fbpx
Now Reading
“Baik Tanam Pokok Durian Sekali” – Pokok Pisang Di Balkoni Kondo Raih Pelbagai Reaksi [Video]

“Baik Tanam Pokok Durian Sekali” – Pokok Pisang Di Balkoni Kondo Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Dalam video tersebut, turut kelihatan juga ranting-ranting dan daun-daun yang menjalar menjadi semak samun di balkoni unit kediaman kondominium berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap orang pastinya mempunyai rumah pilihan, ada yang ingin menetap di kediaman jenis strata seperti kondominium kerana dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan ada pula yang lebih memilih rumah teres atau ‘landed house’.

Antara alasan utama seseorang lebih memilih landed house kerana mempunyai ruangan tanah tersendiri untuk bercucuk tanam dan bebas menghiasinya dengan pokok-pokok bunga.

Hal ini kerana, kebanyakan kondominium mempunyai peraturan tersendiri yang harus diikuti oleh pemilik atau penghuni kediaman itu seperti tidak boleh menanam pokok bunga meskipun di dalam pasu, bahkan ada yang tidak membenarkan memelihara haiwan.

Baca Artikel Berkaitan: “Sebulan Duduk Tiada Kad Akses” – Influencer Dakwa ‘Management’ Kondo Di KL Bermasalah [Video]

Tular pokok pisang ditanam di balkoni sebuah kondominium

Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial satu video yang menunjukan dua pokok pisang berdiri dengan gahnya di balkoni dipercayai di sebuah kondominium.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @nasrulhissam, perkara itu sememangnya menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya kerana menanam pokok pisang di balkoni rumah bukanlah sesuatu perkara yang biasa seperti menanam pokok bunga renek atau bunga hiasan.

“Tanam pokok pisang di kondo. Siapa cakap duduk kondo tak boleh bertani,” tulisnya di kapsyen secara berseloroh.

Balkoni rumah jadi semak samun dengan rating dan daun yang menjalar

Dalam video sama, bukan hanya pokok pisang sahaja yang ditanam di balkoni unit kediaman itu, sebaliknya turut kelihatan juga ranting-ranting dan daun-daun yang menjalar menjadi semak samun.

Turut kelihatan beberapa unit kediaman yang lain turut dipenuhi ranting dan daun yang menjalar di balkoni.

Berkemungkinan, pihak pengurusan kondominium terbabit membenarkan pemilik rumah untuk menghiasi bahagian balkoni dengan tanaman hiasan.

Video yang hanya berdurasi 8 saat itu meraih perhatian ramai dengan lebih 1.3 juta tontonan serta kira-kira 43,000 tanda suka.

@nasrulhissam sape cakap duk kondo xleh bertani 🤣🤣 #viral #fyp #viralreels #video #kondo #pisang ♬ Meow number 16 – The kitten's nose – AtilaKw

TikTokers tanam macam-macam jenis pokok buah-buahan di balkoni rumah

Untuk pengetahuan korang, memang ada sesetengah kondominium di mana pihak pengurusannya membenarkan penghuni atau pemilik rumah untuk membela pokok asalkan tidak mengganggu jiran-jiran yang lain.

Seperti kediaman seorang TikTokers wanita yang dikenali sebagai Maivo ini, dia menanam pelbagai jenis pokok di balkoni rumahnya seperti pokok limau dan pokok belimbing.

Menariknya, kesemua tumbuhan ini subur dan menghasilkan buah-buahan yang kemudiannya boleh dipetik dan dinikmati Maivo dan keluarganya.

@maivodyakonov Replying to @ekinyusuf90 doakan saya dipermudahkan sebuk uruskan anak-anak-ANAK 🥰 #harvest #lifestyle #balconygarden #fyp #gengkebun #kebun #happylife ♬ nhạc nền – Dương Cường Digital Camera – Dương Cường Camera

Menurut laman PropertyGuru yang memetik Akta Pengurusan Strata 2013, rumah bertingkat tinggi terikat dengan undang-undang di bawah dua pihak iaitu majlis perbandaraan dan juga badan pengurusan bangunan seperti Joint Management Body (JMB).

Badan ini mempunyai kuasa untuk menetapkan peraturan bagi penduduk termasuklah undang-undang menanam pokok dan lain-lain.

Netizen beri pelbagai reaksi, siap berseloroh suruh tanam pokok durian

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video tersebut.

Kebanyakan netizen berseloroh dengan meminta pemilik rumah itu untuk menanam pokok-pokok yang lain juga seperti pokok durian, pokok kelapa, pokok sawit dan pokok getah.

Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa pokok pisang tidak sesuai ditanam di halaman rumah kerana tumbuhan itu kebiasaannya menjadi tempat makhluk halus.

Hmm kalau kondominium korang benarkan korang tanam pokok di balkoni rumah, korang nak tanam pokok apa? 🤔

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Shopping Dia Buat” – Wanita Didakwa Curi Parcel Di Sebuah Kondominium Di KL [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kondo Papar Maklumat Pemilik Liat Bayar ‘Maintenance’ Pada Papan Digital [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.