fbpx

Aksi Bersahaja Customer Bancuh Air Untuk Pelanggan Lain Di Gerai Roti Canai Buat Ramai Terhibur [Video]

Wanita dikenali sebagai Kak Leeya itu berkata, dia tampil bantu membancuh air di sebuah gerai roti canai di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur kerana peniaga yang bertugas untuk menyediakan minuman sedang sibuk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali mengunjungi mana-mana kedai makan, pasti anda menitikberatkan beberapa aspek sebagai contoh kelazatan makanan, harga, suasana, kemudahan parkir dan banyak lagi.

Ada masanya apabila kita pergi ke kedai makan yang popular dengan makanan sedap, jumlah pelanggan yang ramai pula menjadi satu masalah. Namun disebabkan terlalu mengidam untuk makan di sana, ramai yang sanggup menunggu lama sebelum dilayan serta dihidang.

Namun siapa sangka kali ini, ada pelanggan yang tampil membantu peniaga lain bagi menguruskan kedai makan.

Wanita Bantu Bancuhkan Air Untuk Pelanggan Lain Sementara Peniaga Ke Kedai

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@leeyakflash) menunjukkan suasana yang heboh di sebuah gerai roti canai dipercayai sekitar Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur.

Jelas pemilik akaun dikenali sebagai Kak Leeya, peniaga yang bertugas untuk membancuh air tidak berada di kedai semasa dia mengunjungi gerai itu.

Menurut anak kepada pemilik kedai, ibunya sedang singgah ke kedai sebentar hingga menyebabkan pesanan minuman pelanggan-pelanggan tidak dapat disediakan.

Prihatin dengan perkara itu, Kak Leeya telah tampil secara sukarela bagi membantu menyediakan pesanan para pelanggan lain.

“Sebab tak ada orang buatkan air. Lepas tu aku pergi je la buatkan air. Tak kan nak makan roti canai tak ada air. Tercekik pulak kang,” katanya di ruangan kapsyen.

Menerusi video perkongsian, kelihatan wanita tersebut dengan bersahaja menggunakan peralatan di dapur gerai tersebut seolah-olah sudah pro membancuh air di kedai makan sebelum ini.

Dia juga bertanya kepada si anak pemilik kedai tentang alatan-alatan di sana.

Anak Pemilik Kedai Siap Request Wanita Bancuhkan Air Untuk Pelanggan Lain

Apa yang membuatkan situasi tidak terjangka itu lebih menghiburkan apabila anak pemilik bisnes berkenaan meminta Kak Leeya bangun dari tempat duduk semasa menikmati roti canai untuk membancuh dua lagi pesanan minuman, kopi o ‘kaw’ serta Nescafe ais mangkuk untuk pelanggan lain di sana.

“Lawak la dik. Terhibur akak pagi-pagi dik. Mujur skill berniaga dengan arwah mak abah masih ada😅,” ujar wanita terbabit.

Kata wanita itu, ibu bapanya pernah memiliki gerai nasi lemak campur pada 37 tahun lepas yang menyebabkan Kak Leeya mempunyai bakat bagi menyediakan minuman sehingga kini.

@leeyaklflash

pergi makan kt kedai roti canai….xde tukang buat air… katanya mak nya keluar sekejap… dia suh tunggu kejap ..sbb xde org buatkan air… pastu den pergi je lar buatkan airr..takkan nak makan roti canai xdo air…tecekikkk lakk kangg… 😅😅😂 lawak lahhh dikkk..terhibur hakakkk pepagi dikk….mujur skill berniaga ngan arwah mak abah masihhh adaaa….. 😅😅😂

♬ Funny – Gold-Tiger

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Geli Hati Lihat Wanita Bantu Jadi Tukang Bancuh Air Di Gerai Makan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan gelagat wanita yang tidak kekok menyediakan minuman buat pelanggan lain.

“Rasanya dah boleh ambil alih kedai terus tu,” seloroh seorang pengguna TikTok.

“Dengan beg tangannya. Salute la makcik, bergaya!” kata seorang lagi gadis.

Malah ada juga peniaga lain berkata tindakan Kak Leeya itu merupakan naluri sebagai seorang pemilik bisnes kedai makan.

“Kami orang berniaga macam ni la kalau pergi makan dekat kedai orang. Rasanya kita pula nak masuk dapur tolong orang kedai,” ujar seorang wanita.

Selain itu, ramai turut memuji sikap baik hati wanita itu kerana tidak berkira untuk membantu mengisi kekosongan tukang bancuh air buat sementara waktu.

Sumber: TikTok (@leeyakflash)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Aunty Dapat ‘Full Mark’ Sewaktu Kedai Runcit Digempur KPDN Melaka Cetus Gelak Tawa Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Flying Fox”- Orang Ramai Teruja Peniaga Hantar Makanan Guna Tali Kepada Pelanggan

Baca Artikel Berkaitan: “Sek Kito Jange Pecoh” – Gelagat Peniaga Di Madinah Cakap Loghat Kelantan Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 1.6 Juta Tontonan Di TikTok, Gelagat Staf Disimbah Air Hingga Kuyup Demi Marketing Cuit Hati Netizen

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Pakcik Kena Prank Masa Ambil Order Dari Lelaki Cakap Sepanyol Buat Ramai Ketawa [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Telatah Peniaga Tetap Teruskan Jualan Nasi Lemak Walau Kanopi Dah Terbang Undang Perhatian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.