Betul Ke Pelukan Suami Boleh Bantu Kuatkan Imuniti Badan Isteri? Ini Penjelasannya [Video]
Pelukan bukan sekadar cara pasangan suami isteri menunjukkan kasih dan sayang, sebaliknya ia memberi pelbagai manfaat dari segi kesihatan antaranya adalah meningkatkan hormon oksitosin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan kehidupan bersama yang kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Meskipun melalui pelbagai cabaran dalam kehidupan berumah tangga seperti ekonomi, keperibadian, tingkah laku dan sebagainya namun banyak pasangan tetap sabar menempuhinya.
Malah ada yang sentiasa mencari pelbagai alternatif atau berusaha untuk menjadikan hubungan antara suami isteri lebih mesra. Alah bak kata orang nak ‘love sparks’.
Rasa cinta sememangnya perlu sentiasa dizahir dan diluahkan antara satu sama lain. Namun setiap individu pasti mempunyai cara berbeza dalam meluahkannya sebagai contoh pelukan mesra.
Pelukan suami bagus untuk kesihatan para isteri
Meskipun pelukan daripada suami nampak ‘simple’ namun sebenarnya ia memberi banyak manfaat bukan sahaja untuk menyemarakkan rasa cinta, tetapi bagus untuk kesihatan wanita!
Seorang farmasi yang dikenali sebagai Syah turut berkongsi mengenai kebaikan suami memeluk isteri menerusi satu video di TikTok miliknya.
Menurut Syah pelukan daripada seorang suami boleh membantu menguatkan antibodi isteri dan ia merupakan fakta sains.
“Pelukan erat hasilkan hormon oksitosin (oxytocin) iaitu sejenis hormon kasih sayang. Kajian telah membuktikan oksitosin dapat menurunkan hormon stres iaitu kortisol dan membantu sistem imun menjadi lebih kuat.
“Jadi lebih banyak pelukan, maka lebih tinggilah antibodi. Apabila badan tinggi antibodi, kuranglah risiko mendapat (penyakit) selesema dan juga cepat baik apabila terkena demam,” ujarnya.
@syahfarmasi Bila isteri demam, pelukan suami bukan sekadar pengubat hati.. tapi juga bantu kuatkan imun badan. #suamiisteri #relastionshipgoals #rasatenang #imunbadan #hormonkortisol #healingtouch ♬ Love Story – TonsTone
Pelukan suami juga boleh bantu turunkan berat badan isteri
Bukan hanya itu, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Ninifarina juga mengatakan pelukan juga memberikan kesan positif kepada kesihatan khususnya dalam menurunkan berat badan.
Ha pasti ramai para isteri yang mahu turunkan berat badan, rupanya salah satu cara adalah berpelukan dengan suami.
Sebagai info satu kajian yang dimuatkan dalam jurnal Psychosomatic Medicine, mendapati stres juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit dan wanita kurus juga tidak terkecuali.
Pelukan beri isteri ketenangan dan bantu untuk kawal emosi
“Kadang-kadang, support yang paling berkesan tu, bukan dari kata-kata tapi dari pelukan. Jadi suami jangan lupa peluk isteri hari ini ya.
“Bukan sekadar romantik tapi bantu jaga kesihatan juga. Penurunan berat bukan cuma tentang apa yang kita makan, tapi juga apa yang kita rasa,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Tingkatkan mood isteri
Tak dinafikan para wanita tidak kiralah yang bekerja mahupun suri rumah pasti sahaja akan berdepan dengan tekanan sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Oleh itu, pelukan yang diberikan oleh sang suami mampu meningkatkan hormon serotonin.
Hormon ini pula akan membantu meningkatkan mood isteri, jadi selain bantu isteri dengan kerja di rumah, pelukan juga buat insan tercinta korang lebih happy dan bahagia.
Menurut laporan Harian Metro, pelukan juga dapat meningkatkan kesihatan jantung seseorang.
Menerusi satu kajian Trusted Source di Amerika Syarikat penyelidik telah membahagikan sekumpulan 200 orang dewasa kepada dua kumpulan.
Satu kumpulan yang mempunyai pasangan romantik dan berpegangan tangan selama 10 minit kemudian berpelukan selama 20 saat antara sama sama lain.
Manakala satu lagi kumpulan yang mempunyai pasangan romantik namun hanya duduk diam selama 10 minit dan 20 saat.
Hasil keputusan menunjukan peserta yang berada dalam lumpulan pertama memperlihatkan penurunan yang banyak dari segi tekanan darah serta kadar degupan jantung berbanding peserta kumpulan kedua.
Perkara ini secara tidak langsung menunjukan hubungan kasih sayang yang sering mempunyai sentuhan seperti pelukan dan banyak lagi mungkin membantu untuk kesihatan jantung yang baik.



