Nak Suami Cepat Kaya? Lelaki Kongsi 3 Perkara Yang Patut Dilakukan Isteri [Video]
Menurut lelaki dikenali sebagai Shafie Mabror, perkara pertama yang harus dilakukan oleh seorang isteri yang mahu suaminya dilimpahi rezeki adalah jangan putus berdoa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Perkahwinan merupakan suatu ibadah yang mempunyai tujuan-tujuan dan hikmahnya yang tertentu.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga juga pastinya berharap agar Allah SWT melimpahi rezeki yang banyak ke atas mereka.
Malah, kita juga sudah sering mendengar bahawa perkahwinan yang dibina akan membuka lebih banyak pintu rezeki, namun suami isteri juga perlu lah sentiasa berdoa kepada Allah selain berusaha.
Lelaki kongsi 3 perkara perlu dilakukan isteri jika mahu suami cepat kaya
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki dikenali sebagai Shafie Mabror berkongsi tiga perkara yang perlu dilakukan isteri sekiranya mahu suaminya dilimpahi rezeki yang banyak.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Shafie berkata, dia mengetahui perkara ini setelah bertanya kepada kenalan-kenalannya yang sudah berjaya.
“Isteri kalau nak suami korang cepat kaya, jangan tinggal buat tiga ‘benda’ ini, yang nombor tiga paling bisa kalau korang buat, boleh jadi ‘booster’ buat suami korang untuk cepat kaya, kalau tak buat boleh jadi punca suami korang cepat melingkup,” katanya.
#1 Jangan putus doa kepada suami
Menurutnya, perkara pertama yang harus dilakukan oleh seorang isteri yang mahu suaminya dilimpahi rezeki adalah jangan sesekali berhenti berdoa.
Jelas Shafie, doa seorang isteri kepada suami merupakan antara doa yang mustajab dan boleh menembusi langit.
“Jadi kalau isteri doa apa sahaja, penuh keikhlasan dan penuh kesungguhan, insya-Allah doa itu boleh makbul,” katanya.
#2 Nasihat suami agar sering menziarahi ibu bapanya
Seorang wanita yang berkahwin perlulah mengutamakan suaminya, manakala seorang lelaki yang sudah bernikah pula masih perlu menggalas tanggungjawab terhadap ibunya.
Hal ini kerana syurga seorang lelaki meskipun telah bergelar suami tetap terletak di bawah tapak kaki ibunya.
Susulan itu, Shafie berkata perkara kedua yang perlu dilakukan seorang isteri adalah menasihati suaminya untuk sering menziarahi ibu bapa.
“Kalau suami dah lama tak balik rumah mak dia, korang sebagai isteri galakkan dia untuk balik rumah mak dia, ziarah mak dia ataupun ayah dia, selalu minta restu kepada mak ayah dia dan minta reda,” katanya.
#3Ikhlaskan apa yang dilakukan untuk suami
Menurutnya lagi, perkara ketiga yang harus dilakukan oleh isteri jika mahu suaminya cepat kaya adalah ikhlaskan setiap perkara yang dilakukan untuk suami.
Ujar Shafie, perkara ketiga antara yang disifatkannya sebagai ‘berbisa’ kerana boleh menjadi ‘booster’ kepada suami untuk berjaya.
“Kalau korang tak buat, korang tak ikhlaskan apa yang korang buat, korang saki hati atau terasa hati (dengan suami), ia boleh jadi faktor untuk suami korang banyak cabaran dalam hidup dan sudah untuk berjaya,” katanya lagi.
@shafiemabror2 isteri nak suami cepat kaya buat 3 benda ni tengok video ni sampai habis #wanitaberkerjaya #isterisolehah #isterisolehah ♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling
Baca Artikel Berkaitan: “Who Earn More Pay More?”- Lelaki ‘Sekolahkan’ Suami Yang Mahu Isteri Tanggung Komitmen Dalam Rumahtangga [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Setakat Koyak Sos Dah Cair” – Lelaki Titip Nasihat Buat Para Isteri Tapi Kena ‘Backfire’ Kerana Metafora Tak Kena



