fbpx
Now Reading
Minah Saleh Seronok Makan 13 Jenis Sambal Ketika Berkunjung Di Malaysia [Video]

Minah Saleh Seronok Makan 13 Jenis Sambal Ketika Berkunjung Di Malaysia [Video]

Menerusi video tersebut, Rodica turut memaklumkan antara sambal kegemarannya adalah sambal kicap, sambal hijau, merah, dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan kebanyakan rakyat Malaysia turut menggemari makanan pedas malah perkara ini juga dapat dilihat menerusi menu masakan kebanyakan masyarakatnya.

Sebagai contoh ramai yang sukakan sambal seperti sambal belacan, sambal merah, sambal berlada dan banyak lagi.

Oleh itu tidak hairanlah jika setiap kali berkunjung ke restoran, ramai yang suka mengambil lauk berasaskan sambal atau mempunyai rasa pedas.

Minah saleh cuba 13 jenis sambal ketika berkunjung di Malaysia

Baru-baru ini, seorang pelancong wanita yang dikenali sebagai Rodica tidak melepaskan peluang untuk mencuba sebanyak 13 jenis sambal yang dibeli di restoran Nasi Ulam Ikan Sumbat di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Rodica turut tular di media sosial apabila mencuba makanan di restoran sama dan amat menyukai setiap jenis lauk yang diambilnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong Teruja Pergi Kedai Nasi Ulam, Sampai Rambang Mata Nak Cuba Semua Jenis Sambal & Lauk [Video]

Namun sewaktu berkunjung di restoran tersebut wanita ini turut rambang mata untuk mencuba kesemua jenis sambal yang disediakan restoran tersebut memandangkan dia seorang yang sukakan makanan pedas.

Cuba setiap sambal dengan nasi lauk daging, ayam dan telur

Menerusi video yang dikongsikan oleh Rodica, kelihatan dia telah membungkus sebanyak 13 sambal dari kedai makan itu dan memakannya bersama nasi dengan lauk daging, ayam serta telur.

Apa yang lebih menarik peniaga restoran turut melabel setiap sambal dengan nombor dan menulis jenis sambal itu di atas sekeping kertas sebagai rujukan Rodica.

Turut beri pendapat mengenai setiap sambal yang dirasai

Awalnya dia mencuba sambal hijau, kelihatan dia menggaul sambal tersebut bersama nasi dan beberapa lauk sebelum menyuap ke dalam mulut.

Menurut Rodica sambal hijau itu tidak terlalu pedas dan sangat sedap.

“Baik yang kedua, sambal kelapa. Ianya mempunyai kelapa yang sudah diparut. Saya tak rasa apa yang saya lakukan ini betul (sambil ketawa).

“Saya sukakan ini (sambal kelapa) ia sedikit pedas dan mempunyai rasa tropikal,” ujarnya.

Tidak lama kemudian, dia meneruskan untuk mencuba sambal bilis dan memakananya bersama telur.

Sifatkan rasa cencalok dan budu pedas & masin

Apabila mencuba sambal cencalok dan budu, Rodica menyifatkan ia sedikit pedas namun mempunyai rasa masin.

Yang menariknya, dia turut mencuba sambal Sunquick yang agak kurang diketahui oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Antara sambal yang turut dicuba oleh Rodica adalah:

  • Sambal cencalok
  • Sambal tempoyak
  • Sambal kicap
  • Sambal limau
  • Sambal matah
  • Sambal belacan
  • Sambal budu
  • Sambal merah

Sewaktu mencuba sambal matah, kata Rodica sambal tersebut terlalu pedas malah dia dapat merasakan kerongkongnya seperti terbakar sewaktu menikmati makanan itu.

Kelihatan dia turut menikmati sambal-sambal tersebut berserta susu kefir (seperti yogurt) dipercayai untuk mengurangkan rasa pedas.

“Secara keseluruhannya, saya sukakan semua sambal. Mungkin hanya sambal yang mempunyai durian. Ini kerana saya tidak menyukai buah tersebut, jadi saya tidak suka baunya.

“Sambal kesukaan saya adalah sambal kicap, sambal berlada hijau dan merah, sambal mangga serta sambal kelapa.”

@theforeignsun 13 Malaysian sambals from @Nasi Ulam Ikan Sumbat 🌶️ #malaysia #sambal #food #MalaysianFood #kualalumpur #taste #explore #restaurant #authentic #tastetest #foodreview ♬ original sound – Rodica | Travel | English 📚✈️

Ramai tertarik lihat Rodica cuba semua jenis sambal

Melihat di ruangan komen, ramai yang tertarik dengan sambal sunquick. Malah ada yang mengatakan mereka juga pertama kali mendengar mengenainya.

Tidak kurang juga ada yang memberi cadangan Rodica patut mencuba sambal petai, sambal garing dan juga sambal belimbing hitam.

Bukan hanya itu, ada yang berpendapat pelancong wanita itu sepatutnya mencuba sambal berkenaan bersama ulam-ulaman untuk membangkitkan lagi rasa keenakannya.

“Sambal sunquick tak pernah aku tahu”

“Sebagai orang Negeri Sembilan yang sukakan makanan pedas. Saya suka cara awak mencuba semua jenis sambal di Malaysia. Ada banyak sambal yang perlu awak teroka di pelbagai negeri..”

“Video pertama dari pelancong reviu makan sambal sebanyak ini”

“Try sambal hitam, sambal bambangan, sambal tomato, sambal tuhau dan banyak lagi”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.