“Lelaki Pertama Menyayanginya Adalah Aku”- Ramai Sebak Dengar Ucapan Ayah Di Hari Pernikahan Anak Perempuan [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan pengantin perempuan tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan dari ayah tercinta.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap yang bergelar bapa pasti sanggup melakukan apa sahaja demi anak yang tercinta apatah lagi jika anaknya itu adalah seorang perempuan.
Ini kerana, mereka mahu memastikan anak-anak hidup dalam keadaan selesa, selamat dan aman dari kecil sehinggalah besar.
Namun seorang ayah pasti sebak apabila tiba waktu untuknya melepaskan tanggungjawab menjaga anak perempuan kepada suaminya apabila mereka bernikah dan berharap individu itu boleh menjaga sepertinya atau lebih baik darinya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Peluk Erat Pengantin Perempuan Sebelum Majlis Persandingan Buat Ramai Sebak [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Bimbingnya Menjadi Bidadari”- Ucapan Ayah Kepada Menantu Ketika Majlis Pernikahan Buat Ramai Sebak [Video]
Ucapan bapa kepada anak perempuan di hari pernikahan undang perhatian
Baru-baru ini, seorang bapa turut merasai perkara sama di hari pernikahan anak perempuannya, malah turut memberi pesanan buat menantu untuk menjaga anak tercinta dengan baik.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Zella di TikTok, luahan kasih sayang dan pesanan itu dilakukan oleh ayahnya di dalam satu ucapan sebaik dia dan suami selesai diijabkabulkan.
“Lelaki yang pertama memeluknya adalah aku, lelaki pertama yang menciumnya adalah aku, lelaki pertama yang menyanyanginya juga adalah aku.
“Aku korbankan tenaga, jiwa, raga dan usaha semata-mata untuk membesarkan dia demi melaksanakan amanah Allah SWT kepada ku. Dengan hari ini aku menyerahkan amanah itu kepada mu (menantu).
“Dan harapan ku sebagai seorang ayah, bimbinglah dia, sayangilah dia, jaga lah dia. Jangan kau sakiti hati dia. Kau pimpinlah tangannya sehingga membawanya menghadap ke Allah SWT,” kata si ayah dalam video tersebut.
Kelihatan pengantin perempuan tak dapat menahan sebak mendengar ucapan ayah
Ucapan tersebut secara tidak langsung turut membuatkan Zella sebak dan mengalirkan air mata sepanjang mendengar ucapan yang penuh makna dari ayahnya itu.
Malah si ayah turut berpesan kepada anak perempuannya untuk menjaga diri, maruah, taat dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik.
“Ayah dan ibu akan sentiasa mendoakanmu, atas kebahagianmu agar rumahtanggamu sakinah, mawadah dan warahmah.
“Yang terakhir, walaupun kau telah dinikahi tapi hakikatnya kamu tetap puteri ayah dan ibu. Jagalah diri baik-baik,” ujar si ayah dengan nada yang sebak.
@zellaedana being a girl dad is hard ❤️
♬ original sound – ZELLA
Ramai sebak mendengar ucapan ayah untuk anak perempuan kesayangannya
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berasa sebak apabila mendengar ucapan ayah pengantin perempuan.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat ia adalah satu perkara yang manis apabila dapat mendengar ucapan luahan ayah mengenai anaknya.
Malah ada juga yang mengatakan mana-mana lelaki yang mempunyai anak perempuan mungkin itu adalah perkara yang akan mereka lalui apabila anak bernikah suatu hari nanti.
Selain itu, ada netizen mengatakan pengantin perempuan begitu beruntung kerana mempunyai seorang ayah yang bertanggungjawab dan begitu menyayanginya.
“Yang sebelah ayah tu, yang baju biru tu. Terlalu hiba dan menangis dia, ucapan yang terlalu mendalam buat anak perempuan kesayangan dia”

“Aku ada 3 anak, semua perempuan. Esok-esok aku pun akan nikahkan anak aku. Aku tak pandai berskrip macam ni, cuma harapan aku anak-anak aku jumpa lelaki yang tepat”

“Bestnya perasaan dapat ucapan dari ayah”

BACA ARTIKEL BERKAITAN:



