Online Seller Di Indonesia Jual Pahala Buat Ramai Bingung, Siap Ada Reviu Pembeli!
Apa yang lebih menarik, iklan menjual pahala secara onlin itu turut mendapat sambutan orang ramai apabila ia dibeli hampir 3,000 orang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Teknologi yang semakin canggih pada hari ini sememangnya banyak memudahkan orang ramai khususnya dalam proses pembelian barangan.
Jika dahulu orang ramai terpaksa berkunjung ke kedai fizikal untuk mendapatkan sesuatu barangan yang dimahukan.
Namun kini semuanya di hujung jari, di mana orang ramai hanya perlu membuat carian secara dalam talian, beli dan membuat pembayaran untuk bayaran yang diinginkan.
Apa yang lebih menarik lagi terdapat banyak platform e-dagang atau e-commerce yang disediakan untuk memudahkan orang ramai membeli-belah antaranya adalah Shopee.
Seller jual pahala berharga 2 sen secara online
Baru-baru ini, salah seorang penjual Shopee di Indonesia telah menarik perhatian ramai apabila didakwa menjual sesuatu perkara yang unik sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Datapinter di Instagram, awalnya kelihatan satu seller telah memuat naik gambar cahaya dan menamakan jualan tersebut sebagai ‘pahala’.
Peniaga atau seller berkenaan menjual ‘pahala’ itu dengan harga Rp100 (RM0.02). Meskipun ia dilihat seperti satu iklan jualan parodi namun transaksi penjualan membuktikan sebaliknya — seller berkenaan sememangnya menjalankan perniagaan menjual pahala.

Ada 3,000 orang yang beli, siap ada buat reviu
Malah apa yang lebih mengejutkan iklan jualannya itu turut dibeli hampir 3,000 orang.
Bukan hanya itu, ada juga pembeli yang turut memberikan reviu mengenai ‘pahala’ yang dijual oleh seller berkenaan.
“Pahalanya cepat sekali sampai dan dibawa langsung (terus) oleh malaikat. Habis beli ini saya jadi lebih bersinar.
“Buat anda semua yang banyak dosa, recommended (dicadangkan) sangat beli pahala di sini, harganya juga murah sekali jadi boleh beli banyak untuk dibahagikan,” kata pembeli itu.

Sebelum ini, terdapat seorang lelaki di TikTok turut membuat reviu membeli ‘pahala’ di atas talian dan apa yang dikirimkan adalah sekeping kertas yang mengandungi ayat seperti doa.
Namun tidak dapat dipastikan lelaki tersebut membeli dari seller yang sama atau bukan.
Ramai terhibur lihat ada yang membeli ‘pahala’ di platform online
Melihat di ruangan komen, ramai yang pelik, terhibur serta tidak menyangka iklan jualan tersebut mempunyai pembeli yang percaya mengenainya.
Ini kerana, untuk mendapatkan pahala seseorang perlulah mempunyai amalan yang baik, beribadah, berakhlak suci, meninggalkan segala larangan Allah SWT dan banyak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk mendapat ganjaran pahala.
Ada juga yang menyifatkan ia begitu mudah untuk mendapatkan pahala dengan cara membelinya di platform atas talian.
Tidak kurang juga ada yang menyoal bagaimana penjual membungkus ‘pahala’ tersebut kepada pelanggan yang membelinya.
“Ya sama saja sedekah kalau Rp100, sebab itu dia kata pahala”

“Bayangkan di akhirat orang yang beli menagih ke dia (seller) sewaktu timbangan amal, dan dia terpaksa memberi pahalanya kerana sudah dijual. Ada hampir 3,000 orang yang menagih”

“Saya kurier, saya pernah mengirim paket ini. Dan penuh bangga menyampaikan paket pahala ini”




