fbpx
Now Reading
Hanya Ambil 2 Jenis Lauk Kongsi 6 Orang, Wanita Persoal Kedai Makan Caj RM110 Cetus Perdebatan [Video]

Hanya Ambil 2 Jenis Lauk Kongsi 6 Orang, Wanita Persoal Kedai Makan Caj RM110 Cetus Perdebatan [Video]

Kongsi wanita itu lagi, dia telah mengambil semangkuk udang yang mengandungi enam ekor dan satu mangkuk bagi menu siput sedut masak lemak untuk dinikmati mereka sekeluarga.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada masa kini, ramai yang lebih gemar menikmati hidangan di luar tidak kiralah waktu sarapan, makan tengahari atau makan malam.

Bagi kebanyakan individu, langkah sebegini amat mudah apatah lagi seseorang itu tidak perlu berhabis tenaga untuk menyediakan menu seharian.

Malah jika bernasib baik, ada yang dapat menikmati hidangan kegemaran mereka dengan harga yang jauh lebih murah kosnya berbanding masak sendiri.

Namun, tidak semua menerima nasib sebegini. Kadangkala, ada pelanggan yang ‘terkejut’ kerana harga yang dicaj oleh segelintir peniaga tidak seperti yang dibayangkan.

Wanita Hanya Ambil 2 Jenis Lauk, Udang & Siput Sedut Untuk Dimakan 6 Orang

Semalam (15 Jun), kecoh di media sosial luahan seorang wanita tentang harga makanan yang dicaj oleh sebuah restoran di Johor Bahru.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @sukasukaaqla, dia meluahkan rasa terkejut apabila melihat harga yang dikenakan oleh kedai makan kepadanya.

Melalui perkongsian itu, wanita berkenaan mendedahkan dia hanya mengambil dua jenis lauk iaitu sambal udang dan siput sedut masak lemak untuk dinikmati oleh enam orang ahli keluarganya.

Udang Semangkuk Dicaj RM36, Siput Sedut Pula RM24

Kongsi wanita itu lagi, dia telah mengambil semangkuk udang yang mengandungi enam ekor dan satu mangkuk siput sedut masak lemak.

Apa yang menjadi perhatian adalah harga bagi semangkuk udang sambal bersama sayur kacang panjang itu dicaj oleh pihak restoran dengan harga RM36 manakala bagi semangkuk hidangan siput sedut masak lemak adalah RM24.

Secara keseluruhan, jumlah yang perlu dibayar oleh pelanggan wanita itu adalah RM110 termasuk nasi putih dan air yang dinikmati oleh dia sekeluarga.

Selain itu, wanita berkenaan juga mendedahkan dia ada mengambil sedikit sambal dan separuh telur masin.

Namun, dia menegaskan udang yang diambil bukanlah udang galah.

Melalui perkongsian tersebut, jelas kedengaran wanita berkenaan seolah-olah tidak percaya dengan harga yang dicaj oleh premis itu.

“Satu mangkuk, udang 6 ketul RM36, satu mangkuk siput sedut RM24. Makan enam orang sekali air RM110,” katanya.

Malah menerusi ruang kapsyen, dia mendakwa kedai itu mengenakan harga kayangan justeru tidak menyarankan orang ramai yang tidak membawa duit banyak untuk mengunjungi premis terbabit.

“Jangan datang kedai ni kalau tak bawak duit. Harga kayangan. Padahal kedai nasi campur je. Mahal nak mampus,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Walau bagaimanapun, wanita itu tidak menyenaraikan jenis air yang dipesan oleh mereka enam sekeluarga.

@sukasukaaqla

Jgn datang kedai ni kalau x bawak duit , Harga kayangan siak.Padahal kedai nasi campur je . Restoran Mak Teh , Taman Ayer Molek . Johor Bahru …mahal nak mampus

♬ bunyi asal – sukasukaaqla – sukasukaaqla

Tonton video penuh [DI SINI]

Harga Makanan Cetus Perdebatan Netizen

Video yang telah mendapat lebih 301,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat harga yang dikenakan.

Ada yang merasakan kedai makan berkenaan sememangnya mengenakan caj yang mahal kepada wanita itu namun ada pula yang merasakan sebaliknya.

Segelintir pengguna turut membuat perkiraan dan mengakui harga lauk yang dikenakan adalah standard namun harga bagi nasi putih dan minuman yang dicaj hingga jumlah keseluruhan menjadi RM110 disifatkan tidak logik.

Namun, kenyataan itu pula disangkal oleh netizen lain yang mendakwa itu sememangnya harga di pasaran.

Udang Dijual Harga RM55 Sekilo Manakala Siput Sedut Pula RM20 Sekilo

Hasil semakan kami mendapati harga purata sekilo udang mentah di pasaran adalah bernilai RM55.20 manakala bagi siput sedut pula adalah bermula RM19 sekilo.

Bagi sepinggan hidangan nasi putih pula, harga yang dikenakan adalah dalam lingkungan RM2.00 hingga RM3.00

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Dia Bukan Makan Lauk Untuk 6 Orang, Tapi 6 Orang Kongsi 2 Lauk Tu. Udang RM36 & Siput RM24 Dah RM60, Katakanlah Nasi Putih RM3 Sepinggan & Minuman RM3 Secawan, Tambah RM60 Baru RM96”

“Okay La Tu 6 Orang Makan, Takkan Nak RM60, Purata RM10 Orang Makan”

“Saya Setuju Harga Ni Memang Mahal”

“Nasi Sepinggan Berapa? Takkan Nasi Sepinggan RM17, Kena Tanya Balik, Kadang-Kadang Salah Kira”

“Ramai Cakap Murah, Nasi Je 6, Lauk 2 Jenis Je, Sebab Tu Dia Cakap Mahal”

Baca Artikel Berkaitan: ‘RM9 Sekali Makan, Sebulan?’ – Pensyarah Dedah Ada Pelajar Ikat Perut Kerana Makanan Mahal [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Makanan Tak Sedap”- Wanita Dakwa Kedai Makan Di PD Caj Mahal Tapi Rasa Tak Setimpal Dengan Harga

Baca Artikel Berkaitan: “Korang Rasa Logik Ke?” – Tindakan Wanita Persoal Beli 4 Jenis Lauk Berharga RM91 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.