“Mak Arab, Ayah Saya Pakistan” – Ameera Khan Akui Dirinya Bukan Melayu [Video]
Ameera yang juga adik tiri Neelofa berkata, ibunya iaitu Noor Kartini berdarah Arab manakala bapanya, Abdul Halim Khan pula berketurunan Pakistan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebut sahaja nama Ameera Khan, pasti ramai yang mengenali influencer wanita ini yang sedang hangat bercinta dengan selebriti Indonesia, Jefri Nichol.
Tidak dinafikan, adik tiri kepada selebriti Neelofa itu sering menjadi tumpuan segelintir rakyat Malaysia dan Indonesia terutama yang meminatinya.
Namun, sehingga hari ini masih ada individu yang mempersoal mengenai bangsa anak jati kelahiran Kelantan itu memandangkan wajahnya kelihatan mempunyai kacukan.
Tular Ameera Khan mengaku bukan Melayu
Susulan itu, Ameera pada baru-baru ini menerusi satu sesi siaran langsung (live) di akaun media sosial miliknya @littlemisskhan telah tampil mengakui bahawa dirinya bukanlah berbangsa Melayu.
Menerusi perkongsian klip rakaman live terbabit yang dimuat naik di akaun X @twtbiy, Ameera berkata ibunya iaitu Noor Kartini berdarah Arab manakala bapanya, Abdul Halim Khan pula berketurunan Pakistan.
“Bukan tak nak mengaku Melayu, memang mak ayah aku tiada darah Melayu, nak cakap (aku) Melayu buat apa,” katanya.
Ameera akui fasih berbahasa Melayu terutama dialek Kelantan
Meskipun tidak mempunyai darah Melayu, Ameera akui dia fasih berbahasa Melayu terutamanya dalam dialek Kelantan kerana lahir dan dibesarkan di sana.
Menurutnya, dia mengetahui mengenai kisah bagaimana ibunya boleh lahir dan menetap di Kelantan, namun tidak mengingatinya lagi.
Ujar Ameera lagi, dia lebih selesa mengaku dirinya berbangsa Melayu setiap kali diajukan soalan mengenai perkara itu kerana ingin mengelak daripada terus dipertikai.
“Tapi kebiasaannya kalau orang tanya ‘Melayu ke?’ Saya jawab ‘haa Melayu’, cakap jelah Melayu kan sebab senang, kalau tak bagitahu Melayu nanti orang kata tak sedar diri,” katanya lagi.
LMK tak mengaku dia melayu, so dia bangsa apa? Bangsa lupa diri? pic.twitter.com/ixwIowPIny
— Bbie. (@twtbiy) June 8, 2025
Baca Artikel Berkaitan: “Bercium Padahal Bukan Suami Isteri” – PU Syed Tegur Ameera Khan & Jefri Nichol [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Tiada Dalam Keturunan Kami Yang Pergi Ke Tempat-tempat Tak Elok” – Ibu Ameera Khan

