juga memaklumkan selepas dimarahi oleh adik iparnya pemandu bas itu kemudiannya membawa bas dalam kadar kelajuan yang normal.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang puas hati mendengar lelaki berkenaan memarahi pemandu atas sikap mereka memandu dalam keadaan membahayakan keselamatan penumpang.
Tidak kurang juga ramai yang meminta mereka membuat laporan mengenai bas tersebut agar tindakan lanjut dapat diambil.
Ada juga yang mengatakan adalah tindakan yang betul untuk menegur pemandu berkenaan demi keselamatan penumpang.
“Awak ada ya sekali dalam bas.. Puas hati dengar dia (pemandu) kena maki.”

“Allahuakbar, ada yang cedera ke? Semoga dipermudahkan segalanya amin”

“Saya faham lepas kes bas UPSI tu, ramai rakyat Malaysia ikut trauma naik bas, tapi nak tegur pun jangan kasar sangat. Tinggi suara je tak apa kot..”

“Pertama kali ni aku tengok driver bas kena maki. Terima kasih bang, aku perasan yang driver kalau malam bawa macam roller coaster, laju semacam.”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



