“Nak Tengok Betul Atau Tak”- Wanita Bingung & Persoal Majikan Minta ‘Live Location’ Ketika Bercuti
Jelas wanita itu, dia telah diminta oleh majikan untuk memberikan lokasi live kerana ingin mengetahui adakah benar dia pergi bercuti atau sebaliknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui setiap pekerja mempunyai hak tersendiri yang terpelihara di bawah Akta Kerja 1955 atau dalam bahasa mudahnya undang-undang buruh.
Sebagai contoh setiap individu yang bekerja berhak untuk mendapatkan cuti tahunan, cuti sakit, cuti mingguan, cuti bersalin (maternity), cuti umum bergaji dan sebagainya.
Bagi cuti tahunan pula ia adalah bergantung kepada sesebuah syarikat untuk menentukan berapa banyak jumlah cuti yang ingin diambil namun ia tidak boleh kurang daripada lapan hari untuk tempoh dua tahun pekerja bekerja.
Wanita bingung majikan minta live location ketika mohon cuti
Baru-baru ini, seorang wanita telah meluahkan rasa kelirunya terhadap tindakan majikan yang ingin mengetahui keberadaannya ketika ingin bercuti.
Menerusi hantaran di Thread wanita yang dikenali sebag Nadrah telah bertanya adakah ia satu perkara yang normal sekiranya majikan meminta lokasi siaran langsung ketika bercuti hanya kerana ingin mengetahui adakah dia benar-benar pergi bercuti atau sebaliknya.
“Soalan serius. Normal ke majikan minta live location masa awak mohon cuti Annual Leave (AL) dengan alasan dia nak tengok betul tak saya pergi holiday atau tak,” ujarnya di Threads.
Maklumkan dimarahi kerana tak beri live location seperti diminta
Malah dia turut membuat memaklumkan dimarahi oleh majikan kerana tidak menghantar lokasi seperti yang diminta serta mahu membuat laporan mengenainya.
“Baru balik holiday (percutian) hari ni dah mula kerja. Cuba teka, saya kena marah sebab tak hantar lokasi. Lepas ini nak report Jabatan Tenaga Kerja (JTK),” katanya.
View on Threads
Hantaran mengenai majikan minta live location raih perhatian ramai
Hantaran tersebut kemudiannya mendapat perhatian orang ramai yang menyifatkan majikan wanita itu tidak wajar berbuat perkara tersebut kerana ia adalah hak pekerja untuk bercuti.
Ada juga yang menyoal apakah tujuan majikan tersebut meminta lokasi pekerjanya kerana perbuatan itu melanggar hak privasi seseorang.
Pertanyaan itu kemudiannya dijawab oleh Nadrah dengan mengatakan majikan memaklumkan terdapat ketetapan baru di mana sekiranya ingin bercuti mereka perlu menghantar live location menerusi sebelum ianya diluluskan.

Ada yang turut mencadangkan perkara itu dilaporkan kepada pihak sumber manusia kerana sudah melanggar privasi pekerja.
Dakwa beberapa kali pernah distatuskan tidak hadir bekerja gara-gara tak bagi live location
Ramai juga yang menjawab ia bukan satu perkara yang normal untuk memberi lokasi langsung kepada majikan.
Jelasnya lagi, jika lokasi tidak diberikan status kedatangan akan menjadi tidak hadir atau ponteng. Dakwanya perkara seperti itu sudah berlaku beberapa kali dan ia adalah punca dia akhirnya meluahkan hal tersebut.

Tidak kurang ada yang berkongsi pengalaman pernah berdepan situasi sama apabila majikan meminta bukti dirinya sedang pulang ke kampung. Namun individu itu tidak memberikan apa yang diminta oleh majikan berkenaan.
Berikut adalah komen netizen:
“Ada tertakluk dalam persetujuan atau polisi kerja tak?”

“Tidak, majikan tidak ada hak pun nak tahu kita guna AL untuk apa sebenarnya”

“Tidak normal ya. Yang bukan-bukan, kerja dekat mana ni sis?”

“Majikan awak dilihat ‘micromanage’, psychopath. Tinggalkan syarikat tu sis. Cari kerja lain..”




