Tular Pemandu Didakwa Warga Asing Rempuh Penunggang Motosikal Hingga Maut
Kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 24.8 Lebuhraya MEX menghala ke Plaza Tol Putrajaya sekitar jam 1.42 tengah hari pada 13 Jun lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya sentiasa diingatkan untuk berhati-hati ketika sedang memandu atau menunggang motosikal bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan.
Pun begitu, masih ada segelintir individu yang sudah pun berhati-hati ketika berada di jalan raya namun terlibat dengan kemalangan yang tidak diinginkan.
Perkara terbabit boleh berlaku disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang lain ataupun sebaliknya.
Tular kereta hilang kawalan rempuh penunggang motosikal di Lebuhraya MEX
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan sebuah kenderaan secara tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh penunggang motosikal.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @mynewshub, kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 24.8 Lebuhraya MEX menghala ke Plaza Tol Putrajaya sekitar jam 1.42 tengah hari pada 13 Jun lalu.
Dalam rakaman itu, kelihatan kereta jenis Proton Exora sedang bergerak laju di lorong kanan secara tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh seorang penunggang motosikal yang berada di lorong kiri lebuh raya terbabit.
Pemandu Exora didakwa warga asing, rempuh penunggang motosikal hingga maut
Menurut hantaran itu, Exora tersebut dipandu seorang individu didakwa warga China sementara penunggang motosikal pula dilaporkan meninggal dunia di tempar kejadian.
“Mangsa disahkan meninggal dunia. Insiden tragik itu menyebabkan laluan ke Putrajaya sesak teruk beberapa jam.
“Hati-hari di jalan raya, satu nyawa hilang dalam sekelip mata,” katanya.
Pemandu Warga China Rempuh Penunggang Motosikal di Lebuhraya MEX, Mangsa Maut di Tempat Kejadian
— MYNEWSHUB (@mynewshub) June 15, 2025
SERI KEMBANGAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu warga China di Kilometer 24.8 Lebuhraya MEX menghala ke Plaza Tol Putrajaya.
Mangsa… pic.twitter.com/svpq3o4sJk
Keluar mangsa tampil di Facebook
Menerusi semakan kami di laman Facebook Ehailing.fm, seorang pengguna dikenali sebagai Faridah Hassan mendakwa sebagai ahli keluarga kepada penunggang motosikal itu.
Menurutnya, penunggang motosikal itu dikenali sebagai Allahyarham Hazir Basry Hamad @ Ahmad.
Wanita itu meminda orang ramai mendoakan Allahyarham agar diberikan ganjaran syurga dan ditempatkan bersama para shuhada.

Netizen dakwa mangsa sedang dalam perjalanan ambil anak di sekolah
Lebih menyentuh hati, apabila seorang pengguna X mendakwa mangsa adalah jirannya yang sedang dalam perjalanan untuk mengambil anak dari sekolah.
Difahamkan, isteri mangsa pula sedang hamil anak kedua mereka.
Mohon sedekahkan alfatihah buat arwah. Arwah adalah jiran saya. Dia otw nak pergi ambik anak dari sekolah. Isteri pulak tengah pregnant anak kedua, babygirl which dorang sangat nantikan. Mohon komen yang baik baik sahaja untuk arwah.
— 운멍즈 ᡣ𐭩 ྀིྀིྀིྀིྀི (@fwairy_dalkong) June 15, 2025
Ketika artikel ini ditulis, semakan kami tidak menemui sebarang makumat lanjut atau kenyataan polis berhubung insiden tersebut.
Kami akan mengemaskini artikel ini sekirnya mendapat info lanjut.



