fbpx
Now Reading
“Kenapa Kutuk Kek Batik Hayla?” – Anak Wawa Zainal Sedih Kek Batik Dapat Rating 4/10 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

“Kenapa Kutuk Kek Batik Hayla?” – Anak Wawa Zainal Sedih Kek Batik Dapat Rating 4/10 Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Melalui perkongsian tersebut, Hayla mempersoal mengapa pelanggan berkenaan memberi rating sebegitu sedangkan rakan-rakannya mendakwa kek berkenaan mempunyai rasa yang sedap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ramai selebriti tanah air pada masa kini dilihat menceburi bidang perniagaan sebagai alternatif untuk menjana pendapatan.

Ada yang dilihat menjual produk makanan dan minuman malah perniagaan lain seperti produk kecantikan.

Kadangkala, anak-anak mereka juga turut tidak terkecuali dari melibatkan diri dengan dunia perniagaan.

Namun sudah menjadi lumrah, tidak kira tua atau muda, mereka yang menceburi bidang ini lebih-lebih lagi yang menjalankan perniagaan makanan pastinya tidak lari dari kritikan dan kecaman pelanggan. Ini kerana setiap orang masing-masing mempunyai citarasa yang berbeza.

Anak Wawa Zainal Sedih Kek Batik Jualannya Dapat Rating Rendah

Semalam (10 Jun), tular di media sosial video anak perempuan kepada pelakon dan usahawan terkenal Wawa Zainal iaitu Hayla yang menangis sambil menikmati kek batik hasil air tangannya.

Menerusi video yang dikongsikan di Threads Wawa Zainal, Hayla meluahkan rasa sedih apabila kek batik jualannya mendapat rating rendah.

Melalui perkongsian tersebut, Hayla mempersoal mengapa pelanggan berkenaan memberi rating sebegitu sedangkan rakan-rakannya mendakwa kek berkenaan mempunyai rasa yang sedap.

“Mama, kenapa diorang kutuk Hayla punya kek batik? Kawan-kawan Hayla cakap sedap, Hayla pun rasa sedap tapi ada orang rate 4/10,” katanya.

Wawa Zainal & Aeril Terus Pujuk, Beri Kata-Kata Positif

Namun, Wawa bersama beberapa pembantunya yang lain dilihat terus memujuk kanak-kanak itu dan mendakwa kek batik jualannya sememangnya mempunyai rasa yang sedap.

Apa yang turut menjadi perhatian adalah nasihat Aeril Zafril kepada anaknya itu yang dilihat positif dan mengajarnya tentang realiti dunia perniagaan.

“Tapi yang sampai tak sedap tu mungkin ada orang yang beli pos, ada orang yang beli rosak.

“Ala macam ni la sayang, perniagaan ini keras,” nasihat Aeril. Malah, Aeril terus dilihat positif dan terus memujuk anak keduanya itu.

Menerusi perkongsian itu juga, pembantu rumah mereka turut rasa sedih apabila kek batik Hayla turut mendapat kritikan sebegitu.

“Hari ini viral dekat TikTok orang buat video rate kek batik Hayla dan komen beribu kecam Hayla.

“Mama strong (kuat) tapi bila tengok Hayla menangis mama tak kuat. Mama sanggup tebalkan muka dm orang tu untuk padam video. Mama tak sanggup anak mama kena hina,” tulis Wawa di ruang kapsyen.

View on Threads

Pengguna Media Sosial Beri Pendapat Tersendiri

Video yang telah mendapat lebih 317,000 tontonan dan turut dikongsikan di Instagram Wawa nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai kejadian itu.

Ada pengguna media sosial yang telah membeli kek batik tersebut memberi respon positif dan mendakwa kek itu mempunyai rasa yang sedap.

Namun, ada pula yang merasakan Wawa dan Hayla seharusnya menerima kritikan orang ramai bagi memperbaiki kualiti produk jualan mereka.

Pun begitu, ada segelintir netizen berpendapat pelanggan tidak seharusnya memberi komen yang mengkritik apatah lagi kek batik itu dihasilkan oleh kanak-kanak.

Sekadar info, anak Wawa dan Aeril mula menjalankan perniagaan kek batik pada hujung bulan lalu dengan harga RM17 sebekas.

Ini antara komen menarik pengguna media sosial:

“Masalahnya Sedap, Saya Pregnant Dari Rawang Ke Bangi, Beli 3, Esok Beli 3, Sampai Sekarang Terngiang-Ngiang”

“Saya Tak Setuju Orang Yang Menyokong Dengan Cara Bagi Komen Negatif Secara Umum, Memang Betul Orang Ada Selera Masing-Masing Tapi Tak Bermakna Boleh Kutuk Budak”

“Pembeli Kena Faham, Yang Menjual & Membuatnya Budak, Dia Tak De Paksa Pun Korang Beli, Bila Budak-Budak, Kena Bagi Review & Rating Sesuai Dengan Usia Dia”

“Boleh Komen Atau Tegur Kalau Tak Sedap Pada Tekak Orang Berkenaan Tapi Janganla Lebih-Lebih Sampai Mengguris Hati”

“Biasa La Tu Meniaga Makanan, Tekak Orang Lain-Lain Dik, Orang Meniaga Makanan Ni Memang Kena Kuat Mental, Jumpa Macam-Macam Karenah”

“Dengan Budak Pun Nak Kecam Bagi Semangat Sepatutnya”

Baca Artikel Berkaitan: Tersentuh Lihat Remaja Gigih Cari Rezeki Dalam Hujan Lebat, Guru Borong Semua Barang Jualan

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Demi Saham Akhirat, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Bakal Bina Masjid Di Johor

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.