Now Reading
Lelaki Tergamak Ikat & Seret Anjing Guna Motosikal Raih Perhatian [Video]

Lelaki Tergamak Ikat & Seret Anjing Guna Motosikal Raih Perhatian [Video]

Kejadian lelaki mengikat dan mengheret anjing itu dipercayai berlaku kira-kira jam 4.22 petang Ahad (15 Jun) lalu di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai manusia, kita seringkali dinasihatkan untuk sentiasa berbuat baik dengan individu lain.

Malah, hidupan seperti haiwan juga perlu disantuni oleh setiap orang.

Namun entah mengapa, sejak belakangan ini ada sahaja perbuatan kejam segelintir individu yang dipaparkan di media sosial terhadap makhluk Allah SWT yang satu ini.

Lelaki Tergamak Ikat & Seret Anjing Guna Motosikal

Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan tidak berperikemanusiaan seorang lelaki warga emas yang menyeksa seekor anjing berwarna hitam dengan mengikat dan mengheretnya di jalan raya menggunakan motosikal.

Menerusi beberapa siri video yang dikongsikan oleh seorang wanita di Facebook Ginny Teoh, dia memohon bantuan orang ramai yang mahu mengambil anjing tersebut sebagai haiwan peliharaan.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat beberapa individu yang ternampak kejadian tersebut sempat menghentikan perbuatan lelaki warga emas terbabit.

Malah, kedengaran ada yang memarahi dan mempersoal tindakannya yang mengikat dan mengheret anjing berkenaan di jalan raya menggunakan motosikal.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.22 petang Ahad (15 Jun) lalu di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Dakwa Anjing Jahat & Tidak Mahu Duduk Dalam Raga

Apa yang menjadi perhatian lelaki warga emas terbabit mendakwa anjing berwarna hitam itu jahat dan enggan duduk di dalam raga motosikal miliknya.

Dapat dilihat orang ramai terus menyelamatkan anjing berkenaan yang telah cedera dan cuba melepaskan haiwan itu dari rantai besi yang digunakan untuk mengikat.

Malah, orang ramai juga turut meminta warga emas berkenaan segera beredar daripada kawasan itu.

Memetik Sinar Harian, hasil maklumat awal mendapati lelaki warga emas yang dipercayai merupakan pemilik haiwan berkenaan enggan membela haiwan tersebut yang telah dipelihara sejak empat bulan lalu.

Lelaki ikat, seret anjing guna motosikal SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA 16 Jun 2025 08:18pm SUNGAI PETANI – Tindakan tidak…

Posted by Buletin Malaysia on Monday 16 June 2025

Anjing Telah Menerima Rawatan Di Klinik Haiwan

Anjing itu kemudiannya telah dibawa ke klinik haiwan berdekatan untuk menerima rawatan.

Walau bagaimanapun, salah seorang pengguna mendakwa haiwan tersebut terpaksa dibawa ke hospital dan perlu ditahan selama seminggu kerana kecederaan yang serius.

Polis Kesan Lelaki Ikat & Seret Anjing Guna Motosikal

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

“Siasatan awal mendapati anjing tersebut mengalami kecederaan dan telah dihantar ke klinik haiwan untuk rawatan lanjut,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Malah, langkah seterusnya akan dirujuk kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan di bawah bidang kuasa mereka.

“Suspek sedang dikesan bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ramai Geram Lihat Perbuatan Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Haiwan

Video yang telah mendapat lebih 695,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap haiwan berkenaan apatah lagi melihat dia cedera akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

Malah, ramai juga yang mengecam dan geram dengan tindakan lelaki terbabit yang tergamak menyeksa dan bertindak sedemikian terhadap haiwan.

Ini antara komen menarik pengguna Facebook:

“Pak Cik, Kenapa Buat Macam Tu? Kesiannya Anjing Tu”

“Buat Laporan Polis & Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kurang Ajar”

“Gila Punya Orang Seret Anjing Macam Tu, Cuba Kalau Seret Dia Atas Jalan Tar”

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ikat & Seret Kucing: Si Bulus Telah Diselamatkan & Kes Disiasat Pihak Berkuasa – Persatuan Haiwan

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong China Didakwa Lastik Haiwan Ketika Melawat Zoo Di Thailand

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.